SUARA BEBAS TUARAN

SPR Bawa Peti Undi Guna Helikopter Di Bantah PAS

Labels:
PAS akan mengemukakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung proses membawa peti undi yang belum dikira menggunakan helikopter dari kawasan Orang Asli ke pusat penjumlahan undi di Pusat Sivik.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata pihaknya tidak bersetuju dengan kaedah yang digunapakai oleh SPR yang didakwa boleh menimbulkan keraguan.
  • "Kita sudah melantik peguam untuk kemukakan bantahan ini kepada SPR, kami tidak yakin dengan kaedah yang digunakan," katanya di sini, Selasa.
  • Sebelum ini SPR mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan menggunakan helikopter bagi membawa empat peti undi Orang Asli iaitu melibatkan Pos Bihai, Balan, Sungai Ber dan Belatim ke pusat penjumlahan undi apabila proses pengundian di kawasan berkenaan ditutup pada pukul 1 tengah hari.
Pengiraan undi juga tidak akan dilakukan di peti undi berkenaan seperti di peti undi kawasan lain sebaliknya akan dilakukan di Pusat Sivik iaitu selepas proses pengundian keseluruhan ditutup pada pukul 5 petang.
  • Ditanya mengapa bantahan berkenaan akan dilakukan sehari sebelum berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Khamis ini, beliau berkata pihaknya baru sahaja menerima maklumat mengenai proses tersebut.
  • Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata proses membawa peti undi berkenaan tidak bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981.
  • Menurutnya proses berkenaan adalah amalan biasa yang digunakan SPR pada mana-mana pilihan raya sebelum ini.
Ditanya berhubung rungutan PAS bahawa parti itu tidak yakin dengan proses membawa pulang peti undi menggunakan helikopter kerana tiada ejen calon dibenarkan mengiringinya, Wan Ahmad berkata: " Sebuah helikopter itu hanya dibenarkan untuk membawa empat orang iaitu seorang ketua peti undi, dua orang kerani SPR dan seorang anggota polis bagi menjaga keselamatan.
"Proses ini juga adalah amalan biasa, jadi tidak ada sebab untuk mereka pertikaikan. Bagi saya mereka hanya mencari alasan. Mereka tak perlu ragui kerana SPR tak mempunyai kepentingan bagi mana-mana pihak."
Sumber: mStar, foto (warga marhaen)
12 comments:

Diharapkan pengiraan undian akan dijalankan dengan adil.


Jika kaedah membawa peti undi ini masih diragui, perkara ini perlu dibawa bincang terlebih awal dahulu dan bukan sehari sebelum pilihan raya.


tak ada salahnya menggunakan helikopter untuk membawa peti undi, PAS ni mudah sangat kecoh.


kaedah ini tidak bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan. lagi pun ini adalah amalan biasa yang.


semoga proses pengundian akan berjalan dengan lancar. pengundi perlulah memilih calon yang terbaik dan benar-benar layak.

selamat mengundi..


Pelbagai masalah parti PAS ini. Selama ini pun SPR melakukan sedemikian rupa, PAS menang juga. Tidak ada pun PAS kalah masa itu. Memang PAS takut malu jika kalah ditempat sendiri dan oleh itu kenapa PAS berfikiran sedemikian dengan SPR.


Bantahan oleh PAS berhubungan perkara ini. PAS memang dalam ketakutan sekarang sehinggakan SPR sendiri pun PAS mahu buat begitu. Selama ini pun SPR melakukan perkara sama PAS menang jugakan. Jadi kenapa mahu meraguinya lagi.


Badan untuk mengurus segala aktiviti pilihanraya sudah lama di wujudkan. Setiap parti politik tidak sepatutnya meragui SPR dalam mereka menjalankan tugas mereka. Lagipun SPR adalah individu2 yang tidak meletakkan diri mereka di mana2 parti mahu BN, SAPP atau pun PKR.


apa alasan PAS membantah dan apa cadangan yang lebih baik selain dari menggunakan helikopter?


hal seperti ini sepatutnya mendapat persetujuan terlebih dahulu sebelum diputuskan. supaya hal ini tidak merumitkan keadaan dan menimbulkan persoalan dikemudian hari, bawa perkara ini ke meja perbincangan dan cari cadangan yang lebih sesuai.


SPR menggunakan helikopter untuk menghantar peti undi bagi memastikan peti undi tersebut selamat dan cepat sampai. PAS tak perlu nak membantah. SPR akan menjalankan tugas mereka dgn telus.


Jika nak, berbincanglah dengan SPR sekarang apa cara yang lebih baik dan boleh dipercayai supaya boleh memperbaiki sistem pilihan raya dan juga sistem menghantar peti undi. Jangan tunggu sehingga dekat PRU barulah membangkitkan perkara ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails