
foto hiasan ketika kanak-kanak Pelarian sedang berihat
Lebih 91,000 PELARIAN(1) kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).Daripada jumlah itu, seramai 19,000 pelarian kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah tetapi jika diperhalusi kepada usia persekolahan, jumlahnya 13,900 orang. Bagaimanapun Wakil UNHCR di Malaysia, Alan Vernon berkata, hanya 5,100 pelarian atau 30 peratus yang belajar di sekolah manakala 70 peratus lagi tidak bersekolah.
Alan berkata, kanak-kanak pelarian tidak bermasalah, namun sekiranya mereka tidak diberikan pendidikan pada usia muda maka akan memberi masalah kemudian hari.- Menurut Alan, PELARIAN(2) hanya menetap sementara di Malaysia dan akan diserahkan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal masing masing.
- Sehubungan itu katanya, masih banyak perkara perlu diperbaiki melibatkan tenaga pengajar, kemudahan pembelajaran dan paling penting adalah sumber kewangan. Walaupun masyarakat menyedari tentang kepentingan pendidikan namun tidak dinafikan segelintir ibu bapa pelarian enggan menghantar anak mereka ke sekolah.
Setakat ini, terdapat 67 sekolah komuniti untuk pelarian di seluruh negara di mana sebahagian besarnya diuruskan oleh sukarelawan pelarian sendiri.
- UNHCR memberi sokongan kepada program pendidikan seperti latihan perguruan, peruntukan buku teks, geran sekolah, sumbangan dana dan khidmat sukarelawan.
Terdapat 322 sukarelawan berdaftar dengan UNHCR dan daripada jumlah itu seramai 163 orang ditempatkan di 40 sekolah komuniti untuk mengajar beberapa subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.Mereka bimbang anak-anak berkemungkinan ditahan oleh pihak berkuasa berikutan pelarian masih dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).



December 14, 2010 9:48 AM
Why not send them home now? What is preventing it?
December 14, 2010 9:55 AM
mereka juga menyimpan harapan mungkin satu hari dapat pulang ke kampung halaman mereka. namun begitu hampir mustahil untuk pulang selagi negara mereka diperintah oleh kerajaan yang sama semasa mereka mula2 menjadi pelarian. mereka kini di Malaysia untuk mencari perlindungan dan cuba untuk terus hidup menyara keluarga mereka. mereka juga inginkan kemudahan pendidikan untuk anak2 mereka dan juga kemudahan kesihatan agar mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.
December 14, 2010 9:57 AM
mungkin juga ada orang yang beranggapan pelarian adalah PATI.
December 14, 2010 10:02 AM
lebih 91, 000 warga pelarian berada di Malaysia. itu merupakan jumlah yang agak banyak. harap tiada masalah yang timbul kerana jumlah mereka ini agak banyak.
December 14, 2010 10:19 AM
Kadang-kadang kita berasa kasihan dengan mereka, namun jika mereka menghormati dan menghargai peluang yang diberikan untuk duduk di negara lain, memang tidak akan masalah. Tapi malangnya, sebahagian besar daripada mereka adalah penyumbang jenayah kepada negara kita.
December 14, 2010 11:52 AM
It's good that these refugees children are given education. Hopefully they will send back to their country safely.
December 14, 2010 1:38 PM
walaupun mereka pelarian, mereka juga berhak mendapat pendidikan, pendidikan amat penting begi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial.
December 14, 2010 2:18 PM
Sudah sampainya kita menghantar pelarian yang terdapat di Malaysia. Ini untuk kebaikan negara kita yang dalam pembangunan.
December 14, 2010 2:27 PM
Jumlah yang ramai pelarian yang datang kenegera kita ini. Kerajaan harus mengurangkan jumlah pelarian ini. Ini akan membebankan negara kita pada masa akan datang. Semoga tindakkan bijak perlu diambil bagi menguragkan pelarian yang terdapat di negara kita ini.
December 14, 2010 3:10 PM
pelarian juga perlu diberi pendidikan bagi memastikan mereka menjadi insan berguna.
December 14, 2010 5:13 PM
Punya ramai... huhuhu
December 14, 2010 5:14 PM
hhmm.. uasaha yang baik tapi saya harap kank2 tempatan pun dibantu juga utk mendapatkan pendidikan sempurna. Sebab saya yakin di kawasan pedalaman pasti ada kanak2 yang perlukan perhatian sebegini.
December 14, 2010 5:14 PM
Tapi bila fikir balik, kesian juga la tengok ini budak... Dorang pun bukannya minta dilahirkan sebagai anak pelarian.. huhu
December 14, 2010 5:15 PM
Apapun semoga usaha ni mendatangkan sesuatu yang positif.
December 15, 2010 10:55 AM
Tiada masalah mereka menginap buat masa ini di Sabah, asalkan mereka tidak menimbulkan masalah seperti jenayah di tempat kita.
December 18, 2010 9:29 AM
91,000 orang bukan bilangan yang kecil. Saya nak tanya, samaada mereka ini bekerja?
December 20, 2010 9:17 AM
The local plantations and construction industry should just hire these refugees to work for them rather than hiring more foreign workers.
December 20, 2010 3:04 PM
Saya percaya bahawa telah banyak yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Diperlukan semoga usaha itu akan berterusan dan sentiasa ada cara lain untuk selesaikan masalah ini.
December 21, 2010 10:23 AM
Harap para pelarian ini akan diterima balik ke negara asal pada satu hari nanti.
January 3, 2011 12:06 PM
Usaha berterusan diperlukan..Jangan pernah mengalah untuk menyelesaikan masalah ini kerana ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada generasi yang akan datang.
Post a Comment