SUARA BEBAS TUARAN

'Sabah For Sabahan' Dari Kaca Mata Blogger Solymone

Dalam posting saya baru-baru bertajuk "Slogan ‘SABAH UNTUK PENDUDUK SABAH’ Menjadi Isu Kempen PRK Batu Sapi," telah menerima bermacam-macam komen dari komentator yang selalu melawat blog saya.
Saperti biasa komen-komen yang saya nampak, ada yang pro dan juga yang kontra. Mala ada juga komen-komen yang terkeluar dari tajuk.
Walau macam mana pun saya menghargai serta menghormati pandangan mereka mengikuti cita rasa masing-masing.
  • Selain dari itu, saya juga telah bertanya pendapat dari sahabat-sahabat saya diluar sana mengenai isu yang hangat ini. Saya dapati ramai diantara mereka merasakan bahawa isu ini ada lah releven dan sungguh tepat pada masa nya untuk di suarakan .
    Terutama sekali dengan kehadiran pendatang-pendatang yang tidak diundang telah membanjiri negeri in. Sehinggakan penduduk tempatan merasakan bahawa peluang pekerjaan mereka di negeri sendiri, telah di kebas oleh kumpulan tersebut.
  • Disamping itu, mereka merasa tidak puas hati dengan layan 'ala kadar' Kerajaan Persekutuan terhadap hasrat mereka selama ini. Dalam ertikata yang lain'; hanya sekadar 'Fixed Deposit'. Tidak lebih dari itu.
Shattered Hopes And broken Dreams
(ruj:http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=3960:shattered-hopes-and-broken-dreams&catid=35:berita-sabah&Itemid=27)
Gara-gara ingin melihat Sabah ini di punyai oleh Sabahan sepenuhnya , beberapa orang individu dari Sabah dan Sarawak telah pergi ke United Kingdom untuk bertemu kerajaan British dengan tujuan untuk merayu agar penyertaan negeri Sabah dalam Malaysia di kaji semula.
  • Tidak kurang juga hebat nya, laungan-laungan para aktivis tempatan disana -sini yang mendesak Kerajaan Malaysia agar menguatkuasakan kembali perjanjian yang termaktub dalam Perkara 20. Atau sekurang-kurang nya memberi kerajaan negeri Sabah status autonomi.
  • Dalam pada itu, terdapat juga beberapa orang pemimpin parti dalam komponen kerajaan BN sendiri yang telah menekankan dengan lantang nya, rasa tidak puas hati mereka terhadap kelemahan kerajaan perseketuan dalam menangani kes IC palsu dan proses pengagihan peruntukan kepada negeri di bawah bayu ini.
    Negeri yang dilabelkan masa kini sebagai 'fixed deposti BN'.
Walau macam mana pun, Isu ‘Sabah for Sabahan’ ini sebenar nya telah lama diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah saperti Dr Jeffry dan lain-lain lagi.
Namun hingga kini inisiatif individu-individu tersebut tidak memberi kesan kepada pentadbiran politik negeri Sabah.
Apa lagi kalau perjuangan tersebut hanya sekadar laungan yang hanya dikendalikan oleh beberapa orang pemimpin politik yang tertentu sahaja. Persoalan nya kenapa?
  • Dalam perkiraan saya, mungkin isu-isu saperti ini, ada pertentangan nya dengan ‘federalism’s ideology’. Dimana ia nya mungkin akan menjadi satu elemen yang kurang sehat untuk keselamatan negara pada keseluruhan nya.
  • Dalam pada itu, pada pandangan saya, ada lah satu pegangan yang normal atau pun ‘a common understanding’ bagi mana-mana negara di dunia ini untuk mengelakkan sentimen kenegerian yang disifatkan sebagai sensitif ini berkembang dan menular di hati rakyat tempatan.
  • Disamping ia nya dijangka akan mengakibatkan suasana 'huru-hara' dalam sesebuah negara itu.
  • Sebagai contoh, negara Amerika atau pun negara-negara dibenua yang lain pun akan bertindak tegas untuk mengawal kawasan nya dari di pengaruhi oleh elemen yang boleh memporak perandakan ketenteraman negara mereka.
  • Kerana isu saperti ini lah yang menyebabkan Dr Jeffry Kitingan dan rakan-rakan beliau pada suatu ketika telah menjadi mangsa tahanan ISA.
  • Suka atau pun tidak nya insiden ini, ia ada lah satu kenyataan yang tercatit sebagai sejarah hitam untuk negeri ini.
Menyentuh tentang perkara yang lain, kini kita sedang berhadapan dengan isu 'globalization phenomena' yang lebih parah. Dunia sedang mengalami masaalah yang lebih besar lagi rumit untuk di tangani bersama oleh masyarakat dunia.
Masaalah saperti 'global warming' bencana banjir, kemiskinan, kekurangan bahan makanan, ' terrorism' dan sebagainya ada lah menjadi prioriti utama dunia.
Jadi nya, sentimen kenegerian saperti ‘Sabah for Sabahan’ ini atau pun proses borneosasi ini sudah pasti nya akan kurang mendapat sambutan dan restu dari Bangsa-Bangsa Bersatu di masa kini.
  • Disini, saya nyatakan secara peribadi bahawa saya lebih berminat kepada dunia politik yang dapat membantu rakyat Sabah; tanpa meng-kompromikan keselamatan negara yang sedia aman ini.
  • Contoh nya, saya lebih minat untuk menyuarakan hasrat rakyat Sabah kepada Kerajaan Perseketuan dengan beradaptasikan LUNAS-LUNAS DEMOKRASI dan sebagai nya.
  • Seterusnya, ada lah lebih ideal lagi bermanafaat kalau kita fokuskan usaha kita untuk menyatu-padu kan semua pemimpin Sabah tanpa mengira perbezaan ideologi politik demi untuk bersama-sama memperjuangkan kesejahteran rakyat Sabah melalui gagasan Malaysia.
    Walau pun ia nya mungkin ditadbirkan oleh mana-mana komponen parti yang dimandatkan oleh rakyat.
  • Pada FIRASAT saya, selain dari berkerjasama dengan Kerajaan Perseketuan, REALITI hidup orang-orang Sabah ada lah ‘meaningless’ , TIDAK AMAN dan terpaksa berhadapan dengan MASAALAH yang tiada penghujung nya.
kecuali kalau kita memaksa diri untuk memilih opsen diplomatik yang lain. Ia itu untuk bersekutu dengan negara-negara lain saperti Singapura, Brunei dan Indonesia atau pun dengan Filipina; Negara yang hanya menunggu masa untuk menuntut Sabah sebagai hak nya.
Apa-apa pun, kira nya kita teruskan juga perjuangan 'Sabah for Sabahan' ini, saya khuatir kita akan mengalami kesan tindak balas nya saperti kata perpatah 'senjata makan tuan nya sendiri' atau pun ' lari dari mulut harimau masuk kerahang buaya.'
Fikir-fikirkan lah bersama
.
18 comments:

Salam Saudara Solymone,

Memang bukan senang memperjuangkan perkara ini. Seperi apa yang diatas, ada pemimpin yang lama berjuang, tapi tidak sukses. Bagaimana parti seperti SAPP yang melaung-laungkan perjanjian memperjuangkan Sabah for Sabahan bila dah hampir PRK dan PRU boleh meyakinkan rakyat.


sebenarnya sentimen di kalangan penduduk Sabah ni amat kuat, boleh dikatakan semangat kenegerian terlalu kuat. slogan 'Sabah For Sabahan' akan menguatkan lagi sentimen ini dan inilah yang menimbulkan jurang antara Sabah dgn negeri2 lain. mmg hak penduduk Sabah perlu dipertahankan, tapi sentimen seperti ini perlu dielakkan.


pada pendapat saya, pada masa ini kerajaan di lihat semakin memberikan tumpuan kepada Sabah. ini baik kepada Sabah. harap kerajaan persekutuan terus memberikan perhatian untuk membangunkan Sabah. rasanya tidak perlulah ada yang melaungkan slogan Sabah untuk rakyat Sabah. yang penting pemimpin-pemimpin kita perlu sentiasa berusaha untuk terus memajukan negeri ini dan menyuarakan hasrat rakyat Sabah.


Pandangan saya, sebenarnya peluang pekerjaan sangat banyak tetapi para majikan mengambil warga asing kerana boleh membayar gaji lebih rendah berbanding warga tempatan.


Tidak kurang juga kita mendengar disana-sini laungan-laungan para aktivis tempatan mendesak Kerajaan Malaysia agar menguatkuasakan kembali perjanjian yang termaktub dalam Perkara 20.

Masalahnya pemimpin terdahulu telah pun bersetuju dan menandatangani perjanjian perkara 20. Memang sukar dan mengambil masa lama bagi kerajaan persekutuan untuk membuat keputusan dan memberi jawapan akan permintaan rakyat Sabah.


Slogan 'Sabah For Sabahan' sepatutnya untuk sabahan tapi nampaknya untuk sabahan hanya beberapa percent sahaja, malah hasil Sabah juga entah kemana...... dan Sabah masih lagi dikategorikan antara negeri termiskin di Malaysia. Haraplah perkara ini dapat diperbetulkan semula untuk masa depan yang lebih terjamin.


mmg hak Sabah perlu dipertahankan, namun, kita harus sedar bahwa Sabah kini sebahagian daripada Malaysia.


Masalah yang saya lihat di Sabah adalah kebanyakkan pemimpin di Sabah ini mementingkan kekayaan diri sendiri daripada kekayaan bersama2 rakyat. Tapi sejak kebelakangan ini, telah banyak yang memperlihatkan usaha untuk kemajuan bersama.


jika semua pemimpin di Sabah boleh bersatu, dan jika semua pemimpin di Sabah dapat berkerjasama dengan kerajaan persekutuan dan sebaliknya, pasti isu 'Sabah for Sabahan' ini tidak akan timbul.


bayangkan jika negeri2 lain juga menuntut perkara yang sama seperti sabah for sabahan.. pasti isunya akan jauh lebih rumit bagi kerajaan pusat..


Sabah for Sabahan ada pros & consnya juga.. Tapi semuanya terpulang pada rakyat sendiri utk buat penilaian.


Sebagai Sabahan saya menerima baik kedatangan org luar yang mahu tinggal di Sabah asalkan orang itu ikut cara yang betul... Kalau yang masuk tanpa izin dan dapat kebenaran yang tak sah, memang saya benci betul oo...


Pada fahaman saya, 'Sabah For Sabahan' lebih bermaksaud apa yang ada di sabah seperti jawatan2, pangkat, tanah2, lebih pada hasil2 sabah dan sebagainya adalah untuk orang sabah dan tidak bermaksud sabah tidak boleh menerima orang luar.


Walau bagaimanapun penduduk sabah memang tidak boleh terima kehadiran PATI kerana mereka sering menimbulkan pelbagai masalah seperti sosial, ekonomi dan lain-lain.


Sarawak sudah lama mengamalkan konsep sarawak for sarawakian. Itu bermaksud pemimpin terdahulu mereka memang kuat dan sudah lama bersedia.


Saya rasa PM Najib juga rasa pening dengan isu Sabah for Sabahan ini. Slogan PM kita adalah 1 Malaysia, tapi kalau Sabah mahukan Sabah untuk Sabahan, Sarawak mahukan Sarawak untuk Sarawakian, Kelantan mahukan Kelantan untuk Kelantanese. Ini tidak selaras dengan konsep 1 Malaysia.


Bro Solymone,

Apa2 perjuangan untuk orang Sabah, untuk kesenangan orang kita, untuk masa depan anak2 kita, perlu dilakukan dalam lunas undang2 yg sedia ada...tapi ada yg berpendapat bahawa undang2 negara kita pada hari ini sangat 'oppressive' kerana ia seolah2 tidak membenarkan seseorang itu bersuara dgn bebas di 'public', kebebasan media terutamanya berkaitan dengan kewartawanan yg terbatas & sebagainya...

Bagi sya, undang2 yg diwujudkan itu ada sebabnya & adalah sesuatu yg normal dalam negara yg berbilang bangsa & agama...ia diwujudkan bagi mengawal konflik yg mungkin akan wujud sekiranya tiada sebarang sekatan dikenakan...mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa kita sedang berkonflik antara satu sama lain, namun dalam keadaan yg terkawal, terima kasih kepada undang2 yg wujud...

berbalik kepada persoalan Sabah for Sabahan, perjuangan untuk Sabahan boleh dilakukan seiring dgn undang2 yg sedia ada. Banyak lagi cara selain daripada cuba untuk memecah2kan masyarakat Malaysia dgn meminta-minta sesuatu yg agak 'out of context' jika dipandang melalui senario pada hari ini...


Satu lagi cara iaitu rakyat bersatu untuk menghasilkan kuasa rakyat. Dengan kerjasama semua rakyat, kita lebih teguh menghadapi segala cabaran.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails