

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas semalam menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak. Tetapi ia tidak boleh diambil mudah.perkembangan itu hanya langkah permulaan dan tidak boleh diandai akan berterusan tanpa usaha berlipat ganda lagi untuk menjamin kejayaan BN di masa akan datang, kata nya.- Selain dari itu, menurut beliau, ia juga tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
- Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.
- BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menganggap kemenangan besar BN itu sebagai manifestasi sokongan padu rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Presiden Gerakan itu juga melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada jentera parti itu yang turut sama turun padang dan membantu jentera BN memastikan kejayaan di Batu Sapi.
Mengenai sokongan komuniti Cina di kedua-dua kawasan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA berkata ia menunjukkan komuniti itu semakin yakin dengan BN."Jadi, kita harus memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada semua lapisan masyarakat di negara kita," katanya. Sumber: mStar
November 8, 2010 8:58 AM
Ya betul, BN tidak boleh angkuh disebabkan kemenangan kali ini. Mereka masih perlu berusaha lagi supaya terus mendapatkan sokongan rakyat.
November 8, 2010 9:00 AM
Kepada calon yang menang pilihan raya kecil ini, diharapkan akan menunaikan tanggungjawab dan janjian terhadap rakyat. Jangan mengecewakan para penyokong.
November 8, 2010 9:06 AM
BN perlu terus bekerja keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat. pastikan semua janji yang diberikan ditunaikan.
November 8, 2010 9:28 AM
Itu memang betul, BN jangan ambil mudah dengan kemenangan tersebut. tapi BN harus lebih menguatkan kuasa BN di Malaysia. Itu yang perlu. Berusaha lebih untuk rakyat.
November 8, 2010 9:49 AM
walaupun BN menang dalam kedua piliharaya Galas dan Batu Sapi, namun BN jgnlah leka, teruskan usaha dan laksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
November 8, 2010 9:56 AM
Saya setuju. BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangan mereka dalam pilihan raya kecil itu. BN harus teruskan usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat kerana terdapat juga ramai rakyat yang telah hilang kepercayaan mereka terhadap BN.
November 8, 2010 10:01 AM
Diharapkan calon2x BN menunaikan janji2x mereka.
November 8, 2010 10:19 AM
BN memang patut berbangga dengan kemenangan berganda ini, tetapi jangan cepat berpuas hati dan leka kerana ini bukan pilihan raya yang terakhir..
November 8, 2010 10:24 AM
jangan lupa tanggungjawab di dua kawasan ini terutamanya janji2 yang telah diucapkan kepada rakyat semasa kempen PRK. janji2 itu akan tetap dituntut oleh rakyat dan sentiasa diawasi oleh pembangkang..
November 8, 2010 1:04 PM
BN harus lebih berusaha selepas ini. pastikan semua janji yang diberikan ditunaikan.
November 8, 2010 2:40 PM
Jika ingin gembira, jangan sampai leka kerana masih terdapat banyak lagi benda yang menanti untuk diselesaikan. Jangan leka dengan kemenangan itu kerana bila ia suda berlalu, musuh akan sentiasa mencari isu untuk minikam anda.
November 8, 2010 2:51 PM
kemenangan BN harus dimanfaatkan untuk menjaga kepentingan rakyat.
November 8, 2010 5:45 PM
Bn tidak harus lalai berikutan kemenangan berganda di batu sapi dan galas.
November 8, 2010 5:47 PM
yang penting BN harus memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat..dengan prestasi perkhidmatan yang cemerlang, rakyat pasti akan memilih BN pada PRU nanti.
November 8, 2010 5:52 PM
oleh itu, jentera BN harus dimantapkan lagi dan mendekati rakyat..pendekatan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' harus dipraktikkan sepenuhnya dalam perkhidmatan kerajaan..
November 8, 2010 5:53 PM
janji2 kerajaan harus ditunaikan jika mahu rakyat terus menyokong dan mengundi kerajaan.
November 8, 2010 5:54 PM
diharapkan selepas ini BN akan lebih mantap dengan perkhidmatan kepada rakyat yang lebih baik.
November 9, 2010 9:24 AM
BN should know that this victory will not necessary guarantee that they will also win in the next elections. They must continue with their efforts and also fulfill their promises to the people.
November 9, 2010 10:06 AM
Betul, jgn terlalu leka & taksub dgn kejayaan 'double winning' untuk mengelakkan situasi 'win some, lost much'...
Teruskan usaha untuk memenangi hati rakyat dengan memberikan 'service' yg lebih baik & bukannya meminta 'diservice' saja, nnt kalau terlalu service, ada lagi by-election menunggu...Ingat, bukan semua politician ada isteri/suami yg turut bergiat aktif dlm politics...
November 9, 2010 4:49 PM
Sentiasa perbaiki kelemahan dan sentiasa membuat pembaharuan dalam memikat hati rakyat, tapi jangan melebih2 kerana ini akan membuatkan rakyat menyampah!!!
November 10, 2010 9:10 AM
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku, jangan terlalu yakin bahawa rakyat akan terus menyokong. Jadi kerajaan BN perlulah bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat.
Post a Comment