
Pasangan suami isteri dari Jitra Kedah; Yusof Abdullah dan Cik Ashalehah Zain, terpaksa bergayut pada pokok selama 16 jam sebelum diselamatkan.


Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan
Dalam kegahirahan Kerajaan BN meraihkan kemenangan di kedua-dua PRK; Galas dan Batu Sapi, Kedah dan Perlis serta beberapa daerah di utara Kelantan terpaksa berantakan dengan bencana banjir yang melanda kawasan-kawasan tersebut.Menurut lapuran, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat, selain tiga daerah di Kedah menghadapi gangguan bekalan air akibat banjir.
Di Kedah, 20,902 penduduk di Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pokok Sena telah dipindahkan.- Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata semalam 88 pusat petempatan mangsa banjir dibuka di empat daerah, iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar.
- Di Perlis, angka mangsa yang dipindahkan telah meningkat kepada 6,052 orang, daripada lebih 4,500 orang petang kelmarin.
- Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata mereka ditempatkan di 40 pusat pemindahan di seluruh Perlis.
Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang semalam bertambah kepada 452 orang, 297 orang kelmarin, berikutan limpahan air Sungai Golok.- Kelmarin, seorang wanita Jerman, Cik Erna Fischer, terjatuh dan hilang dihanyutkan air sedang beliau meninggalkan sebuah rumah di Kota Giam, Jitra, Kedah.



November 8, 2010 9:01 AM
Dilaporkan bahawa kerajaan telah menghantar pasukan penyelamat untuk membantu penduduk di sana serta menghantar mereka ke tempat yang selamat. Diharapkan semuanya berjalan lancar.
November 8, 2010 9:09 AM
diharapkan semua mangsa banjir mendapat bantuan yang sepatutnya. semua mangsa perlulah tabah dalam menghadapi semua ini..
November 8, 2010 9:31 AM
Semoga ibu bapa sentiasa mengawai anak-anak dari bermain air, malang tidak berbau jadi berhati-hati dan sentiasalah berjaga-jaga.
November 8, 2010 9:43 AM
bencana banjir di utara malaysia sungguh dashyat, bantuan penyelamat kini telah dilakukan, harap semua mangsa tabah dan bersabar menghadapi bencana ini.
November 8, 2010 10:29 AM
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa bajir.
November 8, 2010 10:30 AM
Pasukan penyelamat harus memastikan kesemua yang terlibat dalam banjir dihantar ke tempat yang selamat.
November 8, 2010 10:35 AM
Kerajaan PAS Kedah - mendakwa banjir buruk yang kini melanda negeri itu adalah disebabkan kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan.
KTM Berhad - banjir besar yang melanda Kedah dan Perlis adalah berpunca daripada cuaca buruk luar biasa dan pembukaan empangan yang mana paras airnya berada di tahap bahaya untuk menaikkan paras air sedia ada..
cari punca dan selesaikannya sebelum bencana ini berulang kembali.
November 8, 2010 10:38 AM
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Keadaan banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan beransur pulih...
saya harap ketiga2 negeri itu akan pulih sepenuhnya dari bencana banjir..
November 8, 2010 1:08 PM
diharapkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir dapat dipenuhi. semoga air banjir cepat surut.
November 8, 2010 2:45 PM
Bencana alam tidak dapat dielakkan tetapi, kita masih boleh menyelamatkan diri dan badan2 betanggungjawab mahu kerajaan ataupun NGO akan terus melakukan yang terbaik dalam usaha menyelamat dan bantuan. Kepada yang hanya melihat dan mendengar dari jauh, hanya mampu berdoa dan memberi sedikit sumbangan dari pelbagai sumbangan.
November 8, 2010 6:02 PM
bencana banjir di utara semenanjung malaysia telah menyebabkan kerugian yang besar kepada masyarakat..pihak kerajaan persekutuan telah berusaha dan menghantar bantuan2 yang perlu untuk mangsa.
November 8, 2010 6:03 PM
diharap mangsa2 banjir akan tabah menghadapi dugaan ini..diharap juga kerajaan akan terus memantau dan memberikan bantuan kepada mereka..
November 8, 2010 11:05 PM
kesian... syukur dorang selamat oo.
November 8, 2010 11:06 PM
Betul mike. Harap mereka dapat perhatian yang sewajarnya.
November 9, 2010 9:30 AM
The cause for this flood must be identified. Relocating for the time being is only a temporary solution, there should be actions taken to address the cause so that the problem can be solved permanently.
November 9, 2010 4:45 PM
Sediakan payung sebelum hujan...mungkin kita tidak boleh mengelak tapi sekurang2nya dapat melakukan kerja2 menyelamat dengan segera.
November 10, 2010 9:07 AM
Carilah punca banjir ini dan menyelesaikannya supaya bencana banjir tidak berulang. Jika didapati kawasan itu sememangnya tidak sesuai didiami, maka penduduk kampung perlulah dipindah ke lokasi yang lebih selamat.
Post a Comment