SUARA BEBAS TUARAN

Ejen Tipu Rakyat Malaysia Untuk Bekerja Di Negara Asing?


gambar illustrasi iklan pencarian kerja
Dilapurkan bahawa kadar tukaran mata wang asing yang tinggi menjadi satu daya penarik yang kuat kepada rakyat negara ini untuk memilih bekerja di negara asing.
Justru itu, ramai dari kalangan rakyat Malaysia menjad
i mangsa penipuan oleh ejen-ejen pencarian kerja.
Penduduk di sekitar Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur antara yang paling ramai tertipu dengan ejen-ejen yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ untuk bekerja di negara luar.
  • Berdasarkan satu kajian oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan kerjasama Universiti Boston, Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 785,000 warga Malaysia tinggal dan bekerja di luar negara terutamanya di Singapura sehingga awal tahun lalu.
  • Ia diikuti oleh negara-negara seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Jepun dan Korea.
  • Faktor upah mungkin satu daya penarik yang kuat, namun bukan semuanya indah belaka jika memilih untuk bekerja di negara asing.
  • Bayangkan, menjadi pengawal keselamatan di Singapura umpamanya, gaji yang ditawarkan mampu mencecah RM4,000.
Pastinya ia satu jumlah imbuhan bulanan yang sukar diperoleh di negara ini.
Sumber: Kosmos
12 comments:

setiap individu perlulah sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. jangan mudah terpedaya dengan apa yang dijanjikan. sebaiknya mintalah nasihat daripada jabatan berkaitan jika ingin bekerja di luar negara, seperti Jabatan Tenaga Kerja.


diharapkan pihak berkuasa juga dapat mengambil langkah-langkah yang perlu bagi membendung pekara ini. ini penting bagi mengelakkan penipuan seperti ini daripada berleluasa.


Diharapkan ejen-ejen ini akan dibongkar dan ditumpaskan dan sesiapa yang terlibat akan dikenakan hukuman yang berat.


Rakyat sendiri juga perlulah berhati-hati dan pandai menilai sendiri supaya tidak mudah terpedaya oleh ejen penipuan seperti ini. Carilah pekerjaan menerusi saluran yang betul.


mmg byk agensi menawarkan peluang pekerjaan di luar negara dngn kadar upah yang tinggi. sebaiknya kita kena merujuk dahulu perkara ini kepada Jabatan Tenaga Kerja bagi memastikan samada agensi tersebut benar ataupun penipuan.


Harap rakyat janganlah mudah tertipu dengan gankjaran yang diberikan oleh mereka yang tidak dikenali itu. Memang duit itu antara keperluan kita tapi jangan sampai kita tertipu.


untuk lebih selamat, bekerja lah dinegara/negeri sendiri. penuhi kekosongan yang ada..


sebelum buat keputusan untuk berkerja diluar negara, kaji dahulu samada ejen itu benar atau tidak. telah banyak didedahkan oleh media berkenaan dengan penipuan oleh ejen2 pekerjaan. pendedahan ini sepatutnya mampu menggerakkan kesedaran rakyat Malaysia untuk lebih berhati2 semasa membuat pilihan untuk bekerja di luar negara.


Fikirlah dahulu sebelum membuat keputusan terburu-buru, nanti sendiri yang rugi.


Ada juga pekerjaan baik di negeri sendiri, tak perlulah asyik beria-ria mahu bekerja di luar negara. Jika mahu pun, janganlah mudah mempercayai agen sebarangan.


Woww perkara ini bukan la baru bagi kita. Bagi diri saya sendiri telah mengetahui perkara ini sejak dari bangku sekolah lagi. Dan saya percaya bahawa ramai yang setuju dengan saya bila saya katakan, Hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, baik lagi dinegara sendiri. Telah diingatkan berkali2 bahawa terdapat pelbagai jenis penipuan yang dilakukan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab, dan orang ramai dinasihatkan jangan tertipu dengan pelbagai tawaran yang diberikan.


Pandai-pandailah menjaga diri.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails