

5 beranak di Sungai Buloh, Selangor merasa sedih apa bila mereka dipulau sesetengah masyarakat termasuk sanak-saudara sendiri.
Ketika rakan seusianya menikmati zaman kanak-kanak, tiga beradik termasuk salah seorang penghidap penyakit Sindrom Down tersisih daripada masyarakat.
Sumber: Kosmo
Ketika rakan seusianya menikmati zaman kanak-kanak, tiga beradik termasuk salah seorang penghidap penyakit Sindrom Down tersisih daripada masyarakat.
- Tidak seperti orang lain, Azura Jasni, 14, Muhammad Shah, 12, dan Muhammad Yusri, 9, yang tubuhnya seperti kanak-kanak empat tahun itu juga ketinggalan dalam persekolahan akibat dihimpit kesusahan.
- Semuanya bermula selepas bapa mereka, Jasni Susah, 43, hilang mata pencarian sebagai operator kilang apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis kira-kira dua tahun lalu.
- Sejak itu, Jasni memberitahu, kehidupan dia dan isterinya, Zurina Ali, 35, dan keluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan bergantung kepada ihsan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.



November 8, 2010 8:56 AM
Inilah baru kesian, tidak dapat bekerja disebabkan kaki dipotong dan mempunyai anak yang menghidapi Sindrom Down. Mungkin kedua-dua suami isteri ini boleh mendapatkan kerja yang boleh dibuat di rumah supaya boleh mendapatkan pendapatan lebih dan pada masa yang sama boleh menjaga anak mereka.
November 8, 2010 9:03 AM
keluarga ini tidak sepatutnya dipulau oleh masyarakat. mereka perlulah dibantu agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
November 8, 2010 9:26 AM
Harap masyarakat akan dapat membantu dan janganlah asyik memulaukan orang pula. Bayangkan jika diri sendiri dipulaukan??apa yang akan terjadi??
November 8, 2010 9:50 AM
Tidak patut masyarakat pulaukan mereka. Diharapkan bantuan akan diberikan kepada mereka.
November 8, 2010 10:04 AM
sungguh kasihan nasib mereka sekeluarga, mereka tak patut dipulaukan, apa salah mereka? berilah bantuan terhadap keluarga tersebut.
November 8, 2010 10:14 AM
setuju dengan Jonny, mungkin ada pekerjaan yang lebih sesuai untuk keluarga ini untuk memperbaiki kehidupan mereka.. mengharapkan bantuan semata2 memang tidak mencukupi. masyarakat juga tidak wajar memulaukan mereka kerana itu bukan budaya Malaysia..
November 8, 2010 12:59 PM
diharapkan keluarga ini mendapat bantuan yang sewajarnya. masyarakat sekeliling juga perlulah membantu mereka.
November 8, 2010 2:38 PM
Kena ingat kehidupan yang kita perolehi pada hari ini tidak akan sentiasa bahagia dan gembira. Ada masa kita juga akan bersedih. Kena ingat juga bahawa, kehidupan ini hanya kita pinjam dan tidak bersifat kekal, semuanya akan hilang satu masa nanti, oleh itu, kita kena berbaik2 dengan orang lain terutama mereka2 yang lahir secara tidak sempurna. Dalam mana2 agama juga mengajar untuk kita bersikap baik terhadap sesama tanpa menilai apa2 perbezaan.
November 8, 2010 5:36 PM
mengapa masyarakat memulaukan mereka? atau mereka sendiri yang mengasingkan diri dari masyarakat?
November 8, 2010 5:38 PM
apa pun, kesusahan dan penderitaan yang dialami tetap mendapat perhatian dari kerajaan di mana mereka mendapat bantuan ehsan...namun, kos hidup yang semakin meningkat tetap menyukarkan kehidupan keluarga ini bahkan semua lapisan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana..diharap mereka yang memerlukan akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
November 8, 2010 5:41 PM
namun diharapkan mereka yang seperti keluarga ini diberikan bantuan dari masyarakat setempat..masyarakat malaysia, masyarakat penyayang.
November 9, 2010 9:22 AM
The local YB's should do their part in helping these people in need. They could help by assisting them in getting better jobs and also ease their burdens by providing scholarships for their children and medical help for the disable kid.
November 9, 2010 4:51 PM
Saya pasti sangat la lepas saja berita ini diterbitkan orang yang peka terhadap isu2 seperti ini akan cepat dan tangkas untuk memberikan bantuan.
November 10, 2010 9:08 AM
Apa-apa pun, diharapkan mereka bersabar dan tabah menghadapi cabaran.
Post a Comment