
Dalam satu sidang media di rumahnya, Datuk Zaid Ibrahim menyalahkan Azmin dan Datuk Seri Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan parti itu yang sedang berlangsung.Dalam masa yang sama, Zaid telah mengejutkan ramai kelmarin dengan meletak semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding bagi jawatan timbalan presiden, mendesak semalam Encik Azmin Ali dan ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melepaskan kepimpinan parti itu.
- 'Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah. Saya di sini bukan untuk maki hamun. Semua masalah menunjukkan dengan jelas ia bermula daripada diri Anwar sendiri,' kata Datuk Zaid, sebagaimana dipetik laman berita Malaysiakini semalam.
- Datuk Seri Anwar penasihat PKR manakala Encik salah seorang naib presiden dan sedang bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
- Datuk Zaid menyifatkan Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin lemah dan tidak ada fokus kepimpinan. Oleh itu, katanya, keseluruhan Pakatan Rakyat (PR) akan berdepan dengan keadaan lebih sukar jika ia tidak berhati-hati.
Laman berita The Malaysian Insider (TMI) melaporkan beliau berkata semuanya berubah dan membawa kepada kepimpinan lemah Datuk Seri Anwar selepas pilihan raya umum dua tahun lalu, apabila PR menguasai lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga kepada Barisan Nasional (BN) di Parlimen.- 'Ia bermula selepas 2008. Kejayaan dalam pilihan raya menyebabkan keadaan itu. Kemudian beliau mula bermimpi. Beliau hilang fokus,' katanya.
- 'Kita mempunyai kepimpinan lemah. Kita tidak seharusnya menyalahkan orang lain. (Pelan) 16 September (2008) kita salahkan BN, kita kehilangan Perak, kita salahkan BN, ahli-ahli parlimen kita melompat, kita salahkan BN. Akan tiba satu masa apabila kita kata kita ini lemah,' ujar Datuk Zaid lagi.
Zaid berkata Datuk Seri Anwar harus berundur daripada kepimpinan parti itu dan Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden.Pada pendapat Zaid, Anwar ada banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu dan perlu banyak lagi belajar,
Ditanya siapa sepatutnya menjadi ketua PKR, Datuk Zaid, dengan nada bergurau, berkata: 'Saya fikir saya boleh. Tetapi terpulang pada rakyat menentukannya.'
- Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal semalam masa yang dipilih Datuk Zaid untuk menyerangnya dan Encik Azmin, sambil menyifatkannya sebahagian kempen lebih luas untuk menentang beliau.
'Ada juga kempen bersepadu dalam Utusan Malaysia, yang menggunakan Dr Asri (bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin), lidah pengarang Utusan yang menyuruh saya meletakkan jawatan. Jadi, ada satu aturan. Anda harus melihatnya.- 'Saya tidak tahu sama ada ini sebahagian daripadanya tetapi sudah pasti ada usaha bersepadu untuk menyingkirkan Anwar. Adalah satu kebetulan yang aneh bahawa ia timbul serentak, khususnya jika anda ikuti Utusan,' kata beliau, sebagaimana dilaporkan TMI.
- Jika Datuk Zaid mematuhi peraturan parti, beliau seharusnya menulis kepada parti dan tidak menimbulkan aduan dan permintaan menerusi akhbar, katanya.



November 10, 2010 8:53 AM
kepincangan dalam PKR ini memberi gambaran bahawa ahli-ahli parti ini tidak bersatu dan mengalami keretakan hubungan.
November 10, 2010 8:55 AM
apa yang berlaku ini bukan saja mencalarkan imej PKR malah ianya boleh menimbulkan rasa tidak percaya ahli parti kepada pemimipin PKR.
November 10, 2010 9:03 AM
Masalah dalaman harus diselesaikan dengan rasional dan bukan secara emosional. Pada pendapat saya, Zaid tidak perlu memberitahu sidang media tentang masalah dalaman mereka dan memburukkan nama Anwar dan Azmin.
November 10, 2010 9:04 AM
ketidaktelusan dalam PKR yang menyebabkan berlaku masalah seperti ini.
November 10, 2010 9:04 AM
Semoga masalah dalaman PKR selesai secepat mungkin. Jika masalah ini berterusan, PKR pasti akan kalah besar dalam PRU13 nanti.
November 10, 2010 9:06 AM
Mungkin ini ada sebab tersendiri kenapa perlu untuk didesak meletak jawatan ini.
November 10, 2010 9:17 AM
Mungkin inilah kelemahan politik PKR yang begitu gila dengan kuasa. Apa pun semoga mereka yang gila kuasa tidak layak menjadi pemimpin.
November 10, 2010 9:19 AM
Apa-apa pun, diharapkan PKR mampu menyelesaikan konflik dalaman dengan baik.
November 10, 2010 9:20 AM
Inilah mungkin sebab kenapa zaid tarik diri dari bertanding Pemilihan no.2 PKR ini.
November 10, 2010 10:52 AM
Mereka sentiasa mencari bahan untuk mendapat perhatian dari rakyat. Tapi salahnya mereka disini, yang mana mereka menyajikan bukan kebaikkan tetapi pertelingkahan antara mereka..
November 10, 2010 11:51 AM
Keadaan PKR semakin hari semakin teruk!!
November 10, 2010 1:17 PM
PRK ni makin bermasalah, ini menggambarkan kepimpinan PKR yang tidak stabil dan ahli2nya yang bermasalah.
November 10, 2010 1:18 PM
pasti ramai yang menyifatkan Zaid seorang yang gila kuasa berdasarkan kenyataan beliau ini. beliau sebenarnya tidak puas hati kerana tewas kepada Azmin dan sangat berniat untuk menjadi ketua PKR..
November 10, 2010 1:21 PM
inilah risikonya jika sering mengambil ahli2 lompat dari parti lain. mungkin ada ramai lagi ahli dalam PKR yang boleh menjadi duri dalam daging jika hasrat mereka untuk berjuang dalam PKR tidak ditunaikan. semakin banyak pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin hilang kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan parti ini..
November 10, 2010 1:27 PM
lebih baik Zaid yang letak jawatan jika benar beliau sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar dan PKR. untuk apa beliau kekal jika beliau sendiri yang mencemarkan imej PKR dan menjatuhkan reputasi PKR..
November 10, 2010 3:09 PM
anwar harus berundur dari kepimpinan parti..
November 10, 2010 3:11 PM
zaid mengatakan bahawa semua bermula selepas PRU12 di mana anwar telah hilang fokus..mungkin ini disebabkan anwar terdesak untuk menjadi PM apabila PR dinafikan di dewan rakyat dengan kemenangan BN di kerusi parlimen sabah dan sarawak yang seterusnya mengelakkan BN dari menjadi parti pembangkang.
November 10, 2010 3:12 PM
kepincangan dalam PKR ini menunjukkan ketidakstabilan dan kepimpinan parti yang lemah..jika menjadi kerajaan mungkin negara akan menjadi huru-hara.
November 10, 2010 3:14 PM
oleh itu adalah wajar PKR ditolak..pemimpin PKR hanya mementingkan kaum kerabatnya sahaja dan tidak kepada kepentingan parti secara keseluruhan..
November 10, 2010 3:14 PM
apa pun, biarkan PKR menyelesaikan isu dalaman mereka sendiri.
November 11, 2010 8:57 AM
PKR kelihatan semakin lemah.
November 11, 2010 9:59 AM
PKR should solve this soon before the supporters lose hope in this party.
Post a Comment