
Setakat ini, hampir 250,000 pengunjung web berkenaan telah memberikan kata "ya' menyokong bantahan pembinaan menara berkenaan dan mencetuskan perbincangan hangat isu mengenai menara terbabit sehingga kepada isu pentadbiran yang telus.Pelbagai pihak yang membantah pembinaan menara berkenaan menyifatkan ianya suatu pembaziran dan kos pembinaannya adalah lebih baik jika disalurkan kepada kebajikan, pendidikan dan menambahbaik pengangkutan awam.
Pembinaan menara Warisan Merdeka terbabit dijangka dimulakan tahun depan oleh syarikat milik kerajaan, PNB dan dijangka menelan belanja RM5 bilion.
Sumber: tvsnews
Pembinaan menara Warisan Merdeka terbabit dijangka dimulakan tahun depan oleh syarikat milik kerajaan, PNB dan dijangka menelan belanja RM5 bilion.
- Pengendali laman web Facebook Anti-menara warisan yang mensasarkan sejuta ahli akan mengadakan sambutan sebulan laman facebook berkenaan diasaskan dengan mengadakan sesi makan kek.
- Pengendali laman web facebook terbabit dalam satu catatannya, menggesa penyokong laman anti-warisan supaya berkumpul di lima lokasi di seluruh Malaysia untuk jamuan makan kek bagi menyambut genap sebulan laman tersebut diasaskan.
Laman web facebook berkenaan diasaskan bagi membantah cadangan pembinaan menara 100 tingkat oleh kerajaan persekutuan bernilai RM5 bilion yang akan dibina oleh Pelaburan Nasional Berhad (PNB) di tapak terletaknya Stadium Merdeka dan Stadium Negara.- "Kita mengadakan sambutan ini kerana rakyat biasa di negara ini, yakni bukan ahli NGO ataupun ahli politik kerana buat julung kalinya kita telah menganjurkan secara beramai-ramai laman ini yang dianggap sebagai hak bersuara untuk membantah sepenuhnya projek mega yang tidak popular ini.
Ini bukan projek mega pertama, tetapi ini adalah buat kali pertama sesuatu projek mega menghadapi bantahan yang teratur pelbagai kaum. Mulai hari ini, tiada lagi sebarang projek mega akan dibina sewenang-wenangnya bertentangan dengan pendapat umum...kerana itu,kita meraikan saat berkenaan," tulis pengendali laman terbabit yang tidak dikenali.
- Peserta dijangka akan berkumpul di lokasi terbabit selama dua jam sambil berkenalan sesama mereka dan membeli sepotong kek sebagai simbol bantahan kepada menara warisan berkenaan.
- Dalam pada itu, pengendali laman anti-warisan terbabit yang juga menyedari aktiviti berkenaan akan 'dipantau' oleh kerajaan yang melihatnya sebagai aktiviti 'anti-kerajaan' memberi jaminan kepada peserta yang bakal hadir bahawa acara berkenaan tidak menyalahi undang-undang.
- "Bukan menjadi kesalahan untuk memakan kek di tempat awam, bagi mereka yang musykil, atau bimbang diganggu oleh polis, jangan teragak-agak untuk hubungi Majlis Peguam," tulis pengendali laman web itu lagi.
- Beliau juga menetapkan lima garis panduan untuk dipatuhi ketika menghadiri sambutan berkenaan iaitu, memastikan sesuatu kumpulan tidak diketuai oleh seseorang pemimpin kumpulan, tidak membawa sebarang kain rentang namkun plakad bersaiz A4 dibenarkan, tiada sebarang laungan slogan, digalakkan membawa perlatan perakam video dan audio dan senantiasa mengemaskini perkembangan di laman facebook bagi membolehkan media mengikuti perkembangan majlis berkenaan.



November 18, 2010 10:21 AM
Saya juga tidak bersetuju dengan pembinaan menara warisan ini. Kerajaan patut tahu apa yang patut dibuat dan apa yang tidak patut dibuat. Diharapkan mereka akan mendengar suara hati rakyat mengenai perkara ini.
November 18, 2010 10:29 AM
nampaknya kumpulan anti menara warisan ini semakin aktif. apapun, harap kumpulan ini tidak menimbulkan kekecohan.
November 18, 2010 10:44 AM
Harap PM akan memberikan keputusan berhubungan dengan Mega Tower itu. Ramai yang membantah pembinaan tersebut.
November 18, 2010 10:46 AM
Suara rakyat perlulah didengari oleh Pemimpin. Ramai yang menbantah dengan pembinaan menara warisan tersebut. Oleh itu PM mesti mengambil tindakkan seterusnya berhubung masalah ini.
November 18, 2010 11:24 AM
250,000 adalah banyak.. Diharapkan kerajaan mempertimbangkan niat untuk membina menara warisan. Sila utamakan permintaan rakyat.
November 18, 2010 1:42 PM
dulu tidak setuju dengan jambatan Pulau Pinang, bangunan berkembar Petronas dan Putrajaya. Sekarang bukan saja rakyat memerlukan jambatan kedua Pulau Pinang, tetapi pembangkang pula tidak sabar2 untuk masuk Putrajaya.
November 18, 2010 1:50 PM
kalau menara warisan ini berjaya dibantah pun, dimasa2 akan datang bila negara semakin membangun dan bila tanah semakin terhad, menara pencakar langkit seperti ini juga yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan pembangunan.
November 18, 2010 1:54 PM
bagi saya menara warisan ini bukan pembaziran kerana banyak kerja2 kontrak yang boleh di agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan... sesuatu yang boleh menjana ekonomi negara dan penduduk bukanlah amalan pembaziran..
November 18, 2010 2:11 PM
perlaksanaan projek ini ada pro dan kontranya. disebabkan itulah ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah.
November 18, 2010 2:12 PM
harap keputusan yang terbaik dapat dibuat berhubung dengan pekara ini..ini bagi memberikan kebaikan kepada semua pihak.
November 18, 2010 2:26 PM
pstikan menara yang dibina ini memberi manfaat penuh kepada seluruh rakyat.
November 18, 2010 2:35 PM
Harus dipertimbangkan dan suara rakyat harus diberi perhatian kerana ini akan memberi kesan pada PRU nanti..
November 18, 2010 2:54 PM
Betu tu tombolo. Tak kisah kalau nak buat bantahan tapi jangan sampai timbul kekecohan dah la :)
November 18, 2010 2:54 PM
Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan debgan baik bagi mengurangkan ketegangan yang timbul.
November 19, 2010 10:08 AM
Diharapkan kerajaan akan mengambil berat dengan keinginan rakyat.
November 19, 2010 1:03 PM
Hopefully the government will reconsider this proposal, there are more ways to develop the country, not necessary through tall buildings.
November 22, 2010 11:26 AM
Saya rasa ada lagi banyak cara untuk meningkatkan ekonomi negara. Tapi yang paling penting, keadaan rakyat di luar bandar harus diubah dahulu barulah pelabur2 yakin dengan pembangunan negara kita.c
November 23, 2010 9:51 AM
Harap-harap kerajaan akan bertimbang lagi mengenai projek ini.
Post a Comment