SUARA BEBAS TUARAN

34 Peratus Pekerja Di Bawah Garis Kemiskinan?

Labels:

Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan.
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.
Sebelum itu, kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700.
  • S Subramaniam turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu.
  • "Kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji ini perlu dinaikkan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
  • Subramaniam berkata kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab kenapa gaji pekerja tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu.
  • "Neburut beliau, kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tinggi pasti menuntut gaji yang tinggi, namun dalam banyak keadaan para majikan tidak membayar gaji berdasarkan kemahiran, sebaliknya bergantung kepada pekerja asing yang tidak berkemahiran.
  • Dr Subramaniam berkata sekiranya kerajaan bersetuju terhadap cadangan gaji minimum itu, satu peruntukan rang undang-undang yang baru akan diperkenalkan bagi meliputi semua aspek liputan, pihak berkuasa, badan penasihat, perlaksanaan, dan lain-lain lagi.
Satu pungutan suara yang dilaksanakan oleh kementerian itu bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung gaji minimum menunjukkan bahawa daripada 434 responden, 76 peratus bersetuju supaya kerajaan melaksanakan gaji minimum buat semua sektor.
Sumber: Agensi
25 comments:

Gaji minimum ini patut dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.


gaji minimun wajar dilaksanakan di negara kita, kini kos hidup semakin meningkat, ia membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.


penetapan gaji minimum merupakan cara terbaik bagi membantu golongan pekerja mendapat pendapatan yang agak baik.


kebanjiran pekerja asing merupakan antara sebab mengapa majikan menawarkan gaji rendah kepada pekerja. disebabkan itulah kebanjiran pekerja asing ini perlu dikawal.


akan wujud lebih ramai rakyat miskin di negara ini jika harga barang terus meningkat tetapi gaji tetap diparas yang sama. sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan akta gaji minimum bagi menyeimbangkan kenaikan harga barangan dengan kuasa beli rakyat.


"34 Peratus Pekerja Di Bawah Garis Kemiskinan"

hhmmm, rasanya saya pun hampir2 tergolong mungkin dalam 34% ni. huhu


Saya setuju sangat kalau gaji minimum ditetapkan. At least dapat juga survive dlm keadaan ekonomi yang harga barangnya asyik naik ja..


masih ramai lagi pekerja yang berpendapatan rendah di negara kita. beban mereka harus diringankan dgn melaksanakan gaji minimum.


walaupun isu gaji ini telah lama dimainkan di mana2 media, tapi sehingga hari ini belum ada tanda2 bahawa kerajaan akan melakukan perubahan sesuai dengan tuntutan rakyat. pihak kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan pendirian atau perancangan kerajaan terhadap isu kenaikan harga barang dengan gaji yang rendah di negara ini.


Penetapan gaji minimum harus dirancang rapi supaya semuanya berjalan lancar.


Saya yakin jika semua aspek diambil kira dan diteliti pasti tidak ada kekurangan yang timbul.


Semoga kerajaan mempertimbangkan sewajarnya isu gaji minimum ini demi kebaikan rakyat :)


34 peratus dari golongan pekerja malaysia hidup di bawah paras garis kemiskinan..ini bermakna bahawa betapa pentingnya kadar gaji minimum dikuatkuasakan segera..


pertumbuhan gaji 2.6 peratus setahun adalah terlalu perlahan berbanding dengan peningkatan kos hidup..lebih2 lagi pada masa sekarang di mana harga barangan beberapa keperluan asas dinaikkan..sedangkan gaji masih rendah..macam mana mahu hidup?


"Subramaniam berkata kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab kenapa gaji pekerja tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu."

pasal tulah pekerja asing harus dikurangkan..demikian juga dengan pendatang asing tanpa izin...


kerajaan harus melaksanakan gaji minimum di semua sektor dan kawasan..tidak perlu membeza-bezakannya kerana harga barangan tetap tinggi lebih2 lagi di kawasan pedalaman.


diharap gaji minimum dapat dilaksanakan secepat mungkin..jika tidak, maka adalah wajar harga barangan keperluan asas diturunkan..


Diharapkan kerajaan melaksanakan gaji minumum untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.


Dengan adanya gaji minimum, kadar kemiskinan akan turun. Oleh itu, diharapkan kerajaan mempertimbangkan gaji minimum.


Gaji minimum ini tujuan utama adalah untuk membantu rakyat yang gaji tidak mencukupi untuk sara hidup. Oleh itu, gaji mimimum ini perlu dilaksanakan supaya dapat membantu mereka ini.


Kerajaan memang telah merancang gaji minimum ini. Tapi disebabkan masalah utama iaitu kebanjiran pekerja asing menyebabkan gaji minimum ini tertangguh dan masih lagi dibincangkan.


Kemiskinan harus ditangani..Kerajaan harus memikirkan bagaimana gaji minimum ini dilaksanakan tambanhan lagi dengan masalah yang dihadapi iaitu pekerja asing yang sangat ramai dinegara kita ini. Kita mahu membantu rakyat kita tapi perkerja asing ini menyebabkan tergendala rancangan kerajaan ini..


Saya rasa polisi gaji minimum amat diperlukan di negara kita supaya boleh memastikan bahawa gaji yang berpatutan diberikan untuk setiap pekerjaan.


Inilah masalahnya, jadi saya amat menyokong agar gaji minimum dapat di implimentasi dengan segera.


Miningkatnya taraf hidup mesti diselaraskan dengan kenaiikan gaji.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails