

Menteri di Jabatan Perdana Mentri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara. Menurut beliau jika cadangan ini dilulus negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.Beliau menyatakakan demekian sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri
Dalam sessi yang sama, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Nazri bahawa kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.- "Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.
"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen baru-baru ini.- Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.
- "Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.
- "Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.
- "Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.



November 12, 2010 8:29 AM
rakyat yang perlu diutamakan.
November 12, 2010 8:56 AM
Mungkin tidak perlulah, jika kakitangan kerajaan dikatakan sengsara menanggung taraf hidup yang meningkat bagaimana pula dengan kakitangan swasta??PAS boleh fikir jugakah dengan itu??Jika dibandingkan Swasta dengan kerajaan, Kakitangan kerajaan lagi sengsara dengan kenaikan taraf hidup ini.
November 12, 2010 8:58 AM
"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri,"
So much for PEOPLE FIRST!
November 12, 2010 9:06 AM
Is the renovation for the PM "castle" is more important than the ppl? The government should prioritize the people first. Renovation should come last in the list!
November 12, 2010 9:30 AM
elaun cola hanya dinikmati oleh penjawat awam, bukan keseluruhan rakyat Malaysia. jadi kalau mahu berjuang untuk rakyat, biarlah secara menyeluruh bukannya tertumpu kepada penjawat awam sahaja.
November 12, 2010 9:35 AM
setiap perbelanjaan yang digunakan pastinya atas sebab keperluan. namun, diharapkan kerajaan sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk rakyat.
November 12, 2010 9:36 AM
daripada menaikkan elaun cola, lebih baik laksanakan skim gaji minimum atau masukkan kedalam bajet subsidi kerajaan, atau apa sahaja cadangan yang boleh dinikmati seluruh rakyat Malaysia.
November 12, 2010 9:38 AM
kakitangan awam berharap elaun sara hidup (Cola)dapat dinaikkan. namun kemampuan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira. apa pun yang ingin dilakukan, ianya perlu lah diteliti dengan sebaiknya agar ia membawa manfaat kepada semua.
November 12, 2010 10:13 AM
Memberikan peruntukan untuk mengubah suai kediaman PM? Bukankah itu menggunakan duit kerajaan untuk kebaikan sendiri? Fikirkanlah rakyat yang masih tinggal dalam rumah papan yang daif... Rumah PM dah eloklah, tak perlu mengubah suai lagi.
November 12, 2010 10:14 AM
Diharapkan PM akan menunaikan slogan beliau iaitu Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
November 12, 2010 4:50 PM
Jika tidak dapat ditunaikan cuba untuk mencari alternatif lain agar slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, tidak akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.
November 12, 2010 5:23 PM
jika dilihat pada situasi terkini, kos hidup yang semakin meningkat membebankan hidup rakyat tidak kira kakitangan awam atau tidak..oleh itu, kepentingan rakyat secara keseluruhan harus diutamakan dan bukannya kepada golongan2 tertentu.
November 12, 2010 5:24 PM
ada benarnya COLA harus dinaikkan..terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan..
November 12, 2010 10:43 PM
salam uncle,
sangat penting kediaman PM diubahsuai berbanding cola, apatah lagi untuk menyambung kontrak pekerja-pekerja kontrak jauh sekali untuk menyerap pekerja kontrak. paling pening renovate rumah PM dari rakyat baaa, betul tidak? kalau sambung kontrak atau bayar cola kroni politik tidak dapat projek kalau renovate jalan juga projek dan kroni boleh bagi2.. daripada sambung pembantu tadbir peperiksaan yang sudah dapat surat penamatan kontrak 1november lepas dan akan menamatkan kontrak pada hujung november ini walaupun sudah ada yang bekerja 7-11 tahun dari bujang hingga beranak pinak bagus lagi renovate rumah PM. dan silap2 tidak lama lagi menyusul pemberhentian GSTT dek kerana tiada peruntukan dan harus diingat peruntukan renovate rumah PM 65juta tetap ada dan mesti diutamakan. pedulilah rakyat tanggung susah, yang penting renovate rumah PM paling penting supaya tidak kena ciken fox lagi...by the way, uncle bagi dulu email uncle ada jemputan mau dibagi ni...
November 12, 2010 11:04 PM
Thanks Sdra watasikadi dan kalian,
Dalam isu ini saya reserve kan response. Kerana cukup lah dengan sekadar apa yang di paparkan dalam blog ini.
e-mail saya: solymone@yahoo.com.my
November 18, 2010 10:02 AM
Sebagai Perdana Menteri, beliau perlu pandai mengurus kewangan untuk kebaikan semua rakyat, bukan untuk kebaikan diri ataupun hanya sebahagain rakyat.
Post a Comment