

Baru-baru ini, Bank Dunia (WB) di Washington telah mengesahkan melalui sebuah kajian terbaru bahawa Sabah bukan sahaja negeri yang termiskin di Malaysia tapi ia nya juga akan terus berkekalan dalam situasi kemiskinan dalam jangka masa yang panjang.Dikatakan bahawa Unit Perancangan Ekonomi Malaysia (UPEM) tidak merancang untuk pertumbuhan ekonomi di Sabah setakat ini,.
Kajian ini merupakan sebahagian tahun 2010 Pemantauan Ekonomi Bank Dunia Malaysia Monitor (MEM), dalam siri yang ketiga.
Kajian ini telah diserahkan semalam kepada kerajaan negeri Sabah oleh wakil Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Asia Timur dan Pasifik, Emmanuel Jimenez (foto).- kajian yang bertemakan Pertumbuhan Inklusif, telah di serahkan kepada Perancangan Ekonomi Unit (EPU) di Shangri-La's Tanjung Aru Resort di Kota Kinabalu. Majlis penyerahan tersebut telah di saksikan oleh Pembantu Menteri Menteri di Jabatan Ketua Datuk Datu Nasrun Datu Mansur selaku wakil dari kerajaan negeri Sabah.
"Walaupun ada usaha oleh kerajaan kearah mengurangkan kemiskinan, namun ia nya masih belum cukup. Jelas sekali penduduk Sabah terus berjuang untuk memenuhi keperluan harian mereka. Hal ini kebanyakan nya terdapat dikawasan luar bandar negeri Sabah," kata Jimenez.
- Menurut Jimenez, kemiskinan tegar di Sabah boleh dilihat dari kenyataan bahawa walaupun Sabah hanya mempunyai 10 peratus daripada penduduk Malaysia, namun ia nya mempunyai 40 peratus-miskin.
- Sebaliknya, Selangor, yang hanya mempunyai hampir satu perempat daripada penduduk negara itu, mempunyai kurang daripada 10 peratus masyarakat yang miskin.
- Bank Dunia juga telah mengenalpasti bahawa sebahagian besar masyarakat termiskin di Sabah terdapat di kawasan luar bandar. Terutama nya di kawasan Rungus di utara dan Orang Sungai di timur. Seterusnya diikuti oleh Orang Suluk yang juga menatap di pantai di timur Sabah.
- Dalam pada itu, turut di kategorikan miskin ada lah orang cina tempatan yang menatap di kawasan bandar.
Menurut Nasrun, beberapa bidang perlu di ambil perhatian , antara nya ia lah perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kemudahan sosial dan pembangunan sumber manusia.
Seterus nya ekonomi penduduk Sabah perlu di perbaiki. Terutama sekali sektor yang memberi peluang peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah, kata beliau.
kata Nasrun Sabah maseh lagi menunggu keputusan yang di janjikan dalam Program Transformasi Ekonomi Nasional dan Wilayah Nasional yangmana ia nya dikatakan akan memperbaiki bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar dan sebagai nya.



November 13, 2010 9:14 AM
usaha untuk membasmi kemiskinan perlu terus dilakukan dan dipertingkatkan lagi. ini bagi meningkatkan pendapatan dan pencapaian ekonomi.
November 13, 2010 9:18 AM
selain itu, penduduk Sabah juga perlu berusaha memajukan diri untuk meningkatkan pencapaian ekonomi. diharapkan Sabah akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.
November 13, 2010 9:18 AM
Sabah akan berusaha untuk terus membangun untuk menjadi negeri yang kaya.
November 13, 2010 9:28 AM
Laporan bank dunia ini boleh diabaikan jika kita merasakan bahawa Sabah sebenarnya sedang berkembang maju. Tapi isu pokoknya adalah, mengapa kita masih di takuk lama?
November 13, 2010 9:36 AM
usaha berterusan perlu ada bagi membasmi kemiskinan. penduduk Sabah juga harus lebih berfikiran jauh untuk meningkatkan ekonomi mereka. gunakan segala sumber yang ada dgn sebaiknya.
November 13, 2010 10:13 AM
Semoga kerajaan akan mencari penyelesai yang terbaik untuk menjauhkan gelaran negeri termiskin di Malaysia. Tapi mungkin pada masa yang akan datang, tidak mustahil Sabah akan naik dari kedudukan tersebut. Apa yang kita lihat sekarang Sabah masih dalam pembangunan yang pesat dimana-mana kawasan pun disekitar Sabah. Semoga para pemimpin akan dapat menyelesaikan masalah ini.
November 13, 2010 10:16 AM
Mungkin tumpuan lebih kepada Sabah dari segi pembangunan dan membenteras kemiskinan. Sabah memang mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi negeri yang maju, tambahan lagi keindahan alam dan sumber alam yang terdapat di Sabah.
November 13, 2010 10:52 AM
negara2 maju mempunyai ekonomi yang baik serta taraf hidup penduduk yang baik kerana rakyat mereka terdiri dari pekerja2 mahir dan separuh mahir. dengan adanya kelebihan itu, rakyat mampu bersaing sekaligus meningkatkan taraf hidup masing2.
November 13, 2010 10:57 AM
pasti laporan bank dunia ini akan mendapat perhatian dan menjadi isu dikalangan ahli2 politik tanahair. saya amat berminat untuk mendengar penjelasan dari UPEM atau pihak yang bertanggungjawab dalam membangunkan Sabah setanding dengan negeri2 lain. bukan sahaja di Malaysia, malah dunia juga sedang melihat fenomena kemiskinan di Sabah. saya harap ada penjelasan dan penyelesaian berhubung dengan isu ini.
November 13, 2010 11:12 AM
Bukan senang untuk membasmi kemiskinan. Oleh itu, kerajaan harus tingkatkan usaha mereka. Jangan biarkan Sabah dilabelkan negeri yang termiskin di Malaysia.
November 13, 2010 11:13 AM
Rakyat sabah juga kena berusaha sendiri. Jangan terlalu bergantung dengan kerajaan.
November 13, 2010 5:56 PM
kajian Bnak dunia ini seharusnya mampu membuka mata para pemimpin negara..kemiskinan berlaku akibat dari tumpuan yang tidak seimbang di antara sektor2 dan kawasan2 penempatan yang dikekang oleh pengaruh politik..
November 13, 2010 5:57 PM
rakyat sabah mahukan kerajaan yang boleh membawa perubahan dalam kualiti hidup kepada yang lebih baik..oleh itu, BN harus menunjukkan bahawa BN adalah parti yang mengutamakan rakyat dan bukan politik perut ahli2 politik.
November 13, 2010 6:00 PM
mungkin inilah akibatnya hasil daripada sistem kelas di malaysia..ada kelas tinggi, menengah dan rendah..kelas tinggi makin kaya dan buncit, kelas rendah pula makin miskin dan kurus..harus diperbaiki sistem yang ada dalam masyarakat sekarang...pengelasan kaum berdasarkan ekonomi sudah tidak relevan..DEB sudah lapuk..harus diganti dengan sistem yang lebih baik yang boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat secara menyeluruh dan bukan kepada satu2 kaum sahaja.
November 13, 2010 6:02 PM
mungkin suntikan peruntukkan yang lebih besar harus diberikan kepada sabah..selain itu, kerajaan harus membentuk kaedah yang relevan dan berfungsi untuk membasmi kemiskinan..kurangkan birokrasi dan kurangkan 'orang tengah'..
November 13, 2010 6:04 PM
tiada gunanya ekonomi naik sedangkan hidup rakyat susah..hasil yang ada hanya dapat dirasai oleh mereka yang ada pengaruh politik serta berkelas tinggi sedang yang lain hanya mampu menggigit jari..diharap perkembangan terbaru ini akan menyedarkan para pemimpin kita..
November 13, 2010 10:05 PM
mana ada miskin, kaya ba rakyat dibawah pemerintahan BN, ni lagi di sabah..paling kaya sabah ba..mana ada rakyat sabah susah, belajar penat2 bukan dapat kerja, buka ILP belajarlah sijil elektrik, bukan lagi beratus beribu ba lepasan sijil elektrik di sabah, lain lagi ambil sijil elektrik di kolej komuniti, di IKM, di IKBN kinarut pun ada juga sijil elektrik, tapi bila apply jawatan orang semenanjung jauh2 di perlis dapat pulak juruteknik elektrik di PPD Pitas. sijil elektriknya dari kolej komuniti lagi yang tiada PW4-wayerman, kalau di ILP,IKM ada PW4 lagi bus..tapi SANIY AHMAD orang kangar dapat di PPD Pitas..orang sabah maksudnya langsung tiada pantai elektrik ni la kan? orang miskin tambahla miskin..jawatan2 pun dibalun abis, bila yong teck lee cakap sabah untuk sabahan dicakap yong teck lee punya isu lapuk, tidak buli pakai..tapi siapa susah? rakyat sabah juga kan? bagi semua sama orang semenanjung, suru lagi dorang kasi abis tanah kita..bara yang ku to, mulek balik pan tek raat ae enggai, ndak ti kang empu musa aman pan nia ben tana..pesoyo no kam maku...amun aku pesut tigad ku betisku...
November 15, 2010 9:47 AM
Untuk membasmi kemiskinan, kerjasama antara semua pihak amat diperlukan. Kerajaan perlu membantu tapi rakyat sendiri juga kenalah berusaha. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
November 15, 2010 2:51 PM
Inilah masalah orang2 sabah nie. watasikadi saya sukung apa yang sudah ko tulis. Memang tidak dinafikan, dorg ambil lagi ramai orang semenanjung untuk jawatan2 tinggi.. bukan tidak layak ba orang2 kita tapi ko tau la dorg mau ka c naik orang dorg sendiri. Ada yang sudah 10 taun bekerja tidak juga kena ka c naik2 pangkat sedangkan orang itu cukup layak untuk jawatan yang lebih tinggi. Bila melawan orang2 sendiri tidak support.... Susah ba... kalau satu hari saya ada peluang jadi pemimpin , Semua jawatan ka c sama orang sabah, ka c traning dorg cukup2!!!
November 18, 2010 10:10 AM
Apa yang saya ingin tahu adalah berapa peratus daripada rakyat miskin adalah rakyat Sabah tulen? Berapa peratus daripada nombor itu adalah PATI dan sebagainya?
Post a Comment