
Keahlian terus tanpa perlu menjadi ahli parti komponen BN yang dibenarkan oleh Dewan Tertinggi BN pada Sabtu juga akan menjadikan platform baru untuk golongan remaja mendampingi politik, kata presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) Datuk V.K. Liew.Kelulusan itu berdasarkan beberapa garis panduan di mana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjelaskan secara terperinci dalam sedikit masa lagi, katanya.
- "Apa yang penting semua parti komponen bersetuju untuk menjadikan BN lebih inklusif," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.
- Liew berkata satu syarat yang dipersetujui iaitu sesiapa ingin menjadi ahli bersekutu atau ahli gabungan tidak menjadi ahli sebarang parti lain, kata Liew.
- Di samping itu, satu lagi syarat ialah hanya ahli parti komponen sahaja boleh menjadi calon BN pada pilihan raya.
- "Ia lebih kepada langkah merapatkan jurang untuk mereka menyentuh denyutan nadi politik. Mungkin selepas dua atau tiga tahun, sekiranya mereka berasa politik ada cara untuk mereka atau mahu menjadi calon dalam pilihan raya, mereka akan menyertai sebuah parti komponen," katanya.
Pada Februari lepas, Najib mencadangkan status keahlian terus dalam BN di mana sebuah jawatankuasa dipengerusikan oleh naib presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dibentuk untuk mengkaji pro dan kontra cadangan itu.- Pemerhati politik berkata Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan dua calon tanpa parti bertanding di bawah BN pada pilihan raya umum pada tahun 1990an.
- Dua calon tersebut menang iaitu Datuk Billy Abit Joo di Hulu Rejang dan Datuk Joseph Salang di Julau.
- Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata keanggotaan terus itu akan membenarkan BN mendekati lebih ramai penduduk khususnya golongan remaja yang ragu untuk menyertai mana mana parti komponen.
- "Barisan berada di landasan yang betul untuk menarik lebih ramai anggota. Keunikan keahlian terus boleh menarik lebih ramai golongan remaja khususnya yang berdaftar sebagai pemilih selepas pilihan raya umum 2008," katanya.
- "Lihat sahaja Kelab Penyokong PAS yang mudah memikat 20,000 ahli - kesemua mereka bukan Islam," katanya.
Koh berkata Gerakan menyokong langkah itu dengan pemahaman bahawa peraturan mengenai hak, peranan dan tanggungjawab ahli bersekutu dan ahli gabungan dibincangkan oleh Dewan Tertinggi BN secepat mungkin.



November 22, 2010 10:05 AM
Semoga BN mendapat anggota ahli dari masa kesemasa dari golongan remaja. Buat yang terbaik untuk rakyat pasti BN pilihan untuk rakyat.
November 22, 2010 10:10 AM
Barisan berada di landasan yang betul untuk menarik lebih ramai anggota.
November 22, 2010 10:18 AM
pekara ini mungkin merupakan langkah yang baru. apa pun harap langkah ini akan membawa manfaat kepada semua.
November 22, 2010 11:52 AM
Adakah keputusan ini wajar?
November 22, 2010 1:34 PM
ini cara baru BN untuk menarik lebih ramai ahli.
November 22, 2010 2:10 PM
setelah keputusan itu diumumkan, timbul persoalan dan rasa tidak puas hati dikalangan ahli komponen berkenaan dengan hak dan keistimewaan mereka. saya harap PM dapat menjelaskan secara terperinci dan mungkin ia perlu dibahaskan dalam konvensyen BN pada 28 Nov ini.
November 22, 2010 2:49 PM
Semoga ini akan dapat mencorakkan lagi parti BN dan mampu bersaing dengan parti lain. Pembaharuan dari pelbagai sudut diharap akan memberikan nafas baru dan menarik lagi ramai untuk sertai BN. Selamat Maju Jaya.
November 22, 2010 4:18 PM
BN nampaknya semakin rancak untuk mendekati rakyat terutama golongan muda..
November 22, 2010 4:22 PM
apa pun, penjelasan yang lebih terperinci seperti peraturan, syarat dan sebagainya adalah perlu..ini adalah penting agar golongan sasaran lebih faham dan mengelak kekeliruan..
November 22, 2010 4:23 PM
diharap langkah ini akan membawa hasil yang diharapkan..
November 23, 2010 9:42 AM
Tidak pasti sama ada cara ini adalah wajar ataupun tidak.
Post a Comment