SUARA BEBAS TUARAN

Sindiket Penyeludupan Manusia Yang Berpusat Di Indon Di Tumpas

Nampak nya penangkapan seorang pegawai Imigresen dan tujuh individu yang dipercayai terlibat menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (pati) melalui jeti Pulau Ketam awal bulan ini, tidak menggerunkan sindiket pemerdagangan manusia.
Malah mereka terus beroperasi dengan mendapatkan kerjasama daripada kapten kapal dan pemandu teksi di Malaysia.
  • Terbaru, satu sindiket yang dikatakan berpangkalan di Jakarta, Indonesia, sejak setahun lalu berjaya ditumpaskan Imigresen Malaysia kelmarin.
  • Sindiket yang didalangi seorang wanita Indonesia dikenali sebagai 'Ibu Riah' itu mampu mengaut keuntungan lumayan dengan menjual pati dengan harga RM10,000 seorang di negara ini.
  • Kegiatan sindiket itu terbongkar apabila pegawai Imigresen Jeti Pulau Ketam berjaya memberkas seorang kapten kapal dan seorang pemandu teksi dalam satu operasi di Pelabuhan Klang bermula 7.30 malam tadi hingga 2.30 pagi kelmarin.
  • Dalam serbuan itu, empat wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 35 tahun yang menjadi mangsa dapat diselamatkan.
  • Ketua Pejabat Imigresen Jeti Pulau Ketam, M. Chandran, berkata kapten kapal warga Indonesia dan pemandu teksi rakyat Malaysia kedua-duanya berusia 40-an tahun ditangkap semasa cuba menyeludup masuk mangsa melalui jalan laut.
  • Chandran berkata, beliau bersama lima lagi pegawai imigresen melakukan intipan di jeti tersebut sejak sebulan lalu sebelum memberkas suspek.
  • Pihaknya merampas empat pasport, satu buku laut, sebuah teksi dan sejumlah mata wang ringgit Malaysia dan rupiah.
Sumber: CyNews
11 comments:

baguslah jika sindiket tersebut dapat ditumpaskan. pihak berkuasa perlu terus melakukan operasi atau pemantauan bagi membanteras penyeludupan manusia.


pihak-pihak yang bekerjasama dengan sindiket tersebut seperti kapten kapal dan pemandu teksi juga perlu dikenakan tindakan yang tegas.


Diharapkan semua orang yang terlibat akan dikenakan hukuman yang berat. Penyeludupan Manusia adalah tindakan yang terkutuk.


Teruskan usaha membongkar dan menumpaskan sindiket-sindiket seperti ini.


sindiket ini perlu dihapuskan hingga ke akar umbi.


Baguslah kalau sendikit itu telah ditumpaskan. Harap buat lagi penyiasatan semoga semuasendikit dapat ditumpaskan keseluruhan.


akhirnya tumpas juga dalang penyeludupan manusia di jeti Pulau Ketam.. tahniah dan teruskan operasi ke semua pintu2 masuk negara termasuk perairan Malaysia..


usaha seperti ini perlu lebih giat di Sabah memandangkan isu PATI jauh lebih menonjol di Sabah.


Diharapkan perbuatan seperti ini akan dihentikan buat selama-lamanya. Yang penting, pihak berkuasa mengenakan hukuman yang lebih berat.


Laporan ini sedikit sebanyak dapat memberi harapan yang mana akan ada lagi penangkapan susulan dalam usaha membenteras aktiviti ini. Siasatan dan operasi2 harus dilakukan secara berterusan agar tidak akan berkembang aktiviti ini.


Penduduk tempatan tidak sepatutnya membantu sindiket seperti ini dalam aktiviti mereka, sebaiknya mereka melaporkan perkara ini jika nampak.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails