Seramai 382 rakyat asing yang terlibat dengan kes pengedaran dadah di Malaysia ditangkap dalam tempoh Januari hingga September tahun ini dengan 222 lagi masih dalam siasatan.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata penangkapan paling ramai membabitkan rakyat Myanmar iaitu 120 orang diikuti Iran (97 orang), Thailand (39), Indonesia (33) dan Nigeria (23).
Sumber: Bernama
Beliau berkata, pada tahun lepas, seramai 225 rakyat asing ditahan dengan 137 lagi masih dalam siasatan manakala pada 2008, seramai 227 ditahan dan 214 lagi disiasat, katanya menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.- Abu Seman berkata, kerajaan memandang serius kegiatan pengedaran dadah termasuk yang melibatkan rakyat asing dengan pelbagai langkah diambil Polis Diraja Malaysia bagi membanteras kes berkenaan.



November 11, 2010 8:52 AM
Hebat, teruskan usaha untuk memberkas semua pengedar dadah yang berani memasuki negara kita.
November 11, 2010 8:53 AM
mmg kebanyakan pengedar dadah di negara kita adalah rakyat asing, sindiket ini perlu dibenteras.
November 11, 2010 8:54 AM
kegiatan segelintir rakyat asing yang terlibat dengan pengedaran dadah perlu dipandang secara serius dan perlu dibendung.
November 11, 2010 8:54 AM
kegiatan segelintir rakyat asing yang terlibat dengan pengedaran dadah perlu dipandang secara serius dan perlu dibendung.
November 11, 2010 8:56 AM
masalah berkaitan dadah semakin menjadi-jadi. semua pihak perlulah berusaha untuk membanteras masalah ini.
November 11, 2010 9:29 AM
thaniah polis. Memang patut mereka ini ditangkap. Siapa suruh membuat kerja itu.
November 11, 2010 9:30 AM
Memang patut mereka ini tertangkap. kerana mereka inilah rakyat kita jadi penagih. Kalau boleh tangkap ketua segara dadah, supaya tidak adalah najis dadah di negara kita ini.
November 11, 2010 9:58 AM
Good job, I hope the police force will continue their efforts in reducing crimes rates in the country.
November 11, 2010 10:02 AM
Sila hantar mereka balik ke negara asal mereka secepat mungkin!
November 11, 2010 10:07 AM
Syabas kepada Polis kerana berjaya menangkap 382 rakyat asing. Diharapkan siasatan mengenai kes 222 orang lagi akan berjalan dengan lancar.
November 11, 2010 10:24 AM
"manakala pada 2008, seramai 227 ditahan dan 214 lagi disiasat,"
nampaknya walaupun berjaya ditangkap tapi masih banyak kes yang belum diselesaikan atau masih dalam siasatan. saya harap tidak ada penjenayah yang terlepas jika kesalahan mereka jelas terbukti.
November 11, 2010 1:58 PM
malaysia dilihat sebagai transit yang digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk pasaran di kawasan asia tenggara..pihak berkuasa terutama di kawasan pintu masuk negara harus proaktif dan peka dengan taktik2 yang digunakan oleh sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
November 11, 2010 1:59 PM
diharap usaha untuk membanteras kegiatan jenayah ini akan terus dipergiatkan oleh pihak berkuasa.
November 11, 2010 4:55 PM
Satu pujian untuk pihak polis yang berjaya dalam operasi tersebut! Tahniah!! Semoga negara kita bersih dari dadah!
November 12, 2010 10:20 AM
Kalau hantar balik begitu sahaja, besar kemungkinan mereka akan kembali. Lagipun, undang-undang negara kita untuk jenayah pengedaran dadah adalah hukuman mati. Jika melepaskan mereka dengan senang, mungkin undang-undang kita akan dipandang remeh.
November 12, 2010 10:22 AM
Mereka ini memasuki negara kita patut tahu undang-undang hukuman mati bagi pengedar dadah, tapi mereka tetap datang melakukan jenayah.
Post a Comment