SUARA BEBAS TUARAN

15,443 Belia Di Sabah Masih Belum Miliki Pekerjaan - Jainab


Jabatan Tenaga Kerja (JTK) merekodkan sebanyak 15,443 belia di negeri ini masih belum memiliki apa-apa pekerjaan sepanjang tahun ini.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, daripada jumlah itu 7,960 merupakan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ijazah (2,648), Diploma (2,597 dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (2,232).
  • “Seramai 6,716 daripada mereka merupakan lelaki manakala baki 8,727 perempuan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini kelmarin.
  • Selanjutnya Jainab berkata, antara langkah yang diambil bagi mengurangkan jumlah pengangguran itu ialah mewujudkan program Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) kepada siswazah lepasan diploma dan ijazah.
  • Katanya, sebanyak 45 pemegang ijazah dan diploma mengikuti SSL tahun ini, 32 pada tahun lalu dan 30 orang pada tahun 2007 hingga 2008.
  • Beliau menambah, langkah lain ialah menyediakan biasiswa yang selari dengan pasaran kerja masa kini seperti perhutanan, pelancongan, bioteknologi, perubatan dan perniagaan.
  • “Purata bilangan pelajar yang ditawarkan biasiswa dalam tempoh setahun ialah 500 orang,” katanya.
  • Jainab berkata, kerajaan turut mengendalikan program kemahiran dan keusahawanan serta program pembangunan keusahawanan bagi melatih belia menceburi bidang perniagaan.
  • Katanya, JTK turut mengadakan program penempatan pekerjaan dan daripada program itu hanya seramai 1,692 pencari pekerjaan telah berjaya mendapat pekerjaan.
  • “Kementerian juga sedang mempromosi peranan dan fungsi Sabah Job Centre untuk mendaftar pencari pekerjaan dan memadankannya dengan kekosongan jawatan yang diiklankan oleh syarikat swasta di sini,” katanya.
Kalau di kaji secara detail, program-program yang diletakkan oleh pehak kerajaan tersebut, pasti nya tidak akan menepati sasaran untuk menyelesaikan masaalah pengangguran belia sebanyak 15,433 (sapertimana yang di lapurkan) itu. Kerana dari sudut realiti nya, maseh banyak lagi belia yang menganggur di sana sini di Sabah.
Sumber: NST
Artikel pautan;
1)
Peruntukan Yang Di Sasarkan Untuk Belia Sabah, Sukar Menapati Sasaran
2)Penyelesaian Gejala Kemiskinan Dan Pengangguran Belia, Bernokta Disini

30 comments:

Tak dinafikan sememangnya ada belia yang masih menanggur. Kerajaan ada tanggungjawab untuk membantu, tapi rakyat sendiri juga perlu berusaha. Tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Sebelum mendapat pekerjaan yang diingini, cubalah mencari pekerjaan lain untuk mengisi masa. Setahu saya, ada banyak syarikat swasta yang memerlukan pekerja dan menawarkan gaji yang berpatutan.

Selamat berjuang.


kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia2 Sabah. peluang pekerjaan di Sabah dilihat amat terhad. itu yang menyukarkan mereka untuk mendaptkan pekerjaan.


langkah untuk mengatasi masalah pengangguran ini perlulah dilakukan secara berterusan dari masa ke masa.


selain itu, golongan belia juga perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi membolehkan mereka mampu bersaing di pasaran pekerjaan.


Nowadays, people are very choosy when it comes to looking for a job. I think it's wiser for them to get any job they can possibly find and work till they found their dream job. At least, they can still earn money while looking for their dream job.


Hopefully the government will do their best to solve this issue.


sebelum ini pernah dilaporkan terdapat 35,973 jumlah kekosongan jawatan di Sabah bagi pertengahan tahun 2010 tetapi hanya 1,273 sahaja kekosongan yang diisi oleh rakyat Sabah.


pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan masalah pengangguran di Sabah tapi selagi individu itu sendiri tidak berusaha untuk dirinya dan selagi mereka terus memilih pekerjaan, selagi itu masalah pengangguran terus berlaku di negeri ini.


terdapat kes belia di Sabah yang telah memperolehi pekerjaan di salah satu GLC yang terdapat di Sabah bagi gred N17.. hanya disebabkan persekitaran kerja yang jauh dari bandar menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berhenti dan memilih sektor pekilangan sebagai kerjaya seterusnya. namun belia2 ini juga tidak kekal lama dalam sektor tersebut yang akhirnya memaksa mereka berhenti kerja dan sehingga hari ini masih belum memperolehi kerjaya.. ini membuktikan kerjaya di Sabah sentiasa tersedia tetapi sikap belia itu sendiri menyebabkan fenomena pengangguran amat kritikal di negeri ini. saya harap belia2 Sabah akan melakukan perubahan sikap untuk kebaikan diri mereka dan juga negeri Sabah..


Thanks and Salam untuk kalian.

Pada pendapat saya, cara untuk meyelesaikan masaalah belia yang menganggur dan miskin ini ada lah dengan melakukan satu perubahan dasar yang drastik lagi berimpak tinggi.

Perubahan tersebut ada lah berbentuk satu tindakan yang beroreantasikan 'anjakan paridma' dengan mengujudkan satu DANA KHAS untuk menangani masaalah belia ini secara effective.

Dana yang dimaksudkan ini akan di kendalikan oleh satu kementerian baru di Jabatan Ketua Menteri. Kementerian ini di namakan 'Kementerian pengangguran dan kemiskinan'.

Untuk merealisasikan fungsi kemeneterian, SUMBANGAN dari menteri-menteri dan pemimpin politik yang mempunyai wang bermillion-million atau pun bellion itu mesti lah diwajibkan dalam perlembagaan.

Kita difahamkan bahawa banyak diantara menteri/pemimpin politik ini yang mempunyai pendapatan yang luar jangka. Sehinggakan ia nya melebihi kadar kelayakan mereka.

Sepatut nya mereka ini hanya mampu mempunyai simpanan berasaskan pendapatan dari gaji dan alaun mereka.

Sedangkan dalam perlembagaan, Menteri-Menteri ini tidak di peruntukkan untuk menjalan aktiviti perniagaan, selain dari melaksanakan tugas yang di schedule untuk mereka.

So sebelum terlambat, sebaik-baik nya mereka memulangkan kembali wang yang mereka dapati secara illegal itu melalui dana di kementerian baru tersebut.

Kalau difikirkan, Menteri/Ahli Exco kerajaan Pas di Kelantan tidak dibenarkan sama-sekali untuk mempunyai wang lebih dari yang diamanatkan oleh rakyat.

Walau macam mana pun, semua ini hanya lah satu khayalan yang drastik dari saya.


belia2 Sabah juga seharusnya berusaha umtuk mewujudkan peluang pekerjaan. berniaga lebih baik.


Kerajaan harus mencari ikhtiar untuk menangani masalah belia yang belum berkerja ini.


Belia haruslah rajin untuk mencari kerja dan jangan menunggu kerja itu datang sendiri. Janganlah terlalu memilih perkerjaan. Kerana terlalu memilih juga menyebabkan mereka ini menganggur.


ini bukan salah kerajaan dengan pengangguran para belia. Ini sikap belia itu sendiri yang malas dan memilih perkerjaan. Oleh itu, para belia harus sedar dengan keadaan sekarang, haruslah rajin untuk mengisi kekosongan peluang pekerjaan di negeri ini.


setuju dengan uncle solymone..contoh kes, gstt rakyat sabah hanya mampu terlopong bila melihat guru dari semenanjung diposting di sabah. siswazah sabah dari kalangan belia tidak layakkah? siapa buat pemilihan? bukan pusat? jadi siapa ramai dapat? orang doranglah kan? jadi siapa buduh? belia siswazah sabah ka yang buduh? siapa palui? belia sabah kah yang palui? apa nasib gstt siswazah seramai 530 di sabah? sedangkan orang semenanjung dihantar sini dapat pulak pelbagai elaun? ini bukankah satu pembaziran wang rakyat? majukah pendidikan anak bangsa kita/ pernahkah kita dapat guru cukup di sabah? kenapa tidak pernah cukup? pasal orang semenanjung dorang tahu mintak pindah jak. kalau 5tahun disini sampai 5kali juga mintak pindah maksudnya sabah tempat transit jak untuk dapatkan pekerjaan tetap. jadi apa nasib siswazah sabah yang sangat berminat dan bertahun2 jadi gstt? siapa palui dan buduh? siswazah sabahkah? kita orang sabah fikirlah nasib orang2 kita, jangan hanya kepentingan peribadi maruah anak bangsa digadai. bila ada orang mau bela dicakaplah orangtu cina endak guna, sedangkan dia cuba bela nasib kita. sia2la wang rakyat sabah menghantar pelajar belajar jika sudah graduate hanya mampu menyumbang kepada duit tokey cina yang semakin kaya, dari segi ekonomi rugi kerajaan negeri menaja pelajar dan pulang tidak bekerja untuk kerajaan, sedangkan dalam perjanjian biasiswa syaratnya pelajar harus setuju bekerja sekurang2nya 3-8tahun dalam kerajaan. tapi tebalik pulak, mahasiswa pulak menganggur 3-8 tahun sekarang...siapakah yang palui dan buduh? bijakkah kita mengundi?


apa yang dikatakan oleh sdr.solymone ada kebenarannya...namun untuk menharapkan menteri 'memulangkan' dana/simpanan luar biasa mereka adalah sesuatu yang mustahil..kerana mereka 'kebal' dari perlembagaan@undang2..kecuali mereka benar2 ikhlas..


banyak kajian sudah dilakukan berhubung dengan isu pengangguran dan kemiskinan..namun kurang dijalankan mengenai cara atau jalan penyelesaian kepada isu ini..kita hanya tahu faktor penyebab tetapi cara/kaedah penyelesaian kurang..mungkin ada tetapi dilihat tidak relevan dengan keadaan semasa.


pelbagai usaha sudah dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran namun dilihat kurang mendapat sambutan dari golongan sasaran..jika kurang kerjasama dari golongan sasaran, maka akan menjejaskan usaha2 tersebut..mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan program2 seperti program penenmpatan pekerjaan..sistem penyampaian maklumat harus diperbaiki..


hahaha..program penempatan pekerjaan atau 3P 95% untuk swasta la biasanya, dan banyak untungnya golongan tokey2 sahaja. sejak grade lagi saya mengisi jobsmalaysia tidak pernah pun dipanggil interview. bukan 15443 jak yang tidak bekerja ni paling kurang seratus ribu lagi ni. kalau wujudkan program janganlah beri advantage pada tokey2 sahaja, bagi mereka yang sudah ditanggung kerajaan mengapa tidak diberikan sahaja peluang untuk berbakti pada rakyat melalui kerajaan. sudah puas saya kerja dengan swasta, tokey jak la yang kaya bayar tax pun menengelak lagi. apa sumbangan kami tajaan BKNS untuk rakyat? tahi sahajaka?


Betul Jonny. Tengok lah dalam suratkhabar, banyak jawatan kosong juga bah. Lebih baik ada kerja kerana dapat juga pengalaman daripada menganggur langsung takda pendapatan.


Banyak juga kerja di Sabah mantra, tapi kadang2 gaji yang diberikan tu cukup untuk tambang saja. huhuhu


Betul Jacinta. Saya mula2 pun cerewet juga tapi berbanding daripada menggangur lebih baik lagi kerja kan... ada juga pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik.


Tapi kalau difikirkan semula, banyak sudah yang kerajaan lakukan untuk menanggani perkara ni... Jadi bagi saya penggangur sendiri perlu berubah dan berfikir demi masa depan mereka.


Saya yakin dengan adanya kesedaran penganggur dan bantuan daripada kerajaan isu ni pasti dapat ditanggani dengan sempurna.


memang banyak yang kerajaan lakukan, contohnya menghantar guru dari semenanjung dan menidakkan peluang graduan sabah, yang jadi mangsa murid sabah. tu pasal sabah jauh ketinggalan dari segi pembangunan modal insan. membazir duit rakyat salah satu contoh kerja keras kerajaan membantu orang semenanjung bekerja disabah dengan pelbagai elaun.memang banyak lagi kerajaan lakukan contohnya menidakkan hak rakyat sabah dimana hanya menganggap sabah sebagai negeri dalam persekutuan malaysia dan bertentangan dengan perjanjian ditandatangani pada 9 julai 1963 dimana sabah,sarawak adalah dua buah negara bergabung dengan malaya@tanah melayu membentuk persekutuan malaysia.orang yang sudah kerja ttetap boleh cakapla nanti rasa juga kalau anak tidak dapat kerja barulah mula bising..hahaha..apapun kerajaan cakap undi tetap juga rahsia..


kepelbagaian ekonomi sabah yang tidak hanya bergantung kepada ekonomi tanaman monokultur sawit harus dipandang serius...


macamana nak cari kerja kalau kerja-kerja yang ada tu memberikan gaji tidak berbaloi. skil diploma pun dapat gaji rm800 dan degree rm1000. bila banyak kekosongan jawatan yang setaraf SPM dan STPM telah diisi oleh lulusan sarjana yang sanggup terima gaji kecil...itulah padahnya makin ramai lulusan SPM dan STPM menganggur. Sabah juga saya lihat tidak mampu mempelbagaikan sumber ekonomi menyebabkan semuanya terarah kepada satu ja....iaitu sawit. dan yang kerja di sawit tu..80% pekerja asing. pendapat saya, Sabah tidak berupaya menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang kondusif untuk rakyatnya...balik2 kita lihat mereka pergi kerja ke SM..think of something!!!!!


Biasanya gaji akan dinaikkan setelah 3 bulan percubaan. Anak Kawan saya juga pemegang diploma, bekerja sebagai akauntan, gaji asas adalah 700 ringgit, tapi lepas 3 bulan percubaan, gaji dah dinaikkan kepada 1,500 ringgit serta dipinjamkan kereta syarikat kepadanya. Dijangka gaji akan naik lagi.

Belum cuba, belum tahu.


Para penganggur patut teruskan usaha untuk mendapatkan pekerjaan. Semoga semua sukses.


Bukan tidak ada peluang pekerjaan tapi sikap memilih yang menjadi penyakit di Sabah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails