
Baru-baru ini, Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2011, mengumumkan peruntukan sebanyak RM210.81 juta untuk golongan belia.Peruntukan itu adalah untuk aktiviti belia termasuk kemudahan dan fasiliti bagi sukan, ICT, perdagangan, pendidikan dan latihan di seluruh negeri ini. Peruntukan itu adalah yang tertinggi pernah diberikan kepadsa golongan belia.
Namun hingga setakat ini, belum ada lagi pengumuman bagaimana tata-cara peruntukan yang besar itu, diagihkan kepada golongan belia-belia yang dikatakan terlibat dalam program tersebut.- Dari kajian yang pernah saya buat (merangkumi pemantaun pergolakan belia di Sabah dan Semenanjung) , masaalah sebenar yang dihadapi oleh belia di Sabah ada lah phobia kekurangan pusat untuk mereka mendapat pekerjaan tetap. Saperti industri, sektor kerajaan dan lain-lain lagi di Sabah ini.
Justru itu, menggalakkan peghijrahan beramai-ramai belia Sabah ke semenanjung semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan di sana. Menurut sumber, bilangan ini menjangkau 60,000 orang belia.
- Menurut lapuran, kebanyakan diantara mereka yang merantau di sana tidak berjaya dalam missi mereka. Dengan itu, akhir nya mereka kembali ke kampong halaman dengan tangan kosong disamping menjadi penganggur semasa kampung.
- Dikatakan, separuh dari mereka ini, ada yang berpendidikan tinggi dan terlatih dalam bidang masing-masing. Jadi isu ‘kurang terlatih’ bukan lah punca utama kenapa mereka tidak mendapat pekerjaan.
Isu yang jelas disini, ada lah Kerajaan Sabah kurang menekankan betapa penting nya tempat-tempat yang boleh menampong pekerjaan untuk belia-belia yang malang disini.Dalam pada itu, kini kerajaan telah meluluskan peruntukan yang banyak (sebanyak RM210.81 juta) demi untuk membantu belia di Sabah, kata mereka.
Pada dasarnya, Kementerian Belia tidak banyak menyediakan pusat yang boleh membantu belia untuk bekerja dalam jangka panjang.
(Kecuali kilang KOSAN dan kilang yang sewaktu dengan nya. Itu pun kelihatan seakan-akan saperti hidup segan mati tak mahu).
- Seada nya, Kementerian belia lebih berminat untuk menyediakan program latihan dan bantuan sementara melalu klab, persatuan dan sebagai nya.
Masaalah pengangguran para belia ada lah serius dan real. Oleh itu sepatut nya kerajaan memikir dari sudut keseluruhan bukan nya setakat memberi gula-gula untuk mereka berpesta sekadar sementara. Saperti pelangi yang hanya timbul ketika hujan renyai-renyai. - Kalau sekira nya kerajaan memikirkan masaalah belia ini secara serius lagi mendalam disamping beralaskan ilmu mikro ekonomi; peruntukan sebanyak itu sepatut nya di salurkan sebagai package yang boleh membantu kearah pekerjaan tetap.
Dalam isu ini, kerajaan Sabah sepatutnya mempelajari strategi yang diguna-pakai oleh kerajaan negeri di semenanjung. Saperti Pembangunan-Pembangunan industri di Klang Valley , Perak, Penang, Johor (Iskandar CBD) dan lain-lain lagi. - Kerajaan Sabah, ada lah layak untuk mendapat kerjasama dari kerajaan persekutuan demi untuk mempromokan secara agresif dan seterusnya memberi peluang kepada Sabah untuk diterokai oleh 'Industrial Enterprnour ' dari Luar Negara. Saperti China, USA, Australia, Jepun dan Euro untuk menubuhkan industri-industri di Sabah.
- Saperti biasa, justifikasi nya ada lah Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas dengan kos pekerja nya yang sederhana.
Dalam pada itu, peruntukan yang di luluskan dalam bajit 2010 negeri Sabah, sebanyak itu, selain dari progam latihan,ICT, sukan (dan sebagai nya); sepatut nya di gunakan untuk penyediaan jalan–jalan menuju kawasan tapak dan lain-lain bantuan infrastruktur asas untuk kegunaan industri-industri itu nanti.- Contoh nya, Sabah terkenal dengan perladangan getah dan Kelapa sawit. Kenapa tidak di galakan untuk mengujudkan industri pengeluaran ‘end-product’ terhadap bahan tersebut disini?
- Memang tidak dapat di nafikan Kerajaan Sabah telah melancarkan Koridor Pembangunan Sabah dan Platform pembangunan di KK Industrial Park. Namun hingga kini, tiada juga tanda-tanda bahawa program ini telah membantu untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia dinegeri ini.
Agak nya, kalau program jangka panjang ini akan diambil kira oleh kerajaan untuk di ketengahkan, pasti nya ia akan memberi impak positif kepada negeri, negara dan dengan itu, sekali gus ia nya dijangkakan akan mengurangkan bebanan akibat fenomena kemiskinan yang dikatakan sedang melandah negeri Sabah masa kini.Disamping itu, banyakkan lagi program yang sesuasi yang perlu di fikirkan oleh kerajaan untuk di majukan demi untuk mengurangkan gejala pengangguran dan penghijraan belia di Sabah.
Analisis Solymone
Sila juga baca "Penyelesaian Gejala Kemiskinan Dan Pengangguran Belia, Bernokta Disini"



November 26, 2010 8:40 AM
Ada juga usaha daripada kerajaan untuk mengadakan pameran pekerjaan untuk membantu rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan. Saya rasa ini usaha yang baik dan patut diadakan lebih kerap.
Pusat pencarian pekerjaan juga patut dipromosikan, seperti Sabah Job Center kerana kebanyakan rakyat tidak tahu tentang pusat-pusat seperti ini maka tidak terfikir nak pergi mencuba nasib kat sana.
Satu lagi adalah memberikan keutamaan kepada rakyat Sabah untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan tempatan.
Walaupun kerajaan Sabah telah berusaha menangani masalah ini, namun masih perlu meningkatkan usaha lagi.
Selain itu, belia menganggur patutlah mencari pekerjaan buat sementara supaya tidak membazirkan masa sebelum mendapat pekerjaan yang diingini. Sekurang-kurangnya mendapatkan pengalaman serba-sedikit.
November 26, 2010 9:00 AM
ya.. kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah untuk belia2 Sabah. peluang pekerjaan di Sabah dilihat amat terhad, dgn adanya peluang pekerjaan di Sabah, ia boleh mengelakkan mereka dari berhijrah ke tempat lain.
November 26, 2010 9:41 AM
usaha perlu terus dilakukan. rasanya dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan adalah cara yang baik untuk mengatasi masalah ini.
November 26, 2010 9:42 AM
diharapkan peruntukan yang diberikan untuk golongan belia akan digunakan dengan sebaiknya agar semua belia mendapat manfaatnya.
November 26, 2010 10:00 AM
Harap2x kerajaan akan mengunakan peruntukan tersebut untuk menolong penganggur mendapat kerja kerana jumlah penganggur di Sabah adalah besar..
November 26, 2010 11:06 AM
selain itu kerajaan persekutuan sepatutnya tidak mempunyai masalah melaksanakan skim gaji minimum di sektor2 yang kritikal atau kurang diceburi oleh belia tempatan. walaupun bukan secara majoriti, tetapi sebahagian dari belia2 yang menganggur ini lebih tertarik dengan tawaran gaji yang tinggi berbanding dengan skop pekerjaan atau jawatan.
November 26, 2010 11:12 AM
dengan peruntukkan yang banyak itu, jika tidak membawa kesan positif kepada golongan belia di negeri ini atau langsung tidak membawa perubahan, bermakna pembaziran telah berlaku. sebelum memutuskan sesuatu projek atau program, kerajaan tidak perlu rasa terbeban untuk melakukan sedikit kajian atau perbincangan samada diantara pemimpin mahupun rakyat.
November 26, 2010 2:18 PM
Jangan putus asa selagi belum mencubanya. Semoga kerajaan dapat membantu belia di Sabah ini. Kami sentiasa memberikan sokongan untuk negeri Sabah ini.
November 26, 2010 4:58 PM
Memang ada kebenarannya apa yang telah diperjelaskan dalam artikel ini. Jika dilihat peluang pekerjaan sangat terhad dan persaingan tinggi dengan pekerja warga asing, tambahan pula kadar gaji yang ditawarkan juga tidak berbaloi walaupun sebagai buruh. Ini kerana kos sara hidup yang semakin tinggi. Ada baiknya mengkaji semula struktur gaji di malaysia. Pekerjaan di jabatan kerajaan ok lah....tapi bagaimana dengan swasta? Sila lihat iklan dibawah. adakah gaji yang ditawarkan berbaloi. Sewa rumah dan kos lain-lain terpaksa ditanggung oleh pekerja tersebut.
Assalamualaikum w.b.r
**NAMA SYARIKAT TIDAK DINYATAKAN**
Kami syarikat Jual beli kenderaan terpakai
memerlukan pekerja seperti berikut:
JAWATAN : PEKERJA AM
Lelaki
Beragama Islam
25 tahun ke atas
Jujur
Berdisiplin
Mampu berkerja dengan ikhlas
Ingin membina kerjaya jangka panjang
Pandai memandu (tiada lesen pun boleh memohon)
Kelulusan SPM
Tugasan:
Menghantar / mengambil dokumen
Berurusan dengan pihak Bank, JPJ & Polis
Pemeriksaan kenderaan
Melakukan kerja-kerja AM
Jam kerja:
8.00 AM - 5.00 PM (Isnin - jumaat)
8.00 AM - 2.00 PM (Sabtu)
Lokasi kerjaya, Inanam **TIDAK DINYATAKAN**
GAJI DITAWARKAN
Gaji Asas : RM500
Ada bonus dan Elaun
Peluang kenaikan gaji (mengikut prestasi)
Jika anda orang yang kami cari,rebutlah peluang
ini Sila emailkan biodata diri anda (Resume)
ke email: **EMAIL TIDAK DINYATAKAN*
kami mengutamakan
'pembangunan kerjaya & masa depan anda'
**NAMA SYARIKAT TIDAK DINYATAKAN**
NEW & USED CAR DEALER,LOAN ARRANGEMENT SERVICES
(SUMBER: MUDAH.COM)
November 26, 2010 9:56 PM
Ya tak dapat dinafikan gaji di Sabah ni agak rendah... Contohnya saya sendiri, ada degree pun gaji mcm yang takda degree... Tak cukup dengan tu, gaji pula tak pandai naik2.. huhuhu
Tapi saya syukur juga la, yang penting ada kerja & dapat bayar PTPTN.. hehe
November 26, 2010 9:58 PM
Walaupun agak sukar utk dicapai, tapi saya yakin asalkan usaha ada pasti semuanya boleh, jadi gunakanlah peruntukan yang diberi seadanya. Saya harap peluang pekerjaan akan bertambah dan gaji minimum pula dapat dilaksanakan :)
November 27, 2010 11:39 PM
Perlu membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Kaji semula struktur gaji bagi setiap pekerja. Cara ini dapat menarik minat belia sabah utk terus bekerja disini.
November 29, 2010 10:52 AM
Daripada langsung tiada pekerjaan, sekurang-kurangnya mencuba di mana-mana syarikat. Walaupun gaji asas rendah, tapi jika rajin bekerja, ada kemungkinan gaji akan dinaikkan. Jika tidak, sekurang-kurangnya mendapat pengalaman supaya senang mencari pekerjaan kelak. Takkan main tunggu sahaja, jika tiada pekerjaan yang sesuai, maka tak perlulah bekerja buat selama-lamanya.
November 30, 2010 11:04 AM
Saya berharap segalanya akan berjalan lancar dan semoga sukses dalam usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengangguran dan kemiskinan.
December 3, 2010 11:43 AM
Kena ada garis panduan yang betul2 dapat menapati sasaran tersebut. Jika tidak keadaan akan tetap sama dan masalah tidak akan pernah berakhir.
Post a Comment