
Hukuman sebat ke atas pesalah dan pencari suaka di penjara Malaysia kini mencapai 'tahap membimbangkan' dan sebatan dilakukan begitu kuat sehingga kulit tersiat, kata Amnesti Antarabangsa.Badan hak asasi berpangkalan di London itu berkata amalan tersebut mirip penderaan dan patut dihentikan. Namun, para pegawai penjara malaysia mempertahankan hukuman tersebut.
Mahkamah Malaysia mengenakan hukuman sebat ke atas pesalah kes rogol, rompakan, memiliki dadah dan rasuah. Hukuman sehingga 24 sebatan dilakukan dengan rotan.- Sejak 2002, hukuman sebat juga digunakan ke atas pesalah imigresen, termasuk mereka yang memasuki Malaysia secara haram. Amnesti menganggarkan sekitar 10,000 orang disebat setiap tahun, kebanyakan mereka pendatang haram.
- Amnesti menemubual berpuluh pesalah awal tahun ini bagi laporan setebal 50 halaman berjudul 'A Blow to Humanity - Torture by Judicial Caning in Malaysia' (Satu Tamparan buat Kemanusiaan - Penderaan dengan Hukuman Sebat di Malaysia).
- Para tahanan memberitahu Amnesti bahawa mereka dibariskan dan menyaksikan atau mendengar rakan mereka disebat.
Rotan 'menyiat kulit dan meninggalkan bekas calar. Darah terpercik daripada tubuh mangsa, seringkali bersama air kencing dan najis' kata laporan tersebut.- Supri Hashim, seorang pegawai Jabatan Penjara Malaysia, menolak dakwaan berlaku penderaan. Menurutnya, hukuman rotan diselia dengan rapi oleh pihak berkuasa penjara dan dihadiri para doktor.
Amnesti berkata amalan itu boleh menyebabkan kecacatan jangka panjang dan trauma. 'Hukuman rotan sudah mencapai tahap membimbangkan' kata pengarah Amnesti bagi Asia-Pasifik, Sam Zarifi, dalam satu kenyataan.'Dalam setiap kes yang kami periksa, hukuman mirip penderaan, yang dilarang dalam apa jua keadaan,' tambah beliau.



December 8, 2010 10:51 AM
Even with this kind of punishment, there are still many of these kind of crimes happening. How to reduce crime if there are no tough actions taken against them?
December 8, 2010 10:53 AM
This is always been the laws, most people are aware of these kind of corporal punishments if they are caught but they still wanted to commit crimes. Why?
December 8, 2010 11:58 AM
Those filthy criminals deserve all the spanking they receive. They should had think twice before committing a crime. Serve them right!
December 8, 2010 10:49 PM
kalau mmg yang dihukum tu benar2 bersalah, tak kisahlah.. malah kalau boleh saya lagi mahu tambah hukuman dorang...
Cth kes rogol potong ja kemaluan, senang cerita!
December 8, 2010 10:50 PM
Tapi rasanya hal ni takkan jadi isu kalau takda individu yang berani mati utk lakukan jenayah... hhhmmm
December 9, 2010 8:25 AM
hukuman sebab mmg patut diberi kepada penjenayah, ia dpt memberi kesedaran agar mereka tak melakukan jenayah lagi selepas ini.
December 9, 2010 8:38 AM
jika dibandingkan dengan jenyah yang mereka lakukan, hukuman sebat itu memang patut dikenakan.
December 9, 2010 8:39 AM
hukuman sebat boleh menjadi peringatan kepada pesalah agar tidak lagi mengulangi kesalahan mereka pada masa depan.
December 9, 2010 10:36 AM
Hukuman ini kepada mereka yang didapati bersalah. Supaya ini satu pengajaran kepada mereka. hukuman islam dahulu lagi teruk berbanding sebat. Jika mencuri potong tangan..Jadi perkara ini supaya mereka tidak akan melakukanyn lagi kesalahan pada masa akan datang.
December 9, 2010 11:25 AM
sebagaimana kejamnya penjenayah itu melakukan jenayah terhadap mangsanya, begitu juga lah halnya dengan hukuman yang beliau terima semasa dalam penjara. sedangkan hukuman berat pun masih ramai lagi yang tidak serik2 terlibat dengan jenayah, inikan pula jika diringankan...
December 9, 2010 11:30 AM
bagaimana pula dengan hukuman gantung sampai mati?? hukuman ini jauh lebih kejam dan mungkin patut dihentikan juga.
December 9, 2010 2:13 PM
Kalau tidak memberi hukuman yang setaraf bagaimana boleh memberi pengajaran kepada penjenayah yang lain. Jika mereka tahu merogol tidak akan dihukum berat, maka semua orang pun pergi merogol, begitukah?
December 10, 2010 9:36 AM
Earlier this year, there are 2,500 of rape cases recorded. How will we stop sexual crimes without taking more serious actions?
December 10, 2010 10:54 AM
Hukuman sebat keatas pesalah adalah yang terbaik dilakukan. Adakah hukuman ini setimpal dengan mangsa yang mengalami trauma selepas dirogol bergilir-gilir? Adakah hukuman ini setimpal bagi pesalah mengedar dadah yang semakin berleluasa? Adakah setimpal hukuman ini dikenakan kepada pendatang asing tanpa izin sedangkan mereka tidak serik-serik masuk ke negara ini walaupun sudah dihantar pulang ke negara asal mereka?
December 10, 2010 11:03 AM
Apapun hukuman yang dikenakan kepada pesalah, sebilangan mereka tetap mengulangi perbuatan lampau mereka. Setiap sebatan sepatutnya memberi pengajaran bukan sahaja kepada pesalah tapi kepada individu yang ingin, ataupun sedang merancang jenayah. Kesimpulannya perlu ada satu hukuman lebih berat lagi agar dapat mengurangkan jenayah. Mungkin?
December 11, 2010 10:12 AM
Kalau tidak disebat, apa lagi hukuman yang setimpal untuk penjenayah? Berani buat, berani tanggung. Tiada orang yang suruh mereka membuat jenayah.
December 11, 2010 10:14 AM
Kalau dilepaskan sahaja, mereka lebih berani mengulangi perbuatan mereka kerana tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka. Hanya duduk dalam penjara untuk jenayah, apa yang takut? Ada kediaman dan makanan percuma lagi, tidak perlu bekerja dalam penjara.
December 20, 2010 2:12 PM
Ada logiknya mengenakan hukuman sedemikian, kerana ini akan mengisafkan mereka untuk tidak melakukan perkara yang sama bila mereka sudah dibebaskan dari penjara.
Post a Comment