

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany (foto)berkata Sebanyak 158 projek terbengkalai dan berstatus ‘projek sakit’ di Sabah dan Sarawak yang bernilai RM641.07 juta sehingga 15 Nov lepas, katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menurutnya projek-projek berkenaan yang merangkumi 120 di Sarawak dan 38 projek di Sabah itu lewat 30 peratus dari jadual atau tiada sebarang kerja dilakukan di tapak selama tiga bulan berturut-turut berdasarkan laporan Sistem Pemantauan Projek II (SPRII).- Kata nya, antara sebab-sebab berlaku adalah pengurusan dalaman kontraktor yang lemah, masalah mendapatkan bekalan bahan binaan, masalah pengalihan dan pemasangan utiliti dan masalah tenaga kerja,katanya.
Walau pun begitu, Devamany berkata pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menjana ekonomi negara mampu menyelesaikan projek-projek yang terbengkalai dan mengalami kelewatan itu.Kerajaan pusat kini menggunakan mekanisme Jawatankuasa Projek Sakit (JKPS) untuk memulihkan projek-projek terbengkalai dan berstatus “projek sakit” di Sabah dan Sarawak, kata beliau.
Kadang-kadang terfikir juga, sama ada kegagalan 'Projek Sakit ' ini hanya semata-mata diletakkan kepada kelalaian kontraktor, atau pun kerana kelemahan proses sistem pengagihan projek itu sendiri?
Menurut sumber kadang kala nya, tender tersebut hanya di hadkan kepada kontraktor yang di pilih khas atau pun di runding terus oleh kerajaan. Sedangkan latar belakang kualiti kerja para kontrektor tersebut belum lagi di uji sepenuhnya sebelum ini.
Dalam senyap-senyap, beberapa orang kontraktor yang saya temui, mengaku telah menderma terlebih dehulu sebahagian dari wang projek tersebut kepada proxy yang terlibat dengan pengaturan projek-projek tersebut sebagai 'Ongos Pelicin' .



November 29, 2010 11:07 AM
Kerajaan Sabah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberi perhatian terhadap projek sakit ini. Diharapkan mereka akan mengambil tindakan yang diperlukan.
November 29, 2010 11:09 AM
Ada juga projek-projek yang diluluskan oleh KM-KM dahulu yang gagal disempurnakan. Diharapkan projek ini tidak akan dibiarkan sahaja.
November 29, 2010 11:13 AM
projek2 yang terbengkalai ini perlu diteruskan.
November 29, 2010 11:58 AM
projek-projek yang sakit ini perlu dipulihkan agar ianya dapat disiapkan seperti yang dirancangkan.
November 29, 2010 12:00 PM
kontraktor yang gagal melaksanakan projek dengan baik perlulah dikenakan tindakan. ini bagi membolehkan kotraktor-kontraktor lebih berkomitmen dalam menyiapkan projek.
November 29, 2010 1:15 PM
semua projek2 yang masih lagi terbengkalai perlu diteruskan, adalah merugikan jika ia terus terbengkalai.
November 29, 2010 2:31 PM
Sebab mungkin kontartor yang melaksanakan ini sangat lemah. Tapi sarawak lebih banyak projek sakit. harap kerajaan mencari jalan penyelesaian.
November 29, 2010 2:34 PM
Semoga pemulihan itu akan dapat dilakukan dengan bagunan yang terbangkalai itu.
November 29, 2010 4:46 PM
Memang tidak dinafikan lagi bahawa banyak projek yang masih terbengkalai disebabkan pihak kontraktor yang lemah dan tiada keupayaan untuk menyiapkan sesuatu projek pada masa yang ditetapkan.
November 29, 2010 4:54 PM
Pihak-pihak tertentu perlu memastikan dan hanya memilih kontraktor yang berkebolehan dalam menyiapkan sesuatu projek. Ia bertujuan agar setiap projek yang dibuat dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
November 29, 2010 11:27 PM
Apapun diharapkan projek-projek yang terbengkalai ini dapat disiapkan seperti yang dirancang.
November 29, 2010 11:32 PM
Nampak sangat kelemahan terutamanya kontraktor yang gagal menyiapkan projek tersebut. Projek-projek terbengkalai ini harap mendapat perhatian oleh kerajaan untuk disiapkan.
November 29, 2010 11:38 PM
Sabah dan Sarawak adalah sasaran kerajaan untuk dibangunkan. Setiap projek yang dirancang adalah sangat bermakna dan diperlukan.
November 30, 2010 9:28 AM
158 adalah jumlah yang baik. Kenapa projek tersebut dibiarkan sahaja????
November 30, 2010 9:29 AM
Pastikan projek tersebut diteruskan.
November 30, 2010 10:59 AM
Harap-harap projek sakit ini akan diteruskan supaya tidak terbiar sahaja. Bukan saja ia membazirkan wang tapi bagunan terbiar ini tidak sedap mata memandang.
November 30, 2010 11:54 AM
supaya perkara sama tidak berulang kembali, mana2 kontraktor yang gagal menyiapkan projek atau lewat mesti disenarai hitamkan. dengan rekod senarai hitam ini dimasa2 akan datang mereka tidak akan menerima sebarang projek..
November 30, 2010 10:45 PM
Harap2 projek ni kaan sihat semula..
November 30, 2010 10:46 PM
Para pemimpin harus buat sesuatu dalam hal ni. Jangan biarkan projek2 ni terus terbengkalai....
November 30, 2010 10:47 PM
Semoga hal ni dapat ditanggani dengan baik :)
December 1, 2010 3:20 PM
Diharapkan kerajaan akan membuat apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini.
December 2, 2010 10:12 AM
Kontraktor yang terlibat juga perlu menjelaskan mengapa projek ini menjadi terbiar.
December 3, 2010 11:53 AM
Ini merungkai segala pertanyaan. Ternyata ada yang berlindung desebalik tabir. Tapi tidak apa sepandai2 tupai melompat dia tetap akan jatuh jua satu hari nanti.
December 6, 2010 9:06 AM
Harap-harap yang terlibat akan dikenakan tindakan yang wajar.
Post a Comment