
DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian. Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.
Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.- Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.
- "Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.
- Sementara itu, Malaysia juga mempunyai taburan meluas dalam kalangan profesional yang mencari peluang pekerjaan di luar negara.
- Sebab itulah, jaringan sosial itu dianggap sangat bernilai bagi mereka terus berhubung dengan teman-teman yang jauh.
- Bagi Pengarah Digital Bahagian Dalam Talian Nielsen, Mark Higginson, cara rakyat sesebuah negara menggunakan media sosial dipengaruhi ciri kenegaraan masing-masing.
Perkara itu diperjelaskan melalui reaksi keterbukaan rakyat Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia, berbanding rakyat negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan yang konservatif. - "Jepun adalah pengguna besar media sosial cuma mereka hanya tidak begitu serasi dengan Facebook manakala penggunaan platform Twitter baru saja hendak dibiasakan.
James Fergusson dari TNS mengatakan bahawa kajian firma tersebut menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai 'DNA digital' yang unik.Malaysia, sama seperti beberapa negara Asia lain, sangat terbuka untuk membina persahabatan dalam talian, sedangkan di Jepun, mereka lebih teliti dalam memilih teman-teman dalam talian, kata beliau.
"Pengguna rangkaian sosial di Jepun cenderung untuk menghindarkan maklumat peribadi mereka didedahkan kepada umum. Mereka lebih gemar menggunakan identiti samaran," katanya.
Di Malaysia, dengan sebahagian besar media arus perdana dikawal kerajaan, telah mencetus kelahiran portal berita bebas, blog politik dan profil Twitter prolifik yang bercakap mengenai hal ehwal semasa.- Penduduk Malaysia turut tidak malu menggunakan laman-laman tersebut sebagai medium pemasaran dan rangkaian untuk perniagaan kecil.
- Seorang jurugambar dari Kuala Lumpur, Daniel Zain menjelaskan, dia hanya mengenali 10 peratus daripada bilangan rangkaian sosialnya yang mencapai 2,000 orang.
- Bagaimanapun, bilangan kenalan semakin meningkat kerana dia terus menambah pelanggan dan kenalan baru.
- Dia berpendapat, rakyat Malaysia kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka membina kenalan baru dari dalam talian yang tidak pernah dikenali.



November 24, 2010 9:57 AM
Inilah apa yang rakyat Malaysia paling pandai.
November 24, 2010 9:58 AM
Diharapkan rakyat akan menggunakan rangkaian sosial dengan bertanggungjawab dan tujuan yang baik.
November 24, 2010 10:06 AM
rakyat Malaysia mempunyai sikap mesra dan inginkan ramai kenalan.
November 24, 2010 10:22 AM
nampaknya rakyat Malaysia memang sangat menggemari rangkaian sosial seperti facebook.
November 24, 2010 10:24 AM
apa pun, pengguna rangkaian sosial perlulah menjaga maklumat peribadi mereka dengan sebaiknya.
November 24, 2010 11:18 AM
Memang tidak dinafikan lagi, rakyat M'sia suka mencari teman baharu melalui FB kerana mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka membina kenalan baharu dari dalam talian walaupun tidak pernah mengenali teman tersebut. Cuma harus diingat rakyat m'sia kenalah lebih berhati-hati kerana dengan cara sebegini juga boleh mendatangkan keburukan seperti ditipu dan sebagainya.
November 24, 2010 1:45 PM
Tidak tersangka pula Malaysia merupakan golongan paling popular di internet.
November 24, 2010 1:46 PM
But is it a good thing or bad thing?
November 24, 2010 2:01 PM
ini menunjukkan bahawa penggunaan jalur lebar semakin meluas ni Malaysia.
November 24, 2010 2:16 PM
mungkin fenomena ini boleh melonjakkan populariti Malaysia untuk lebih dikenali diperingkat global. tapi saya harap keterbukaan rakyat Malaysia ini bukan punca utama meletakkan diri mereka berhadapan dengan risiko penipuan dalam talian..
November 24, 2010 10:27 PM
Ada pros & cons juga perkara ni. Apapun say aharap para pengguna internet menggunakan rangkaian sosial untuk tujuan baik dan bukan sebaliknya.
November 24, 2010 10:28 PM
Setuju langsat. Harus berhati-hati dan jangan sampai sibuk mencari kenalan saja sehingga terabai perkara lain. hehe
November 25, 2010 9:33 AM
Memang rakyat Malaysia sentiasa mesra dan friendly.
November 26, 2010 11:56 PM
Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia semuanya celik IT. Ini adalah satu kebangaan kepada kita semua.
November 30, 2010 4:07 PM
Namun tabiat suka mencari kenalan itu bagus juga.
Post a Comment