SUARA BEBAS TUARAN

Ansari Kecewa Isu Nasib Beliau Di kait Kan Dengan Feng Shui?

Labels:

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Hj. Ansari Abdullah, kelmarin menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menuduh beliau tidak ada feng shui akibat dua kali terjatuh ke dalam laut ketika berkempen.
Beiau berkata, kenyataan pemimpin terbabit mencerminkan betapa rendahnya tahap pemikiran mereka yang lebih mementingkan feng shui berbanding menganggapnya sebagai takdir Allah.
  • 'Sejak bila BN percaya kepada feng shui? Ada pemimpin BN menuduh saya mereka-reka kejadian terjatuh ke dalam laut, semata-mata ingin meraih simpati.
  • 'Terjatuh ke dalam laut bukan perkara main-main. Mereka kata saya main-main atau mereka-reka terjatuh ke dalam laut,' katanya di sidang media di pejabat PKR Cabang Batu Sapi, di Bandar Leila, di sini.
  • Bagaimanapun, Ansari tidak menyatakan siapa pemimpin BN yang membuat tuduhan itu.
  • Ansari terjatuh ke dalam laut apabila jeti di Kampung Api-Api di Pulau Timbang runtuh ketika beliau menaiki jeti tersebut Rabu lalu.
  • Beliau sekali lagi ditimpa kemalangan apabila terjatuh ketika berjalan di titi yang menyambungkan pelantar pejalan kaki dengan rumah seorang penduduk Kampung Gas Baru, dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian di Kampung Api-Api, beliau tidak cedera tetapi dalam kejadian di Kampung Gas Baru, beliau cedera di bahu kanan dan terpaksa menggunakan anduh.
Sumber: CyberNews
16 comments:

Sama ada Feng Shui ke ataupun takdir Allah, yang penting keputusan Pilihan Raya Kecil ini terletak dalam tangan rakyat.


Diharapkan rakyat pandai menilai sendiri parti mana yang lebih sesuai dilantik sebagai pemimpin kawasan Batu Sapi.


dah 2 kali ansari terjatuh, harap dia tak terjatuh lagi..


ketika kali pertama jatuh ada penyokong PKR kata ini petanda baik untuk Ansari, tapi Ansari jatuh lagi selepas itu..


hari pengundian semakin hampir. semua calon telah berusaha bersungguh-sungguh. namun, calon BN dilihat mempunyai lebih peluang. apa pun kita tunggu lah hasilnya nanti.


Masalah ansari jangan lupa BN ada pelbagai agama. Mungkin yang mengatakan feng shui itu agama lain. Mungkin jika pemimpin islam, mengatakan itu dugaan dan takdir Allah. Oleh itu, jangan ingat BN satu agama. Pembetulan untuk Ansari yang menerima nasib malang itu.


Memang malang nasib Ansari. Tapi itu mungkin dugaan. Masalah feng shui ini ansari jangan ingat BN itu satu tetapi pelbagai agama. tapi yang mennyatakan mungkin adalah agama cina. Jadi itu ikut agama mereka tidak ada feng shui bermaksud tidak ada tuah dan tidak ada nasib baik. Memang itulah mungkin takdir untuk ansari. Selama ini ramai yang lalu kawasan itu tidak pernah ada yang jatuh tapi ini Ansari baru sekali naik tempat tersebut terus jatuh.


Feng sui atau tidak, yang pasti Ansari jatuh 2 kali. Lucu juga lah tetapi nasib baik beliau hanya cedera ringan. Saya harap Ansari teruskan usaha untuk meraih sokongan penduduk batu sapi. Janganlah ambil hati dengan kata2x BN.


Apa2xpun sila bertanding secara adil dan bersih!


Kena terima kritikan dan pujian. Jika kita hanya menerima pujian sahaja kita tidak akan tahu di mana kelemahan dan tidak akan berpeluang untuk meperbaikinya. Jadi kepada Ansari, apa boleh buat jika ada yang kaitkan anda dengan feng shui, kena terima la, adapun anda tidak percaya akan benda2 seperti itu.


bukan sahaja Ansari, semua calon juga berhadapan dengan perasaan yang sama apabila setiap penjuru menyerang calon dengan pelbagai bentuk kritikan.


sepatutnya Ansari sebagai ahli politik yang berpengalaman, telah bersedia menghadapi kritikan2 luar biasa..


kalau dah balik2 jatuh, rasanya ia bukan kebetulan, mmg ada yg tak kena.


Kesian juga ba si Ansari ni... Mungkin nasib tak menyebelahinya, sebab tu lah dia jatuh sebanyak dua kali. huhuhu


Apapun PRK da tamat dan keputusannya pun dah diketahui... So sama2 lah kita harapkan yang terbaik hasil dari kemenangan BN :)


Apa-apa pun, diharapkan Ansari akan sembuh seawal mungkin.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails