
Menjadi pemimpin bukan satu kemuliaan tetapi satu tanggungjawab.Pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia.Demekian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika mengulas gesaan Tan Sri Muhyidin Yassin semua pimpinan parti komponen BN supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.
- “PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihan raya, apabila lepas pilihan raya muka tidak nampak,” kata Ustaz Idris Ahmad.
- Menurutnya, PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. “Selepas pilihan raya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk kerana kuasa membeli semakin berkurangan,” ujarnya.
- Katanya, Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas.
Tambahnya, pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan.Beliau berkata, mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat.
- Katanya, peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta berbanding dengan Permata milik isteri Perdana Menteri sebanyak RM111 juta.
- Begitu juga, ujarnya peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.



November 11, 2010 8:56 AM
Sebagai pemimpin, ini adalah tanggungjawab mereka untuk mendengar suara hati rakyat dan membantu mereka menyelesaikan masalah. Diharapkan pemimpin-pemimpin ini akan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap penduduk di kawasan masing-masing.
November 11, 2010 9:04 AM
jadilah pemimpin yang sentiasa turun padang dan mendekati rakyat. pemimpin yang memahami rakyat akan sentiasa disayangi.
November 11, 2010 9:21 AM
kalau dilihat di Sabah PAS hanya muncul ketika pilihanraya saja. jika tiada pilihan raya maka, kita tidak dapat lihat PAS berada di sini untuk membantu rakyat.
November 11, 2010 9:23 AM
daripada bercakap tentang UMNO lebih baik jika PAS menasihatkan rakan mereka iaitu PKR yang sekarang ini bertelagah sesama sendiri.
November 11, 2010 9:33 AM
Harap janganlah pemimpin BN berperangai sedemikian. Jumpalah rakyat selalu dan jangan kerana PRU baru turun padang.
November 11, 2010 9:36 AM
PRU 13 akan bermula tidak lama lagi. Tapi para pemimpin pasti akan sibuk turun padang untuk mendekati rakyat. Nasihat untuk semua pemimpin, tolong jangan kerana PRU sudah dekat baru tengok mereka. Tengoklah rakyat selalu dan bantulah mereka itu yang penting bukan semasa dekat PRU baru sibuk-sibuk untuk rakyat. Serik sudah rakyat dengan semua itu.
November 11, 2010 9:56 AM
I hope not, the leaders should go down to the ground as frequently as possible. Not just before the elections.
November 11, 2010 10:31 AM
bagaimana pula dengan isu rampasan tanah milik orang asli di hulu kelantan? siapa pemimpin PAS yang turun padang mendengar keluhan mereka?
November 11, 2010 10:37 AM
jatuhnya Galas ketangan BN menunjukkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada PAS. ini cukup untuk membuktikan bahawa PAS juga tidak sempurna perjuangan politiknya... saya harap gesaan TPM bukan sekadar omong kosong dan wajar diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
November 11, 2010 1:26 PM
Thanks kalian,
Apa yang penting disini ada lah peranaan Pemimpin dan parti pemerentah ia itu BN. kerana mereka di bagi kuasa oleh rakyat untuk merancang dan meluluskan peruntukan pembangunan. Bukan nya pembangkang. Itu ada lah fakta.
Dalam hal ini, sama ada PAS kah, keadilan kah, bukan nya pemangkin utama. Kuat kah mereka atau kalah dalam apa juga pilihan raya sekali pun bukan nya isu yang perlu kita perbesar-besarkan.
Yang perlu kita perhatikan ia lah pemimpin kerajaan yang memerentah. Terutama sekali YB yang turun padang untuk mendengar dan merancang sesuatu yang sesuai untuk rakyat yang serba kekurangan di kawasan masing-masing masa kini.
Sejak arahan TPM, di daerah saya Tuaran belum seorang pun YB BN yang berulang kali datang untuk melawat kawasan masing-masing.
Memang tidak dapat di nafikan bahawa sejak BN memegang tampuk kerajaan, sifat YB mereka memang jarang melawat kawasan untuk mengenal pasti masaalah tegar rakyat yang miskin dan belia yang menganggur.
Bila ditanya, mereka asek-asek beri alasan yang hampir-hampir sama;
ia itu sibuk di ibu pejabat dan bertemu pemimpin atasan. Disamping sibuk menghadiri acara-acara sampingan yang seakan-akan kurang bermanafaat kepada rakyat yang mereka wakili.
Dalam keadaan yang sedia ada, kita hanya membung masa untuk menekan parti pembangkang sebagai penyebab lemah nya pembangunan di daerah masing-masing.
KUNCI UTAMA NYA, ia lah kegagalan Pemimpin parti pemerentah untuk berbuat suatu sejak malaysia merdeka kepada penggundi mereka di kawasan dimana mereka di pilih sebagai wakil rakyat. Bukan nya Bos rakyat.
Otherwise, TPM tidak akan meluahkan arahan tersebut untuk semua pemimpin dalam komponen BN.
November 11, 2010 4:57 PM
Tanya la rakyat jika inginkan jawapan yang tepat. Jangan tanya pada posisi pembangkang kerana jawapan pasti berbentuk bias dan sebaliknya.
November 11, 2010 11:56 PM
PAS ni sibuk betul dgn hal parti lain. huhuhu
November 11, 2010 11:57 PM
Bagi saya, lebih baik PAS perbaiki kelemahan diri sendiri daripada asyik jaga tepi kain orang lain.
November 12, 2010 12:01 AM
Betul joey. Tu la PAS sendiri suka cari pasal. Kalau PAS tak cakap pasal parti lain, rasanya takda juga ba yang mahu ganggu PAS ni. huhu
November 12, 2010 12:01 AM
Apapun saya harap semua pemimpin akan lebih rajin turun padang mendekati rakyat supaya permasalahan rakyat diketahui.
November 12, 2010 12:04 AM
Justeru, rajin2 lah turun padang ya. Pastikan keperluan rakyat dipenuhi :)
November 12, 2010 10:16 AM
Betul, rakyat yang memberikan kuasa kepada pemimpin-pemimpin ini. Tanpa sokongan rakyat, mereka tidak mungkin berada di mana mereka sekarang, jadi para pemimpin perlulah membalas budi rakyat yang mengundi dengan berkhidmat dengan baik.
November 12, 2010 10:18 AM
Mungkin lebih baik jika Pemimpin setiap kawasan tinggal sepanjang tahun di kawasan yang dipimpin itu. Hanya begitu sahaja mereka boleh memahami kesukaran rakyat di situ. Jika ada longkang tersumbat, maka para pemimpin ini juga merasa.
Post a Comment