SUARA BEBAS TUARAN

TPM Minta Khidmat Wanita, OKU, Pesara Ditingkat Dalam Sektor Pekerjaan


Kerajaan akan meningkatkan penyertaan golongan wanita, orang kurang upaya (OKU) dan pesara dalam usaha memenuhi keperluan sektor pekerjaan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata golongan berkenaan akan diserapkan dalam perkhidmatan sama ada sektor awam atau swasta mengikut kemampuan masing-masing.
  • “Kita sudah minta kementerian dan agensi berkaitan meneliti dengan lebih lanjut dalam tempoh yang terdekat bagaimana tenaga-tenaga yang dikatakan terlatih (dan yang) layak, tiada di pasaran, tetapi mungkin berada di kediaman masing-masing, dapat kita bawa keluar untuk menampung keperluan sumber manusia dalam sektor-sektor yang sudah kita kenal pasti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai pembangunan modal insan di sini kelmarin.
  • Muhyiddin berkata ada sebahagian jawatan atau perkhidmatan itu tidak penting untuk diisi oleh mereka yang sihat atau normal namun sesuai bagi golongan berkenaan, misalnya, pekerja di plaza tol.
Menurut Muhyiddin, di negara-negara maju seperti Jepun, yang buat kerja itu ialah orang pencen yang diambil (bekerja) semula atau mereka yang kurang upaya kerana kerja itu tidak memerlukan tenaga yang banyak…hanya perlu serah dan ambil tiket.
  • “Kalau sebahagian tenaga kerja yang sempurna ini digerakkan kepada sektor yang diperlukan dan pekerjaan itu boleh diisi oleh OKU, ini tidak akan menjejaskan produktiviti dan sebagainya,” katanya.
  • Muhyiddin berkata langkah itu boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan sebagainya sedangkan terdapat banyak peluang pekerjaan lain.
  • Malah, katanya, mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan perlu menyediakan 3.3 juta tenaga kerja bagi membangunkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), dalam usaha menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.
  • “Dalam mesyuarat hari ini, kita bincang supaya kementerian-kementerian peneraju dalam semua NKEA melihat dengan lebih terperinci tentang bidang-bidang yang akan dibangunkan, program ETP yang akan kita laksanakan dan peluang perniagaan yang akan digerakkan.
Muhyiddin minta supaya mereka mengenal pasti apakah keperluan tenaga manusia dalam pelbagai bidang dalam setiap NKEA, bila diperlukan.
“Dan yang lebih penting, bagaimana kita hendak mengisi sumber manusia yang diperlukan itu…tenaga terlatih dalam semua bidang,” katanya.
Sumber: NST
21 comments:

ya.. golongan wanita, OKU dan pesara juga perlu diberi keutamaan dalam sektor pekerjaaan.


Semoga ini memberikan kebaikkan kepada negara dengan penyertaan mereka ini. Semoga malaysia menjadi negara yang maju didunia.


Mungkin TPM mempunyai sebab yang utama untuk menarik para golongan wanita dan OKU untuk memenuhi keperluan sektor pekerjaan. Ini juga tujuan untuk memberikan mereka peluang pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka seharian.


saya setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat membantu menambahkan pendapatan isi rumah. tetapi kerajaan juga perlu memastikan golongan OKU ini tidak terdedah dengan sebarang risiko..


golongan tersebut terutamanya golongan OKU seharusnya diberikan lebih peluang untuk mengisi sektor perkerjaan, yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.


saya harap kerajaan serius menterjemahkan cadangan ini kedalam bentuk tindakan..


diharapkan penyertaan wanita, OKU, dan pesara akan mampu memenuhi keperluan sektor pekerjaan negara.


satu perkara yang baik. ini menunjukkan bahwa golongan wanita dan OKU serta pesara tidak diabaikan.


Satu usaha yang saya kira amat memberansangkan. Jika masih lagi boleh berkhidmat, kenapa tidak..


setuju dengan saranan TPM ini..


hak golongan wanita, OKU dan pesara bagi mendapatkan pendapatan tidak harus diketepikan. jika dilaksanakan dengan sungguh2, kadar pengangguran golongan tersebut dapat dikurangkan sekaligus dapat berdikari..


selain itu, kita dapat mengoptimumkan tenaga kerja manusia yang kita ada..


diharapkan cadangan ini akan dilaksanakan seiring dengan slogan kerajaan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.


Usaha yang baik dan sememangnya harus dilaksanakan segera:)


Ya betul ali asgar. Semoga melalui langkah ini negara kita dapat berkembang lebih maju lagi.


Ya azman. Semoga ja kehadiran golongan ini dapat memenuhi keperluan sektor pekerjaan :)


Ya mike. Pelaksanaan ini harus seiring dgn konsep 1Malaysia demi kebaikan bersama.


Apapun, saya harap kerajaan akan mempertimbangkan sedalam mungkin keputusan mereka sebelum melaksanakan cadangan ini sepenuhnya :)


Saya rasa ini cadangan yang baik untuk menggalakkan wanita, OKU dan para pesara yang mampu untuk menyumbang kepada sektor pekerjaan.

Para pesara boleh kembali bekerja terutamanya yang pernah menjadi doktor ataupun guru kerana kekurangan pekerja dalam sektor ini.

Wanita dan OKU juga perlulah diberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan kemahiran.


Ini boleh menyumbang kepada ekonomi dari segi sumber tenaga dan juga meningkatkan kualiti hidup diri dan keluarga.


Usaha ini amat baik untuk menggalakkan mereka menyumbang kepada negara.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails