SUARA BEBAS TUARAN

Kesihatan PM Burukkan Pasaran Saham?

Labels:

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.
"Adalah tidak wajar jika rakyat sekali lagi melihat khabar angin akhirnya menjadi cerita benar malah khabar angin juga akan memburukkan pasaran saham," katanya.
  • "Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menteri mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • "Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.
  • "Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," kata Husam
  • Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.
  • Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
Sumber: HarakahDaily
19 comments:

Even the stock market is affected.


semoga PM cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..


Siapa yang selalu memberikan khabar angin kalau bukan Pembangkang sendiri. Kerana pembangkang jugalah semua ini terjadi. jadi janganlah mahu menuduh orang lain sekiranya ini berlaku. Pembangkang parti yang suka memutar belitkan satu perkara. mereka yang buat mereka juga yang mengutuk nanti.


Dilaporkan bahawa masalah kesihatan PM kita tidak serius. Semoga beliau sembuh seawal mungkin.


Mungkin kerajaan perlulah menjelaskan isu kesihatan PM supaya memantapkan pasaran Saham.


PM kenalah sentiasa menjaga kesihatan kerana PM mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap Malaysia.


Apapun, semoga PM cepat sembuh.


diharap PM cepat sembuh dan kembali bertugas, negara memerlukan beliau.


jika takut kesihatan beliau akan memburukkan pasaran saham, jangan jadikannya sebagai isu atau sengaja dihangat2kan.. semonga PM cepat sembuh..


sebagai rakyat Malaysia kita perlulah mendoakan kesihatan PM agar beliau pulih.


Media amat berperanan penting dalam menyebarkan berita2 yang sensitif. Menurut artikel ini, khabar angin telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pasaran Saham. Kena fikir, tidak akan ada yang mendapat kebaiikan jika berlaku sebarang yang tidak diingini. Ingatlah bahawa ini akan memberi kesan kepada seluruh Malaysia.


nampaknya berita kesihatan PM ini mempengaruhi pasaran saham. semoga beliau sembuh segera.


menunjukkan betapa pentingnya PM kepada negara..


juga menunjukkan betapa pentingnya sesebuah kerajaan itu stabil dan berkemampuan seperti BN..adakah pembangkang boleh?


najib sudah keluar dari hospital namun perlu berehat secukupnya di rumah sehingga kesihatan beliau benar2 pulih sebelum menjalankan tugas beliau sebagai PM Malaysia..


diharap PM akan cepat sembuh.


Certain clarification from the ministers might be useful to ensure that the stock markets remain stable.


PM sudah sembuh, beliau sudah menghadiri pelbagai majlis dan pertemuan dengan beberapa orang kenamaan beberapa hari ini.


Saudara Antanum,

Baguslah kalau begitu, terlalu banyak spekulasi mengenai kesihatan PM menyebabkan kekecohan dalam pasaran Saham dan lain lain.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails