
Seorang anggota PKR terpaksa ditenangkan selepas pemilihan pemimpin cabang Hulu Selangor bertukar menjadi kecoh dan tegang kelmarin
Proses memilih ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Merdeka di Kuala Kubu bahru kelmarin menjadi kecoh dan tegang selepas lebih 100 anggota parti itu bertindak menghalang proses pengundian.Beberapa ahli PKR Cabang Hulu Selangor yang berkumpul sejak 9 pagi menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan dewan.
- Mereka bertindak demikian sebagai membantah pemilihan peringkat cabang itu, yang dibatalkan sebelum ini, tidak dibuat serentak dengan pengundian MPP kelmarin.
- Berlaku insiden tolak-menolak dan pertikaman lidah antara kumpulan yang diketuai dua calon jawatan ketua cabang, Zahar Rusuli dan S. M. Poobalan, dengan beberapa wakil Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang menguruskan pengundian berkenaan.
Sebahagian besar daripada mereka yang memakai lencana tertera gambar calon jawatan Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, menjadi marah apabila seorang wakil JPP mengarahkan mereka supaya pulang jika tidak berminat hendak mengundi, menyebabkan berlaku insiden cabarmencabar antara kedua-dua kumpulan itu.- Keadaan hanya reda sekitar 12.15 tengah hari apabila wakil JPP tergesa-gesa membuka pintu kereta berkenaan dan mengangkut kertas undi ke dalam dewan. Beberapa individu dilihat menghalang kumpulan yang membantah daripada merampasnya.
- Zahar memberitahu pemberita bahawa pihaknya tiada pilihan kecuali mengadakan protes itu kerana desakan supaya diadakan pemilihan semula peringkat cabang tidak dilayan.
- 'Wakil JPP mendakwa sepucuk surat terbaru telah dikeluarkan oleh ibu pejabat menyatakan pemilihan peringkat cabang tidak perlu diadakan semula. Kita tidak tahu sama ada surat ini benar-benar sahih atau tidak,' kata beliau seperti ditukil Mingguan Malaysia semalam.
- Poobalan pula berkata beliau kesal kerana Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menghiraukan memorandum yang dihantar pihaknya bagi mendesak pengundian peringkat cabang diadakan semula.
- 'Kalau diadakan pemilihan semula, saya yakin tidak akan berlaku kekecohan seperti hari ini (kelmarin),' ujar beliau.
Pemilihan peringkat cabang itu pada 2 Oktober lalu dibatalkan setelah kertas undi yang dikembalikan adalah sebanyak 2,160 keping sedangkan ahli yang mendaftar untuk mengundi hanya 1,853 orang.


November 22, 2010 10:07 AM
Memang PKR sekarang ini dalam masalah yang besar. Di mana-mana tempat sekarang PKR menghadapi masalah.
November 22, 2010 10:14 AM
Memang ini memalukan PKR sendiri dengan ketegangan pemilihan calon mereka. Pelbagai isu keluar tentang pemilihan PKR yang ketara sekali tentang perpecahan, Zaid tarik diri dari PKR, protest Anwar dan Azmin dan pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor
November 22, 2010 10:21 AM
PKR seharusnya mencari jalan penyelesaian dengan segera. masalah yang berlaku akan membawa lebih banyak pepercahan kepada parti tersebut.
November 22, 2010 11:54 AM
Kekecohan ini akan menyebabkan PKR menjadi semakin lemah. Kita tengoklah bagaimana PKR menangani perkara ini.
November 22, 2010 11:55 AM
Nampaknya situasi dalam PKR semakin teruk.
November 22, 2010 1:37 PM
PKR di mana2 pun kecoh. inilah akibat tidak telus.
November 22, 2010 2:22 PM
mana demokrasi PKR?? kenapa buat keputusan tanpa mendengar suara orang bawah? mungkin inilah bentuk kepimpinan PKR dimana pemimpin mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh dipertikaikan. malah pemimpin boleh melakukan apa sahaja tanpa mengambilkira pandangan pihak lain.
November 22, 2010 2:24 PM
mungkin ada baiknya jika pihak yang memprotes ini keluar dari PKR dan menyertai zaid menubuhkan parti baru.
November 22, 2010 2:51 PM
Mereka ini pandai bercakap tentang ketidak tulusan parti lain tapi tgo la apa yang terjadi dengan parti mereka sendiri. Mereka sudah membuka pekung di dada sendiri.
November 23, 2010 9:41 AM
Anwar sepatutnya mendengar pendapat ahli-ahlinya sebelum membuat keputusan.
Post a Comment