
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata parti PKR perlu dibubarkan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam.Sudah tiba masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan bagi kepentingan individu tertentu dan bukannya perjuangkan kepentingan rakyat.
- 'Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.
- 'Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan dengan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.
- 'Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu, saya menyeru kepada penyokongnya (PKR) agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu,' katanya.
- Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini' pada program Syarahan Perdana di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di KEMAMAN, Terengganu kelmarin, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat setempat.
Dengan pembubaran PKR, Dr Mahathir berkata orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.- Katanya, selagi orang Islam tidak bersatu dan belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan selagi itulah penganut agama lain akan terus memandang rendah dan memandang hina kepada mereka.
- Ia terbukti dengan nasib yang menimpa umat Islam di Afghanistan dan Iraq yang kini tertindas oleh negara Barat gara-gara percakaran dan perpecahan sesama umat Islam di negara tersebut.
Mengenai cadangan pembubaran PKR pada sidang akhbar selepas itu, Dr Mahathir berkata, mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini telah terpecah kepada tiga kumpulan.- 'Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan ahli dewan.
- 'Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli,' katanya



November 25, 2010 9:15 AM
tidak tahu lagi sama ada ahli-ahli PKR bersedia dan mahu membubarkan parti mereka.
November 25, 2010 9:17 AM
sememangnya sekarang ini PKR dilihat sebagai parti yang bermasalah. tidak hairan jika ada ahli parti tersebut yang akan menyertai UMNO.
November 25, 2010 9:20 AM
Dr M sudah lupa bahawa Malaysia adalah negara demokrasi?
November 25, 2010 10:22 AM
Terpulang kepada ahli2x PKR.
November 25, 2010 10:28 AM
di Malaysia ni terlalu byk parti politik, lebih baik2 parti2 bergabung demi perpaduan di negara kita.
November 25, 2010 11:06 AM
Kewujudan PKR ini memang nyata hanya untuk kepentingan sendiri sahaja. Oleh itu mungkin kata Datuk M adalah betul, bubarkan PKR bersatu dengan UMNO.
November 25, 2010 11:13 AM
Tidak ada salahnya jika PKR mahu menyertai UMNO untuk menyatupadukan Orang melayu. PKR sekarang hanya memperjuangkan untuk persendirian semata-mata apa salahnya jika bersatu dengan UMNO berjuang untuk rakyat.
November 25, 2010 11:15 AM
Tidak ada salahnya jika PKR mahu menyertai UMNO untuk menyatupadukan Orang melayu. PKR sekarang hanya memperjuangkan untuk persendirian semata-mata apa salahnya jika bersatu dengan UMNO berjuang untuk rakyat.
November 25, 2010 11:18 AM
Datuk M merupakan orang yang berpegalaman dalam politik. Mungkin ada benarnya kata beliau itu. Kia bersatu akan lebih kuat orang kita. Maka kita harus bersama-sama untuk membentuk satu bangsa yang kuat. Orang melayu perlu bersatu untuk negara kita malaysia.
November 25, 2010 11:19 AM
Datuk M merupakan orang yang berpegalaman dalam politik. Mungkin ada benarnya kata beliau itu. Kia bersatu akan lebih kuat orang kita. Maka kita harus bersama-sama untuk membentuk satu bangsa yang kuat. Orang melayu perlu bersatu untuk negara kita malaysia.
November 25, 2010 11:36 AM
tidak mungkin PKR dibubarkan dan menyertai umno. jika dibubarkan sekalipun, saya harap umno tidak menerima mereka kerana apa yang berlaku dalam PKR bukan disebabkan parti, tetapi ahli2 nya suka memperjuangkan kepentingan diri berbanding dengan perjuangan parti.
November 25, 2010 11:38 AM
terpulang sama PKR untuk sertai UMNO atau tidak.
November 25, 2010 11:40 AM
pucuk pimpinan PKR boleh mengatasi masalah ini dan mampu menarik semula kepercayaan rakyat jika mereka dapat membersihkan jentera2 mereka dari semua tuduhan2 sebelum ini dengan melaksanakan tindakan2 seperti yang dituntut oleh ahli2 yang lain dan penyokong2 PKR.
November 25, 2010 8:32 PM
percakaran orang-orang melayu memang benar telah menyebabkan orang-orang bukan melayu pandang rendah kepada kebolehan orang melayu.
November 25, 2010 8:34 PM
sebenarnya PKR adalah sebuah parti yang baik dengan misi dan visi yang mementingkan orang melayu. cuma, orang-orang dalam pkr itu sndr yang sering menimbulkan konflik menjengkelkan rakyat. sepatutnya kalau nak jadi PM orang tu harus ikhlas dan jujur...tak payah nak calon diri sendiri.
November 25, 2010 8:37 PM
presiden pkr sekarang saya lihat cuba nak raih simpati di luar negara. anda pernah jadi bekas menteri dulu dan tak yah le nak buruk-burukkan nama negara kat luar sana. dan lebih baik bubar pkr...
November 25, 2010 8:39 PM
saya rasa pkr sudah hilang taring! tak dak orang nak caya pkr lagi dan sudah sampai masanya orang-orang melayu yang berpecah belah disatukan.
November 25, 2010 8:42 PM
orang kuat pkr datuk zaid dah keluar pkr. azmin bila lagi? biar anwar sorang-sorang dengan agenda politik berbaur peribadi tinggal sendiri kat pkr tu.
November 25, 2010 8:44 PM
perjuangan pkr semakin padam. bubar pkr mungkin ada baiknya...
November 25, 2010 8:58 PM
Ya azman. PKR ni masih kelam kabut dan entah apa ada dalam fikiran mereka.. huhu
November 25, 2010 8:58 PM
Tapi semua tu terpulanglah pada ahki PKR sendiri. Tepuk dada tanya selera, pasti akan ditemui jawapan yang pasti!
November 25, 2010 9:00 PM
Apapun, kita tengok sajalah apa yang bakal berlaku nanti. Politik memang sukar diramail.
November 25, 2010 10:20 PM
mungkin PKR harus berfikir semula apa yang harus dilakukan jika hendak PKR terus wujud..permasalahan selama ini dalam PKR wujud disebabkan oleh faktor dalaman jadi faktor dalaman itu harus dihapuskan..
November 25, 2010 10:22 PM
mungkin PKR akan menolak serta membidas kenyataan mahathir ini namun kebenarannya tetap ada..pandai-pandailah pemimpin PKR membuat keputusan..
November 25, 2010 10:23 PM
jika PKR dibubarkan, maka kuranglah satu lagi parti politik di malaysia..ini mungkin akan membawa kepada satu keadaan yang menguntungkan dan lebih stabil..
November 25, 2010 10:24 PM
apa pun, terpulang kepada PKR.
November 25, 2010 11:54 PM
hahaha..lucu DR M ni... nampak sangat UMNO dan BN terdesak.kalau PKR bubar siapa lagi dapat gugat BN, kalau PKR meneruskan perjuangan, DR M takut UMNO dan BN serta anak2 dan kroninya habis jatuh ditimpa tangga..hahaha..ingat semua orang bodoh tiada otakkah mau fikir kenapa PKR pulak disuruh bubar, CUBA KALAU UMNO yang disuruh bubar? ndak kamu patah?kuyaklah kamu PRU13 ni...macm2 kamu buat sukur saja buli manang PRU13, tapi rakyat tidak selamanya bodoh..
November 26, 2010 8:58 AM
Tak mungkin PKR akan dibubarkan. Memang tak logik cadangan Dr M ini. Inikan negara demokrasi dimana rakyat memilih kerajaan yang dimahukan. Kalau hanya ada satu parti, maka itu bukan demokrasi tapi komunis.
November 27, 2010 12:04 AM
semua itu tidak mustahil untuk berlaku. Tapi bila semua bersatu, maka keadaan saya kira akan lebih bagus lagi.
November 29, 2010 10:49 AM
Rakyat patut diberikan pilihan untuk memilih parti yang dimahukan. Kita ini negara demokrasi, kebebasan mengundi adalah salah satu hak kita.
December 1, 2010 2:15 PM
Saya rasa tidak patut Tun M cakap macam ni. Semua orang ada hak masing2 kan
December 1, 2010 2:17 PM
Saya rasa ada PKR buat pentadbiran jadi sihat juga. Masing-masing mengingatkan apa yang kurang, apa yang terlebih.
December 2, 2010 10:05 AM
Baik juga ada pertandingan sihat antara PKR dan BN. Barulah mereka akan berusaha menjadi pilihan terbaik rakyat.
Post a Comment