

Foto illustrasi yang melambangkan senario di antara jamban awam yang kotor dan yang berseh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung(foto) berkata bahawa 3,000 daripada 5,764 atau lebih 52 peratus tandas di seluruh negara adalah kotor.Audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang manakala hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas mencapai taraf lima bintang iaitu kebersihan paling memuaskan.
- "Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 semalam.
Bagi memastikan tandas di premis-premis awam tidak terus kotor, Chor berkata tindakan penguatkuasaan oleh PBT terhadap mana-mana premis awam yang tandasnya terlampau kotor akan diperketatkan lagi mulai tahun depan, antaranya membuat pemeriksaan mengejut dua kali setahun, di samping pemeriksaan biasa.
Menurut beliau, jika inisiatif sebegini tidak dijalankan, ia bukan sahaja akan menyebabkan masalah sanitasi dan kesihatan kepada masyarakat tetapi turut menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.- “Saya pasti jika tandas-tandas di stesen minyak, restoran dan di tempat awam yang lain kotor, tiada pelancong dari negara maju yang mahu datang melancong ke negara ini,” katanya.



November 23, 2010 9:26 AM
Tandas yang kotor tidak selesa digunakan, boleh guarantee kebanyakan orang akan mengelakkan menggunakan tandas awam jika boleh.
Syarikat yang mengendalikan tandas awam patut memastikan pekerja yang menjaga dan mencuci tandas menjalankan tugas mereka dengan baik.
November 23, 2010 9:50 AM
Tandas melambangkan kebersihan sesebuah negara. Harap masalah tandas ini dapat ditangani.
November 23, 2010 9:53 AM
pengguna tandas awam perlulah menjaga kebersihan agar tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih.
November 23, 2010 10:02 AM
tandas yang kotor boleh menjejaskan imej negara kita, kerana ia melambangkan tahap kebersihan kita. seharusnya kita semua menjaga kebersihan tandas kita.
November 23, 2010 10:48 AM
Diharapkan pengguna tandas bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.
November 23, 2010 2:23 PM
semua pihak terutamanya pengguna tandas awam perlu menjaga kebersihan. ini bagi tujuan kebersihan dan juga keselesaan bersama.
November 23, 2010 3:40 PM
Adakah ini menunjukkan bahawa rakyat malaysia semuanya pengotor??? Bagaimana ini boleh berlaku? Mungkin kerajaan perlu mengenakan yuran untuk masuk ke tandas dalam kadar yang lebih dari rm0.50. Mungkin ini akan mengajar masyarakat untuk lebih menghargai Tandas awam.
November 23, 2010 3:45 PM
Tandas awam kotor mmemang menggelikan oo. Kadang kalau lepas masuk tandas kotor selera makan pun hilang! huhuhu
November 23, 2010 3:46 PM
Semoga perkara ni dapat perhatian sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab. Malah para pengguna tandas awam pun haruslah jaga kebersihan tandas utk keselesaan diri sendiri dan juga orang awam yang lain.
November 23, 2010 4:23 PM
saya harap usaha penguatkuasaan itu bukan hanya tertumpu di Semenanjung sahaja tetapi merangkumi Sabah dan Sarawak.
November 23, 2010 11:34 PM
memang masih jauh perjalanan M'sia ke arah menjadikan negara makmur, maju dan masyarakat berakhlak terpuji. tandas kotor menunjukkan sebilangan rakyat M'sia tidak berakhlak terpuji...kalau 52% tandas yang kotor...bermaksud 52% rakyat M'sia ni PENGOTOR?
November 23, 2010 11:37 PM
imej M'sia sebagai negara yang mengutamakan kebersihan...masih jaiuh lagi. kalau pekerja yang bertungkus lumus membersihkan tandas tetapi si pengguna mempunyai sikap tidak peduli....saya rasa nilai dan etika yang kita harapkan dalam budaya masyarakt M'sia masih belum tercapai...
November 24, 2010 9:55 AM
Menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua. Diharapkan pengurus tandas-tandas awam ini akan memastikan tandas sentiasa bersih dan kemudahan seperti flush and paip air berfungsi baik. Pengguna juga haruslah menggunakan tandas dengan cara yang betul dan membersihkan selepas digunakan untuk kemudahan semua orang.
November 25, 2010 9:37 AM
Kebanyakan orang dah lupa tanggungjawab sivik mereka. Bagaimana kita mencapai negara membangun sedangkan rakyat kita tidak mampu menjaga kebersihan di tempat awam.
Post a Comment