

Selepas Kedah dan Perlis, beberapa negeri di Pantai Timur termasuk bahagian Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pula dijangka mengalami banjir besar berikutan peningkatan taburan hujan dan sesetengah tempat diramal melebihi 40 peratus berbanding paras biasa.Fenomena itu berlaku ekoran perubahan cuaca musim Monsun Timur Laut bermula awal bulan ini dan dijangka berterusan hingga awal Mac depan.
Pengarah Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Ling, berkata bahawa kadar purata taburan hujan bagi kawasan berkenaan terutama Kelantan, Terengganu, Pahang, Pantai Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pada kebiasaannya mencatat 680 milimeter (mm).- 'Namun, disebabkan peningkatan hujan dan hujan yang diramal berterusan, taburan purata hujan akan meningkat sehingga 1,000 mm di beberapa kawasan yang akan mengakibatkan banjir.
- 'Dalam tempoh ini hujan boleh berlaku sepanjang hari dengan hujan yang lebih kerap pada lewat malam dan pagi yang turut disertai ribut petir,' katanya kelmarin.
Saw bagaimanapun berkata bahawa fenomena itu biasa berlaku setiap tahun ketika Monsun Timur Laut atau lebih dikaitkan dengan kehadiran musim tengkujuh di Pantai Timur Semenanjung.- Sepanjang tempoh itu, negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat menyeluruh yang berterusan selama dua hingga tiga hari.
- 'Dalam kes cuaca yang ekstrem, hujan lebat yang menyeluruh ini boleh bertahan selama tiga hingga lapan hari, malah hujan lebat akan berlaku dalam masa yang berlainan di kawasan berkenaan sepanjang musim ini yang akan menyebabkan kemungkinan berlakunya banjir,' katanya.
Sementara itu, di Kuala Terengganu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata Terengganu kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kebimbangan pertembungan limpahan hujan dengan air pasang besar yang dijangka berlaku akhir bulan ini dan lagi tiga kali sepanjang bulan depan.


November 18, 2010 10:23 AM
Pada tahun-tahun yang lalu juga ada berlakunya banjir terutamanya di tempat berdekatan dengan laut. Semoga semuanya under control.
November 18, 2010 10:50 AM
Sekarang pun di Sabah telah mengalami banjir di beberapa tempat seperi di tenom dan beaufort. Di minta penduduk harus berjaga-jaga pada bila-bila masa.
November 18, 2010 10:50 AM
penduduk Sabah dan sarawak kena membuat persediaan bagi menghadapi banjir yang diramal akan melanda.
November 18, 2010 10:51 AM
Kita harus berhati-hati selalu dan berwaspada dengan bencana alam ini. Semoga rakyat sabah dan sarawak dalam keadaan yang selamat.
November 18, 2010 10:52 AM
Kita harus berhati-hati selalu dan berwaspada dengan bencana alam ini. Semoga rakyat sabah dan sarawak dalam keadaan yang selamat.
November 18, 2010 2:01 PM
Kita harus berwaspada. Harap2x ramalan tersebut tidak betul.
November 18, 2010 2:03 PM
saya harap kesannya tidak terlalu kritikal sehingga boleh menjejaskan sebahagian besar aktiviti2 harian di kawasan yang terlibat. pihak yang bertanggungjawab perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan lakukan usaha2 bagi mengurangkan impak banjir terutamanya terhadap sistem perparitan, sungai dan sebagainya.
November 18, 2010 2:14 PM
langkah persediaan awal perlulah diambil. ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
November 18, 2010 2:15 PM
harap semuanya berada dalam keadaan terkawal dan persediaan lengkap akan dilakukan.
November 18, 2010 2:22 PM
dgn keadaan cuaca yang sering hujan, tidak mustahi banjir akan berlaku. oleh itu, kita semua kena bersiap sedia bagi menghadapi banjir yang diramal akan berlaku.
November 18, 2010 2:37 PM
Bersiap sedia untuk menghadapi tapi harap2 tidak akan berlaku dengan teruknya! apapun kita harus bersiap sedia.
November 18, 2010 2:50 PM
Saya rasa2 pun kan banjir ni nanti. Tapi harap tak teruk la :)
November 18, 2010 2:52 PM
Apapun saya harap penduduk Sabah/Sarawak akan bersiap sedia utk berdepan dgn sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
November 19, 2010 10:06 AM
Diharapkan banjir ini tidak serius. Semoga rakyat akan bersedia menghadapi banjir ini.
Post a Comment