
Hak bumiputera di Sabah dan Sarawak dan juga suku kaum yang lain di Malaysia perlu dihormati.
Tiada kejayaan kalau tak bertanggungjawab untuk jayakan usaha bersama, demekian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam teks ucapannya yang di baca oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2010 di Taman Keladi Sungai Petani, Kedah , Sabtu lalu.
Tiada kejayaan kalau tak bertanggungjawab untuk jayakan usaha bersama, demekian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam teks ucapannya yang di baca oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2010 di Taman Keladi Sungai Petani, Kedah , Sabtu lalu.
- Beliau meminta masyarakat di negara ini supaya mengiktiraf dan menghormati hak-hak kaum lain di Malaysia bagi mewujudkan sokongan antara kaum dalam memajukan negara ini.
- Muhyiddin berkata rakyat negara ini perlu memandangkan ke hadapan untuk melihat kejayaan Malaysia dan tidak sepatutnya memperdulikan apa yang dikritik oleh pihak lain.
- "Masyarakat India, hanya 10-11 peratus, tetapi kita tetap kena beri sokongan dan galakan untuk mereka berjaya. Begitu juga Tionghua walaupun hanya kira-kira 20 peratus, pun kena sokong juga," kata nya.
- Muhyiddin berkata masyarakat di negara ini juga perlu mengamalkan sikap mencintai semua budaya di negara ini tanpa mengira kaum.
Beliau berkata amalan berkunjung ke rumah-rumah penganut agama lain sewaktu hari perayaan merupakan amalan yang telah lama dilakukan dalam menyatupadukan rakyat di seluruh tanah air.



November 15, 2010 8:23 AM
semua kaum di Malaysia telah memainkan peranan mereka dan semua kaum ini juga telah membentuk Malaysia. sikap hormat-menghormati sepatutnya telah wujud sejak dari dulu dan sehingga hari ini kita patut telah berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan harian..
November 15, 2010 8:26 AM
sudah semestinya hak semua kaum perlu dihormati. ini akan mengekalkan perpaduan yang wujud di negara kita.
November 15, 2010 8:27 AM
saling menghormati pelbagai kaum bukan saja akan mewujudkan perpaduan, malah ianya juga dapat menjadikan negara kita lebih dihormati oleh masyarakat dan negara lain.
November 15, 2010 9:46 AM
malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. sikap saling hormat menghormati sesama kaum perlu wujud.
November 15, 2010 10:25 AM
Perpaduan dan kesatuan antara rakyat pelbagai bangsa dan agama adalah penting. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
November 15, 2010 10:28 AM
"Tiada kejayaan kalau tak bertanggungjawab untuk jayakan usaha bersama"
Saya setuju dengan kenyataan Muhyiddin. Semua kaum harus berkerjasama untuk mewujudkan perpaduan kaum dengan mengiktiraf dan menghormati hak-hak kaum lain di Malaysia.
November 15, 2010 11:01 AM
Kita Malaysia yang pelbagai kaum haruslah memghormati kaum dan agama orang lain. Kita tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia akan menajdi negara yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan yang aman damai.
November 15, 2010 11:04 AM
Hormat menghormati itu memang tanggung jawab kita semua tidak kira, kaum agama, kawan-kawan, ibubapa dan orang tua. Jadi kita mesti melaksanakannya untuk mengekalkan perpaduan negara kita ini.
November 15, 2010 11:06 AM
Hak semua kaum perlu di hormati, keistimewaan yang diberi tidak hanya kepada satu-satu kaum sahaja. masyarakat lain juga diberi keistimewaan dan dilindungi melalui perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
November 15, 2010 11:17 AM
masyarakat di negara ini perlu mengamalkan sikap mencintai semua budaya di malaysia dan menghormati perayaan dan agama bagi kaum-kaum yang lain.
November 15, 2010 11:22 AM
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Oleh itu sikap hormat menghormati dijadikan sesuatu budaya malaysia agar keharmonian akan terus berkekalan.
November 15, 2010 1:40 PM
sikap saling hormat menghormati perlu ada dalam diri setiap masyarakat.
November 15, 2010 2:31 PM
saya setuju, hak setiap kaum perlulah dihormati. ini akan menjadikan kita lebih bersatupadu.
November 15, 2010 2:56 PM
Itu sudah semestinya, untuk menghormati kaum lain, pertama sekali kita kena menerima kewujudan kaum2 lain dan menerima sesama seadanya.
November 15, 2010 3:20 PM
kaum2 lain di malaysia khasnya kaum minoriti juga telah menyumbang kepada kesejahteraan negara.
November 15, 2010 3:22 PM
semua kaum yang ada di negara kita mempunyai hak..oleh itu hak mereka harus dihormati..mana2 kaum adalah tidak layak untuk mempersoalkan hak sesuatu kaum seperti bahasa dan lain2..
November 15, 2010 3:24 PM
sikap rendah diri dan saling memahami adalah penting untuk menjamin kestabilan dan keamanan antara kaum di malaysia..oleh itu, nilai2 murni harus diterapkan dalam diri setiap ahli masyarakat..dan ini harus ditunjukkan oleh golongan pemimpin..
November 15, 2010 3:25 PM
oleh itu, hak setiap kaum harus diiktiraf..
November 15, 2010 11:36 PM
Memang harus tu menghormati hak kaum lain. Hidup dalam negara majmuk ni kenalah pandai bertoleransi:)
November 15, 2010 11:38 PM
Ya rebirth. Sikap hormat menghormati sepatutnya tak jadi isu pun kerana sikap tu harus wujud dalam diri setiap individu yang cintakan keamanan.
November 15, 2010 11:39 PM
Setuju zam. Hak senua kaum harus dihormati bagi memastikan perpaduan antara kaum tidak tergugat.
November 15, 2010 11:41 PM
saya pun setuju Radzis. Jadi sama2 lah kita bekerjasama utk pastikan perpaduan dan kesatuan antara rakyat pelbagai kaum bertambah kukuh melalui sikap saling menghormati.
November 15, 2010 11:42 PM
Semoga semua rakyat dapat mengaplikasikan nilai2 murni dalam kehidupan seharian :)
November 16, 2010 3:21 PM
negara kita mempunyai pelbagai agama dan bangsa. jadi memang semua hak2 agama dan bangsa mereka patut dihormati asalkan tidak menganggu sensitiviti masing-masing.
November 18, 2010 10:11 AM
Saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah cara yang terbaik untuk memastikan negeri aman damai.
Post a Comment