SUARA BEBAS TUARAN

Samseng Pelajar Perempuan Berluasa di Sarawak?


foto illustrasi pelajar perempuan samseng
Dilapurkan bahawa Kegiatan samseng dan membuli di sekolah melibatkan pelajar perempuan di Sarawak semakin meningkat terutamanya pada masa tahun persekolahan akan ditamatkan.
Bulan November sahaja sudah mencatatkan tiga kes yang dilaporkan oleh akhbar tempatan di mana satu daripadanya adalah di Kuching dan dua di Miri.
  • Semua mangsa telah ditumbuk beramai-ramai oleh sekumpulan pelajar perempuan dan ada antaranya sehingga tidak sedarkan diri dan terpaksa dihantar ke hospital.
  • Sekitar 2004, video seorang pelajar perempuan di Miri pernah popular kerana dibelasah oleh sekumpulan perempuan dan aksi mereka telah dirakam menggunakan video kamera telefon bimbit rakan mereka.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, pelajar perempuan kini semakin samseng dan semakin kurang ajar kerana hukuman yang dikenakan terhadap mereka di sekolah lebih ringan berbanding pelajar lelaki kerana mereka tidak dirotan sekiranya melakukan kesalahan.
Beliau berkata ini sememangnya tidak adil bagi pelajar lelaki yang seringkali menerima hukuman yang berat dalam setiap kesalahan yang mereka lakukan pada masa sama pelajar perempuan terus ‘naik tocang’.
  • William berkata masalah ini hanya dapat dibendung oleh ibu bapa dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah perlu mengadakan lebih banyak aktiviti bagi menyemai keharmonian dan kerjasama antara pelajar.
  • Beliau turut menekankan bahawa pelajar berada di sekolah beberapa jam sahaja tetapi selebihnya berada di luar kawasan sekolah dan ibu bapa seharusnya lebih mengawasi anak masing-masing.
Sumber: Utusan Borneo
15 comments:

pekara ini perlu dibendung dengan segera agar tidak menjadi lebih teruk pada masa akan datang.


Ibu bapa dan guru haruslah sentiasa melakukan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian masalah samseng yang berlaku di sekolah.


Ada logiknya juga untuk mengenakan hukuman yang srtimpal dengan pelajar lelaki. Lagipun perangai mereka tidak tumpah seperti lelaki. Jika mungkin hukuman itu diperkenalkan, ianya dapat menyelesaikan masalah tersebut.


Walaupun mereka pelajar perempuan, mereka tetap juga perlu menjalankan hukuman yang sama seperti pelajar lelaki yang melakukan kesalahan.


Apa sudah terjadi dengan kaum perempuan. Perempuan semakin ganas, lelaki pula semakin lembut. Kalau perempuan tidak diberi hukuman setimpal dengan pelajar lelaki, mereka akan teruskan dengan aktiviti samseng mereka.


pelajar perempuan kini memang makin menjadi2. perkara seperti ini perlu dibendung kerana jika dibiarkan, ia boleh merosakkan masyarakat.


tubuhkan sebuah sekolah untuk pelajar2 yang bermasalah seperti Sekolah Tahanan Henry Gurney.. saya rasa sekolah seperti ini lebih berkesan untuk mendisiplinkan pelajar yang bermasalah.. selagi pelajar2 ini boleh bebas, selagi itu tidak ada pihak yang mampu menghalang mereka untuk terus bertindak liar.


tidak heranlah prestasi sekolah menurun.. sebab pelajar2nya mempunyai masalah disiplin yang teruk.


nampaknya gejala gengterisme bukan hanya pada pelajar lelaki bahkan tidak terkecuali pelajar perempuan? apakah faktor yang menyebabkan gejala ini? adakah disebabkan faktor keluarga, peribadi atau persekitaran?


diharap akan ada langkah2 pencegahan diambil sebelum isu ini akan menjadi lebih serius..


duii curiga juga aku dgn murid2 sekarang.. Entah apa benda yg durang belajar sampaikan mereka jadi ganas! huhuhu


Semoga perkara ni diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak dan lakukanlah sesuatu utk menanggani perkara ini.


Memang tidak patut, tindakan yang tegas patut diambil supaya perbuatan samseng ini tidak berterusan. Kita ingin mewujudkan masyarakat yang matang bukan masyarakat yang kurang ajar dan bersifat ganas. Mereka ini yang sanggup membuli dan mencederakan pelajar lain perlu dihantar ke pusat pemulihan dan mendapatkan kaunseling.


Ibu-bapa juga perlu memberi perhatian kepada pelajar samseng ini serta banyakkan berkomunasi dan mendengar masalah mereka supaya mereka tidak memendamkan masalah mereka dan tidak tahu cara yang betul untuk melepaskannya.


Remaja sekarang semakin kurang ajar.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails