SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Ibrahim Ikon Pejuang Demokrasi Setanding Dengan Suu Kyi?

Labels:

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin hari ini berkata bahawa walaupun wujud perbezaan senario dan lanskap tekanan , namun ketokohan Anwar Ibrahim ada lah setanding dengan Suu Kyi pemimpin demokrasi dari Burma Aung San Suu Kyi yang disifatkan ikon buat pemimpin wanita lain untuk berjuang.
Justru itu, beliau mencadangkan supaya jawatan ketua umum — kedudukan tertinggi dalam parti itu diwujudkan dengan serta-merta.
  • Zurida selaku Ahli Parlimen Ampang itu juga mahu jawatan tersebut digubal serta-merta dalam perlembagaan parti itu.
  • Menurut Zuraida, langkah tersebut dibuat bagi memberi pengiktirafan di atas peranan dan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkembangan parti itu selama ini.
  • “Kewujudan jawatan itu (ketua umum) bukan memberi ancaman terhadap autoriti dan pengaruh presiden dan timbalan presiden sebaliknya hanya berperanan sebagai ‘mentor’ kepada pembangunan parti.
  • “Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sosok penting dalam sejarah penubuhan Keadilan (PKR). Peranan dan pengaruh utamanya tidak boleh kita nafikan.
  • “Malah diketahui beliau (Anwar) seorang tokoh yang amat disegani sehingga ke peringkat antarabangsa. Pengaruh dan kapasitinya tidak harus disia-siakan dan dimanfaat buat kebaikan parti,” kata Zuraida dalam ucapan dasar ketua wanita ketika Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR hari ini.
Beliau berkata kewujudan jawatan ketua umum itu adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh PKR dalam landskap politik semasa.
“Relevannya diwujudkan jawatan ketua umum buat Anwar adalah demi menjaga dan memelihara pengaruh,peranan dan statusnya dalam PKR agar kelangsungan dalam lapangan politik semasa terus gah dan sentiasa digeruni,” katanya. Anwar kini adalah Penasihat PKR.Sumber: TVS, Malaysian Insider
19 comments:

At least Anwar is still allowed to contest in the elections while Suu Kyi is not.


Anwar tidak sama dengan Suu Kyi kerana Anwar masih bebas berpolitik, sedangkan Syu Kyi selama ini tidaklah sebebas Anwar.


tindakan menyamakan Anwar dengan Suu Kyi hanyalah untuk menarik perhatian saja, sedangkan kedua-dua mereka menghadapi keadaan sama sekali berbeza.


Anwar dan Suu Kyi adalah berbeza, perjuangan Suu Kyi adalah perjuangan sebenar untuk rakyat, Anwar pula berjuang untuk diri sendiri.


Tidak sama sekali. Anwar suka burukkan negara sendiri. Suu kyi??ada buat macam itu. rasanya tidak. Suu kyi berjuang habis-habisan untuk rakyat. Tapi anwar memperjuangkan untuk kepentingan beliau sendiri.


"Anwar diberi peluang menghadapi perbicaraan, dibenarkan mendapat khidmat kumpulan peguam, diberi akses kepada media tempatan dan antarabangsa, dibenar bergiat dalam parti politik pimpinannya dan diberi kebebasan untuk bergerak ke seluruh dunia." tidak ada persamaan antara mereka.


jika Anwar benar2 pejuang demokrasi, sudah tentu beliau memandang serius protes yang dilakukan oleh lebih 600 ahli PKR dan sudah tentu pergolakan dalam PKR tidak berlaku.


Anwar and Suu Kyi has their own ways to lead and fight. SO don't compare these two.


anwar dan Suu kyi adalah bagai langit dengan bumi. suu kyii tidak bebas memperjuangkan demokrasi di myanmar dan telah dikurung dalam rumahnya selama bertahun-tahun. sedangkan Anwar boleh bergerak bebas ke sana sini dan boleh pula pergi balik ke luar negara....


janganlah suka menumpang nama di atas kesempitan dan kesusahan orang lain kerana apa yang dilalui itu adalah hanya 1% daripada kesusahan orang lain....:)


'Kedua-dua mereka adalah sama, manusia'.
Mungkin hanya nasib berbeza', iya kan?


anwar jauh sekali berbeza berbanding dengan suu kyi...


suu kyi dikekang dari mana2 aktiviti politik sedangkan anwar bebas berpolitik dan bertanding..apa yang setanding? suu kyi ikon pejuang demokrasi sebenar sehingga beliau dianugerahkan hadiah nobel keamanan..anwar? isu dalaman PKR pun tidak dapat dikawal..


Napalah Anwar disamakan dengan Suu Kyi??? alahai


Apapun terpulanglah pada penilaian individu. Kata org sebagai manusia kita semuanya sama di mata Tuhan tapi di mata dunia.. hhhmmm, lu fikir lah sendiri:P


Biarlah rakyat sendiri yang menilai.


Mungkin ya, kerana sebelum ini Anwar juga pernah dipenjarakan.


Setanding ataupun tidak itu terpulang juga apa pendapat seseorang. Ada yang cakap setanding, ada yang beranggap tidak. Tak perlu terlalu mementingkan isu ini.


Anuar? Belum sampai ketahap itu. Pejuang demokrasi? Bukankah Sememangnya Malaysia mengamalkan sistem demokrasi?...


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails