SUARA BEBAS TUARAN

3 Pelajar Ditahan Kerana Membantah Kenaikan Harga Minyak, Gas Dan Gula.

Labels:

gambar hiasan bantah harga barang naik
Tiga pemimpin mahasisiswa ditahan selepas mengadakan perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula.
Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
  • Mereka yang ditahan adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan harga bahan keperluan itu.
  • Kumpulan mahasiswa ini pada mulanya dihalang untuk menyerahkan memorandum tersebut oleh polis.
  • Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap. Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum tersebut.
  • Dalam memorandum tersebut, mereka menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.
  • Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.
Kumpulan pelajar tersebut yang memakai baju berwarna hitam turut melaung-laungkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid tersebut. Sementara itu, mereka yang ditahan dibawa ke balai polis Putrajaya.
Sumber: TVS
19 comments:

mahasiswa ni tidak faham akan kenaikan harga minyak dan gas ini adalah diluar kawalan negara kita..dan mereka harus diberi penerangan jelas tentang kenaikan harga tersebut..


mahasiswa pun sedar akan kenaikan barangan tersebut membebankan rakyat..cuma demonstrasi sebegitu..tidak wajar dilakukan. mereka ni harus diajar untuk layari internet untuk cari maklumat akan "mengapa barangan tersebut terpaksa dinaikkan" supaya mereka faham kenapa kerajaan terpaksa berbuat sedemikian..


mahasiswa tersebut sepatutnya patuh terhadap arahan polis untuk bersurai.


setuju degan gambir, menyatakan bantahan melalui cara sebegini tidak wajar dilakukan. gunalah cara lain yang lebih aman jika ingin menunjukkan bantahan.


kenaikan harga barangan ini mmg membebankan rakyat, tp tak perlulah nak buat demonstrasi.


jumlah 100 mahasiswa yang berhimpun itu tidak menggambarkan bahawa mereka mewakili ribuan mahasiswa di negara ini. sepatutnya pihak yang berkenaan menerima sahaja memo bantahan itu.
tindakan kumpulan mahasiswa itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana membantah sesuatu yang kurang jelas atau tidak difahami oleh mereka merupakan sebahagian dari tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. adalah menjadi tugas yang berwajib untuk memberi penjelasan rasionalnya kenaikkan harga barang 4 dalam I minggu lalu.


Mahasiswa adalah generasi masa depan negara, mereka perlu difahamkan berkenaan dengan sesuatu yang mereka masih belum faham. Sebab itu, atas naluri orang muda, sesuatu yang menurut mereka tidak lojik, akan mudah menggerakkan mereka mengambil tindakan termasuk tunjuk perasaan.. apa2 pun saya harap tindakan mereka ini bukan dipengaruhi oleh mana2 parti politik..


Kerajaan harus memikirkan semula perkara ini. Adakah kerajaan sudah puas untuk memimpim dan mahu menganti kerajaan lain lagi. Mungkin kita boleh nampak sendiri bantahan besar-besaran oleh mahasiswa ini. Maka itu terpulang dengan kerajaan. Mungkin benar kata Anwar Putrajaya akan jatuh pada PRU13.


Kalau mahu serah memorandum, buat lah dengan cara yang betul, tidak perlu tunjuk perasaan.


hahahhaa... kesian tapi lucu juga la senario ni. hihi


Setiap perkara pasti ada cara penyelesaian so tak payah lah buat kecoh.. Tengok apa dah jadi!!!! Lain kali serah lah memorandum dl suasana yg aman :)


Harap isu ini boleh dipertimbangkan lagi oleh kerajaan pusat.


Semoga kerajaan dapat mencari cara untuk meringankan beban rakyat.


Apapun, pelajar tersebut harus menerima kenaikan harga minyak dengan baik. Belajarlah untuk berjimat-cermat.


I hope the prices of goods will not keep on increasing.


Lain kali menyuarakan pendapat dengan cara yang betul. Tunjuk perasaan bukan budaya kita.


Ini bukan pertama kali orang yang tunjuk perasaan ditahan polis.


Waaa...golongan terpelajar juga tidak dapat menyesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih bersopan.. Apa sudah jadi?


Sepatutnya sebagai mahasiswa, kita kena berfikir dengan tenang. Bukannya melakukan tunjuk perasaan atau yang seumpamanya. Sebagai mahasiswa, mencari maklumat mengapa berlakunya kenaikan harga bukan sesuatu yang asing bagi mereka...Cuba kaji dan fahami kenapa kerajaan bertindak demikian.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails