
Bas untuk wanita diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) untuk memberi keselesaan dan memastikan keselamatan golongan wanita sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.
Ketua Pegawai Operasi Bas RapidKL, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain (foto berdiri sebelah kiri), berkata Rapid Bas Wanita itu diperkenalkan selepas kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah dengan gangguan seksual.
'Tempoh percubaan perkhidmatan ini dilaksanakan sebulan bermula semalam dengan melalui tujuh laluan utama pengguna.'- Dua bas tambahan disediakan masing-masing bagi perkhidmatan pagi bermula 6.45 pagi dan 7.30 pagi serta sebelah petang pada 6 petang dan 6.45 petang setiap hari.
- Penanda khas diletakkan di cermin depan, tingkap, pintu bas dan skrin elektronik bas bagi membezakan bas khas terbabit dengan bas RapidKL biasa.
- 'Walaupun bas berkenaan dikhususkan untuk wanita, kanak-kanak lelaki berumur bawah 12 tahun dibenarkan menaiki pengangkutan itu dengan ditemani wanita.
- 'Sepanjang tempoh percubaan ini, RapidKL akan melakukan tinjauan kepuasan pengguna bagi meningkatkan perkhidmatan ini pada masa depan,' kata Datuk Mohamed Hazlan.
Dalam pada itu, Dewan Muslimat PAS Pusat sangat mengalu-alukan langkah baik Rapid KL mengadakan perkhidmatan bas khas bagi golongan wanita saja. Langkah ini tepat pada masanya dan amat sesuai dengan senario semasa dimana ramai penjawat awam dan swasta dari kalangan wanita menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik ke pejabat dan rumah mereka terutamanya di waktu sesak di bandar-bandar besar seluruh negara.
Sumber: CyberNews


December 4, 2010 11:01 AM
ini merupakan langkah yang baik. langkah ini dapat memberikan keselesaan kepada wanita dan dapat mengelakkan daripada terdedah kepada gangguan seksual.
December 4, 2010 11:05 AM
inisiatif dari RapidKL ini harus dijadikan contoh..keprihatinan dan tanggungjawab kepada keselesaan dan keselamatan pengguna merupakan keutamaan mereka..demikian juga dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..harus dipraktiskan sepenuhnya oleh kerajaan..
December 4, 2010 11:05 AM
semoga pengguna2 wanita bas RapidKL akan berpuas hati dengan perkhidmatan baru ini..
December 4, 2010 11:09 AM
mungkin syarikat2 pengangkutan awam lain juga harus mengikut jejak RapidKL memperkenalkan bas khas wanita..selain untuk keselesaan pengguna2 wanita, juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan bas khas tersebut di masa akan datang..
December 4, 2010 11:33 AM
Satu langkah yang baik. Dengan adanya bas khas untuk wanita, ia akan mengurangkan kes seperti gangguan seksual.
December 4, 2010 12:00 PM
Saya rasa cadangan ini amat baik kerana memberi perhatian kepada keselamatan dan keselesaan kepada kaum wanita.
December 4, 2010 12:07 PM
usaha seperti ini wajar dilaksanakan oleh syarikat2 pengangutan awam disemua negeri.
December 4, 2010 9:27 PM
langkah bas khas untuk wanita ini adalah amat baik dan wajar. kerajaan kita prihatin dengan wanita! syabas
December 4, 2010 9:30 PM
wanita di malaysia harus berbangga dengan keprihatinan pihak kerajaan dalam melindungi hak asasi wanita. ada sesetengah negara di dunia ni tidak menikmati kelebihan yang diberikan kepada para wanita di malaysia
December 4, 2010 10:30 PM
uiseymen bestnya kalau ada di Sabah. hehe
December 4, 2010 10:31 PM
Setuju mike. Inisiatif ni patut dijadikan contoh. Semoga sabah pun akan ada bas khas utk wanita. hehe
December 6, 2010 8:49 AM
Langkah seperti ini dah lama digunakan di negara seperti Jepun. Baguslah kalau negara kita juga mencuba langkah ini.
December 8, 2010 8:21 AM
satu langkah yang amat baik, ia dpt mmberi kemudahan kepada golongan wanita. bas seperti ini perlu diperbanyakkan lagi.
December 8, 2010 10:38 AM
Good concept to ensure women passenger's safety. I hope this works out well.
December 13, 2010 4:55 PM
usaha yang sangat bagus, semoga usaha ini juga dilakukan dan segera di laksanakan diseluruh negara.
Post a Comment