
Peruntukan itu adalah untuk aktiviti belia termasuk kemudahan dan fasiliti bagi sukan, ICT, perdagangan, pendidikan dan latihan di seluruh negeri ini. Peruntukan itu adalah yang tertinggi pernah diberikan kepadsa golongan belia.
Dalam pada itu, Mohamad selaku Setiausaha Pemuda BN Sabah, berharap golongan belia termasuklah Pemuda akan turut mengambil bahagian dalam pelaksanaan program pembangunan yang diadakan nanti. Beliau turut yakin peruntukan besar itu akan dapat memenuhi sasaran beberapa program penting seperti pemerkasaan belia dan pengupayaan modal insan dengan pelaksanaan yang lebih berkesan.Semantara itu, Yang Dipertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani berkata, pembangunan belia tidak hanya kepada bidang sukan tetapi ianya turut menjurus kepada semua bidang.
- Dalam isu yang sama, ahli perniagaan Ustaz Malai Ali Malai Ahmad berkata peranan dan sumbangan belia dalam membangunkan dan memajukan negeri ini ternyata tidak diabaikan.
- Katanya, peruntukan yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lepas itu memperlihatkan bahawa kerajaan tidak mengabaikan golongan belia.



November 23, 2010 9:22 AM
Harap-haraplah peruntukan ini boleh diagihkan dengan adil dan digunakan sebaiknya untuk membawa pembagunan.
November 23, 2010 9:53 AM
semoga peruntukkan ini akan dilaksanankan dengan baiknya. Tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
November 23, 2010 9:57 AM
peruntukan yang besar ini perlu digunakan dengan sebaiknya agar apa yang disasarkan akan tercapai.
November 23, 2010 9:58 AM
golongan belia perlu bijak menggunakan setiap peluang yang ada seperti peluang latihan dan pendidikan yang disediakan. diharapkan peruntukan yang besar mampu untuk memperkasakan lagi golongan belia.
November 23, 2010 10:00 AM
Peruntukkan ini untuk membangunkan Belia negeri Sabah dalam pelbagai bidang. Ini akan meningkatkan dan menambahkan ilmu kemahiran. Semoga peruntukkan ini dilakukan dengan sempurna.
November 23, 2010 10:11 AM
harap dgn ini, belia2 Sabah dpt dibangunkan dan mereka dpt menyumbang kepada pembangunan negeri kita.
November 23, 2010 10:56 AM
Bagus lah tue. Apa2x pun, pastikan duit itu digunakan untuk pembangunan belia dan bukan untuk kegunaan pemimpin.
November 23, 2010 1:23 PM
duit tersebut mmg duit rakyat, mmg patut ia disalurkan untuk pembangunan rkyat terutamanya golongan belia.
November 23, 2010 3:46 PM
Pengagihan wang itu harus dilakukan dengan seadil2nya. Jika tidak ini akan menyebabkan ketidak adilan dan banyak yang tidak berpuas hati di kemudian hari.
November 23, 2010 4:28 PM
sebagaimana jumlahnya yang besar, saya harap perubahannya juga besar terutamanya yang merangkumi kemudahan dan fasiliti bagi sukan, ICT, perdagangan, pendidikan dan latihan..
November 23, 2010 4:40 PM
Peruntukan besar untuk pembangunan belia negeri sabah ini adalah yang terbaik dalam meningkatkan lagi pencapaian terutamanya para belia.
November 23, 2010 4:42 PM
Wah baguslah mcm ni. Harap peruntukan ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
November 23, 2010 4:43 PM
Ya joey. Saya yakin jika peruntukan ini digunakan sebaik mungkin pasti semua matlamat dapat dicapai.
November 23, 2010 4:45 PM
setuju mandau. Melalui peruntukan ini saya yakin para belia di Sabah dapat dibangunkan :)
November 23, 2010 4:46 PM
hahhaha.. Sokong Raven. Gunakan wang itu utk tujuan yang sepatutnya dan bukannya bagi kepada pemimpin pula:P hehehe
November 23, 2010 4:46 PM
Apapun,saya mengharapkan yang terbaik hasil daripada pemberian peruntukan ini :)
November 23, 2010 7:01 PM
peruntukan besar ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri memandang berat kepada pembangunan belia di negeri sabah..
November 23, 2010 7:03 PM
pembangunan belia tidak harus tertumpu kepada satu2 bidang sahaja..ianya harus dilakukan secara menyeluruh dengan merangkumi kesemua aspek sosial, ekonomi dan politik..dengan ini, akan melahirkan golongan belia yang benar2 mantap dan bersedia..
November 23, 2010 7:04 PM
diharap,dengan adanya peruntukan yang besar ini dipergunakan sebaik-baiknya..
November 23, 2010 11:20 PM
bagi saya, sebarang peruntukan yang disalurkan dan diumumkan untuk pembangunan negeri Sabah harus diagihkan dengan telus. bangunkan para belia jika tidak ingin Sabah terus mundur dan kekal sebagai negeri termiskin
November 23, 2010 11:23 PM
sewajarnya program pembangunan belia Sabah adalah bukan berbentuk memberi 'tunai. rancangan bagaimana menjadikan para belia Sabah lebih kreatif dan berinovatif untuk meningkatkan sara hidup harus difikirkan.
November 23, 2010 11:28 PM
contoh seperti Akademi Fantasia..yang kreatif dan menarik. ramai belia Sabah sudahpun berjaya menjadi artis terkenal seperti Adam, Linda, Stacy dll. dan sekarang ni semua belia remaja Sabah mau jadi penyanyi dan bintang AF. so pembangunan belia ni pun harus yang ke arah meningkatkan sahsiah diri!
November 23, 2010 11:30 PM
kalau kita beri para belia 'IKAN', mereka tidak akan belajar cara menangkap IKAN. Kalau kita ajar para belia kita cara membuat pukat dan menjala ikan, maka kita akan dapat generasi belia yang tahu 'BERDIKARI'.
November 24, 2010 9:53 AM
Saya amat berharap peruntukan ini boleh membantu membawa pembagunan dan perubahan kepada Sabah supaya kita akan menjadi negeri yang membangun pada 2015.
November 25, 2010 9:39 AM
Memberikan latihan untuk membolehkan mereka sara diri adalah lebih baik daripada asyik menyuap mereka.
Post a Comment