SUARA BEBAS TUARAN

Semua Pemimpin BN Diminta Turun Padang Sebelum PRU


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar semua pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.
Urusan untuk menggerakkan program parti ke pering- kat akar umbi adalah tanggungjawab bersama kerana ia juga merupakan langkah persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata beliau
  • Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN sendiri akan turun ke setiap negeri untuk me- mastikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
  • Menurut beliau, pimpinan BN komited dengan apa yang nak mereka lakukan dengan menententukan bekerja untuk memenuhi tuntutan rakyat, ini teras kepada apa yang mereka lakukan.
  • “Kita tidak boleh persiakan gerakan-gerakan yang dilakukan pihak di sana (pembangkang), masalah-masalah yang timbul hari ini baik ada hubung kait dengan sosial, ekonomi, politik dan pendidikan perkara ini kita akan uruskan, saya beri jaminan bukan saja saya akan dokong tetapi kita akan berusaha bersama-sama,” katanya.
  • Muhyiddin, yang membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam “masa terdekat”, berkata yang menjadi ukuran terhadap segala usaha dan inisiatif BN adalah rakyat kerana merekalah yang akan menentukan sama ada parti ini akan terus berkuasa pada masa hadapan.
  • “Yang penting kita tinggal dua tahun lagi, saya sebut ini bukan sebab saya tahu bila pilihan raya, saya tidak tahu, Perdana Menteri yang lebih tahu, tetapi saya tidak kira tahun tetapi bulan, 30 bulan pun bulan juga.
  • “Jadi kita sebagai orang politik yang kita ambil kira selalunya kita kerja macam mana kuat sekalipun yang jadi ukuran ada- lah rakyat di bawah, sampai lima tahun dia pangkah ke tidak BN itu yang kita tentukan,” katanya.
Beliau berkata walaupun BN memenangi dua pilihan raya kecil baru-baru ini, parti itu tidak harus selesa kerana masih banyak lagi usaha yang perlu digerakkan bagi memastikan semangat dan sokongan rakyat akan terus kekal bersama BN.
  • “Kita perlu turun ke bawah, pasang telinga, dengar denyut dan degup jantung rakyat, apa yang mereka sebut dan bangkitkan, apa isu yang biasa mereka ketengahkan, masih banyak lagi kerja yang perlu kita laksanakan,” katanya.
  • Justeru itu, katanya, BN dan parti-parti komponennya perlu melaksanakan proses transformasi politik dengan segera bagi mengukuhkan parti seiring dengan program transformasi kerajaan yang sedang berlaku pada masa kini.
  • “Pimpinan dalam kerajaan sudah bergerak, yang penting kita hendak tengok pimpinan politik dalam BN juga mesti bergerak sama, lebih cepat dan pantas seperti yang telah dilakukan dalam proses transformasi kerajaan,” katanya.
  • Beliau tidak mahu ada pihak yang memandang rendah kepada kerajaan BN yang telah memperkenalkan pelbagai perubahan seperti Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana parti itu sudah bangkit kembali selepas menghadapi cabaran besar daripada pilihan raya umum 2008.
  • “Jangan merendahkan kita sebab BN kini sudah kembali segar, kalau setahun dulu dia fikir kita sudah goyang, dia fikir kita kalah, kita pun semangat ada turun sedikit tetapi sekarang kita kena beritahu rakyat, BN kembali segar, kita mahu berkhidmat kepada rakyat, jadi kenalkan MBE, ETP, ini semua bukan untuk sesiapa tetapi untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
Muhyiddin berkata untuk me- mastikan BN terus mendapat mandat dan sokongan padu rakyat, parti ini perlu bangkit dengan kekuatan baru yang dibina atas kesepakatan anggota parti dan juga keyakinan kepada tiga tonggak utama permuafakatan BN.
Tiga tonggak yang menjadi asas kekuatan parti itu ialah muafakat antara kaum, kestabilan politik dan kemampuan dan prestasi BN dalam melaksana- kan tanggungjawab sosial dan ekonomi, kata nya.
Sumber: NST
30 comments:

memang wajar jika pemimpin turun padang untuk melihat keadaan rakyat. ini merupakan langkah baik bagi pemimpin mengetahui isu-isu rakyat dan peluang untuk mendekati rakyat.


rakyat akan rasa dihargai jika para pemimpin selalu turun padang untuk mengetahui permasalahan mereka. ini akan membolehkan pemimpin tersebut sentiasa mendapat sokongan rakyat.


semua pemimpin perlu sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat dan pada masa sama dpt mengetahui keadaan rkayt yang sebenar. dgn ini pembangunan untuk rakyat lebih mudah dirangka.


Just going down to the ground is not enough, make sure that the leaders listen to the people and take action to solve their problems.


Bukan untuk PRU saja baru turun padang. tapi pada bila-bila pun pemimpin perlu untuk turun Padang.


