
Pengerusi Pemadam Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof (foto kanan) berkata Seramai 51 penagih dadah di kesan di daerah itu sejak Januari hingga November tahun ini membabitkan 49 lelaki dan dua perempuan. 89 peratus daripadanya adalah belia tempatan termasuk mereka yang sudah berkahwin, kata beliau.Katanya, sehubungan dengan ini penglibatan masyarakat di daerah ini terutama pemimpin-pemimpin masyarakat perlu bagi membanteras penagihan dadah kalangan golongan belia tempatan.
Beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi mengawasi anak-anak agar tidak terjerumus dalam kegiatan penagihan dadah yang telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai musuh nombor satu negara.- “Jika melihat tingkahlaku golongan belia mahupun remaja yang mencurigakan di kawasan masing-masing buat laporan segera kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang kini sudah berpejabat di tingkat bawah bangunan Urus setia Daerah Keningau dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau,” kata Amat.
Dalam masa yang sama Pegawai Daerah itu meminta supaya persatuan belia ditubuhkan diperingkat kampung bagi membolehkan belia menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.- Katanya, dengan adanya persatuan belia di kampung dapat menangani anasir-anasir yang jahat yang boleh meruntuhkan akhlak belia.
Sumber: NST



November 29, 2010 11:05 AM
Diharapkan penagih dadah ini akan dijejak dan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah.
November 29, 2010 11:06 AM
jauhilah dadah, ia memudaratkan dan memusnahkan masa depan kita.
November 29, 2010 11:52 AM
Penagihan dadah hanya akan merosakkan diri dan masyarakat setempat. Semua pihak diminta supaya memberi kerjasama dalam membenteras penagih dadah.
November 29, 2010 11:53 AM
dadah merupakan musuh negara. kegiatan penagihan dadah perlu diperangi sehabisnya.
November 29, 2010 11:56 AM
pihak polis perlu sentiasa melakukan operasi bagi menangkap pengedar dan penagih dadah yang ada. ini bagi menyelesaikan masalah dadah.
November 29, 2010 11:58 AM
Saya bersetuju persatuan belia dapat ditubuhkan di setiap kampung bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan lebih berfaedah.
November 29, 2010 12:00 PM
Peranan ibu bapa sangat penting bagi memastikan anak-akan mereka tidak terjerumus dalam kegiatan penagihan dadah.
November 29, 2010 12:04 PM
Perkara ini sangat memalukan kerana penagihan dadah di negeri ini melibatkan belia tempatan. Diharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan bagi memastikan kegiatan penagihan dadah dapat dibenteras secepat mungkin.
November 29, 2010 1:17 PM
penagih2 dadah ini perlu dipulihkan, kita jgnlah terjebak dgn najis dadah.
November 29, 2010 2:44 PM
Ini adalah satu perkara yang serius. Diharapkan kerajaan akan segera mencari penyelesaian kepada masalah penagihan dadah di Keningau. Jangan biarkan masalah ini berlanjuntan.
November 29, 2010 2:44 PM
Ini adalah satu perkara yang serius. Diharapkan kerajaan akan segera mencari penyelesaian kepada masalah penagihan dadah di Keningau. Jangan biarkan masalah ini berlanjuntan.
November 29, 2010 3:08 PM
Semua orang haruslah menjauhi diri dari dadah.
November 30, 2010 11:01 AM
Mereka ini memerlukan bantuan pemulihan. Saya berharap rakyat yang lain akan menjauhi diri daripada dadah.
November 30, 2010 11:47 AM
setakat mengesan penagih tetapi pengedar dan pembekal masih bebas melakukan kerja2 mereka, tidak akan menyelesaikan masalah ini. siasat perkara ini sehingga ke akar umbi termasuk bagaimana dadah ini boleh sampai ke negara kita.
December 1, 2010 3:21 PM
Yang penting menjejak pengedar dadah yang membawa masuk dadah ini.
December 2, 2010 10:10 AM
Tiada kebaikan kita mengambil dadah, jadi jangan sekali mendekatinya. Ia merosakkan badan, akhlak, kehidupan dan masa depan seseorang.
December 3, 2010 11:50 AM
Kena cari punca mengapa gejala ini boleh menular hingga ke Keningau? Pucuk pangkal kena cari dan seterusnya usaha untuk melumpuhkan aktiviti ini.
December 6, 2010 9:04 AM
Setuju, patutlah cari punca dan melumbuhkannya.
Post a Comment