Mari semua pemimpin tunaikan tanggungjawab. Jumpa rakyat dan selesaikan masalah. Tapi lebih baik perkara ini dilakukan sebelum PRU tiba lagi. Lebih awal lagi baik. Jangan sampai musuh awal menyesal tidak berguan.


Tidak perlu meminta kerana itu sudah tanggungjawab mereka. Kalau boleh kena hari2 meninjau keadaaan di pedalaman dan pastikan kemudahan asaa mereka cukup dan jika sebaliknya sediakan proposal untuk mendapatkan sebarang peruntukan untuk membina mana2 kemudahan yang kurang.


Jangan hanya tunggu sehingga sebelum PRU-13 barulah turun padang, pada hari-hari biasa juga perlulah rajin turun padang untuk mendengar suara hati rakyat. Inilah tanggungjawab pemimpin terhadap penduduk dalam satu kawasan.


Memang sepatutnya semua pemimpin parti komponen BN sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar setiap permasalahan, keperluan, permintaan rakyat dan sebagainya mendapat perhatian untuk dipertimbangkan.


"Semua Pemimpin BN Diminta Turun Padang Sebelum PRU"

Bukan sahaja sebelum PRU tetapi selepas PRU juga harus turun padang.


Kalau lah pemimpin sentiasa turun padang, pasti banyak perkara yang dapat diselesaikan.


Selain memberi bantuan, sumbangan dan dll rakyat juga perlu diberi latihan, kursus untuk meningkatkan pendapatan mereka pada masa akan datang.


pemimpin perlu sentiasa turun padang tak kira sebelum PRU atau selepas PRU. pemimpin yang sentiasa mendekati dan memahami rakyat akan sentiasa disayangi.


Ingat la bahawa mana2 pemimpin yang menampakkan hasil kerja yang baik mereka akan sentiasa mendapat sokongan dari rakyat.


saranan TPM itu harus diambil serius oleh semua pemimpin parti komponen BN..


kemenangan di batu sapi dan galas tidak menunjukkan senario sebenar politik negara..BN kini harus berusaha dengan lebih gigih untuk memenangi hati rakyat.


BN harus menunjukkan bahawa hanya BN sahaja yang mampu mengubah hidup rakyat ke arah yang lebih baik berbanding dengan pembangkang..oleh itu, wakil2 rakyat BN harus sentiasa turun padang bagi bukan setakat mendengar dan melihat malah menyelesaikan isu2 rakyat..


bukan hanya menjelang PRU atau PRK baru pemimpin buat2 sibuk turun padang..bahkan harus sentiasa diamalkan..mungkin harus ada jadual bagi wakil2 rakyat untuk berjumpa dengan akar umbi selain amalan turun padang..harus diingat bahawa rakyat bukan bodoh..rakyatlah yang menentukan sama ada BN kekal atau tidak menerajui kerajaan.


pemimpin2 yang tidak 'perform well' harus ditukar..jika dibiarkan akan menjadi duri dalam daging BN..apa yang dikatakan oleh PM dan TPM harus diambil serius.


Memang patut pun turun padan. Sekurang-kurangnya pemimpin tahu juga keadaan rakyat kan..


Betul joey. Jika rakyat melihat pemimpin mempunyai kesungguhan utk mendekati mereka, saya yakin rakyat pasti akan terus menyokong pemimpin tersebut :)


Ya Jonny. tak perlu tunggu next GE, asal namanya jadi pemimpin laksanakanlah tanggungjawab sebaik mungkin.


Turun padang, bagi saya hanyalah satu cara untuk mendekati rakyat, memahami keperluan mereka bagi memudahkan tindakan lanjut diambil. Oleh itu pemimpin harus turun padang :)


Apapun, saya harap para pemimpin tahu apa yang patut dilakukan. Dengar nasihat TPM bagi memastikan semuanya berjalan lancar.


semua masalah rakyat boleh diselesaikan dan BN sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum jika semua pemimpin sentiasa turun padang dan melaksanakan tanggungjawab masing2. oleh itu, selain bertindak terhadap tuntutan pembangunan dan rakyat, BN juga perlu bertindak terhadap mana2 pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.


usaha mendekati akar umbi perlu dilakukan lebih awal supaya jika terdapat masalah2 yang dihadapi oleh rakyat, parti pemerintah mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan tindakan penyelesaian sebelum PRU akan datang. jangan tunggu masa PRU baru lah kerajaan sibuk melaksanakan itu ini.. sudah tentu ia menjadi isu pembangkang dan tidak mustahil juga boleh mengubah pendirian rakyat untuk tidak menyokong BN.


Berusahalah mendengar suara hati rakyat dan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka.


semoga usaha menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi serta rancangan TPM dan PM untuk turun ke setiap negeri mampu merealisasikan matlamat BN untuk terus kekal sebagai pilihan rakyat.


Lebih baik jangan membuat janji-janji manis, terus mengambil tindakan untuk mengatasi sesuatu masalah sebelum PRU. Jangan tunggu selepas PRU untuk menunaikan janji.


I hope these leaders will fulfill their responsibilities and not neglect the people needs.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails