

Dilapurkan bahawa tanah tanah pertanian di Sabah sudah lebih kurang 50 peratus jumlahnya sudah beralih tangan kepada ‘orang luar’ dari Semenanjung Malaysia melalui beberapa syarikat gergasi seperti Yayasan Melaka yang mendapat kira-kira lebih 25 ribu ekar tanah pertanian di Sabah.Walhal rakyat Sabah yang terlebih dahulu tinggal di kawasan Hutan yang sebelum diwartakan sebagai Hutan Simpan.
Masyarakat Murut yang tinggal di Mukim Dalit dan masyarakat Rungus di Kudat pernah suatu ketika dulu telah dihalau keluar daripada kawasan tersebut, malah rumah-rumah mereka turut dibakar tanpa peri kemanusiaan.- “Apakah tindakan kerajaan UMNO-BN ini adil untuk rakyat atau menyeksa rakyat?,” demikian dinyatakan mantan Menteri Kewangan Sabah Datuk Haji Mohd Noor Mansor ketika berucap di majlis Induksi ahli-ahli baru SAPP Kemabong, di Hotel Perkasa dekat Tenom baru-baru ini.
- Beliau menyifatkan keadaan pemerintahan kerajaan UMNO-BN di Sabah agak keterlaluan dari segi batas-batas kemanusiaan kerana kalau pun mereka menghulurkan bantuan tetapi hanya kepada pengikut-pengikut mereka sahaja yang terdiri daripada PATI yang telah dikitar semula menjadi ‘Rakyat Sabah’.
Selain masalah ekonomi yang semakin serius, masalah pengangguran di kalangan para belia dan beliawanis di Sabah turut terabai dan semakin menjadi jadi seperti yang disiarkan dalam akhbar beberapa bulan lalu yang mengatakan beribu belia Sabah terpaksa merempat di Kuala Lumpur setelah lari daripada ditindas majikan mereka.- “Bila kita tanya dan tegur pemimpin-pemimpin BN Sabah, terutamanya Menteri terbabit, mereka cepat-cepat menafikannya. Pada hal insiden itu benar-benar berlaku dan sepatutnya kerajaan negeri melalui Kementerian terbabit pantas bertindak dan bukan membuang masa berdolak-dalik,” tegas Matnor.
Malahan ada di antara belia-belia Sabah yang bekerja di Singapura dan Semenanjung, kata Matnor, terlibat dengan masalah jenayah serius termasuk ada yang menanti masa dan ketikanya ke tali gantung kerana terlibat dengan jenayah dadah seperti yang berlaku di Singapura.- “Semua ini berlaku kerana kelalaian mereka yang langsung tidak menitik beratkan soal belia yang menganggur dan begitu juga yang dihadapi para graduan yang terus menganggur bertahun-tahun sukar mendapat pekerjaan. Keadaan hidup mereka semakin serius dan tertekan mengakibatkan mereka tiada pilihan selain bertindak melakukan penghijrahan mencari pekerjaan ke Semenanjung,” tambah Datuk Matnor.
Matnor seterusnya menegaskan bahawa selagi sikap pemimpin-pemimpin UMNO-BN terus ‘lupa diri’ terhadap tanggung jawab mereka memajukan negeri ini dan sebaliknya mereka meneruskan amalan ‘Korupsi’ yang mementingkan diri mereka termasuk kroni-kroni yang senantiasa menjejaki mereka ibarat ‘lintah kelaparan untuk menghisap darah’ alamatlah apa yang dilaporkan media kononnya Bank Dunia dipetik sebagai berkata, “Sabah di antara negeri yang termiskin di Malaysia” akan menjadi kebenaran.
Oleh itu tegas Matnor, tiada siapa yang mampu mengubah keadaan sebegini rupa selain daripada rakyat Sabah itu sendiri yang harus berani bangun untuk mengubahnya secara demokrasi menerusi pilihanraya umum akan datang ini.Jika tidak, kata Matnor, siapa lagi yang boleh berbuat sedemikian kerana Sabah adalah hak milik rakyat Sabah dan adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk melakukan perubahan yang bakal dilakukan pada PRU13 kelak.
Sesungguhnya tragedi berlaku atau dilakukan mereka (belia) bukanlah atas kehendak para pemimpin kerajaan Sabah, namun ia berpunca daripada kelemahan mereka dari segi menyusun atur pentadbiran yang tidak mengambilkira masalah penempatan belia-belia menganggur, termasuklah lepasan graduan.



December 10, 2010 9:43 AM
SAPP have their motives to raise this kind of issues.
December 10, 2010 9:56 AM
kita sebagai rakyat sabah kena pertahankan hak2 kita.
December 10, 2010 9:58 AM
tidak adil jika Datuk Haji Mohd Noor Mansor menyalahkan BN saja. lebih baik jika beliu memberikan cadangan atau idea daripada mencari kesalahan saja.
December 10, 2010 10:00 AM
untuk menangani setiap isu yang timbul semua pihak perlulah memberikan komitmen. jangan hanya pandai menyalahkan tapi sebaiknya tunjukkan usaha untuk membantu.
December 10, 2010 1:33 PM
masalah2 yang wujud di sabah harus ditangani dgn kerjasama semua pihak, jgn mengharapkan satu pihak sahaja.
December 10, 2010 1:49 PM
kenapa tidak halang syarikat2 luar ini dari mengambil alih tanah2 di Sabah semasa beliau sendiri masih memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Sabah??
December 10, 2010 1:53 PM
sebelum ini pelbagai usaha kerajaan negeri termasuk menganjurkan program atau expo kerjaya disemua daerah, kerajaan negeri juga pernah mengumumkan puluhan ribu jawatan kosong di Sabah, tapi tidak sampai suku pun rakyat Sabah memohon jawatan itu. ada SAPP sama2 turun padang menjayakan atau menganjurkan expo kerjaya untuk para belia??
December 10, 2010 1:57 PM
terdapat kes dimana belia sabah memperolehi kerja dengan kerajaan dan GLC dengan tawaran gaji yang berpatutan dengan kerja dan tahap pendidikan mereka. tapi disebabkan bosan kerana kedudukan nya yang diluar kawasan bandar memaksa belia2 ini berhenti dan mencari pekerjaan dikilang2 yang terdapat dibandar. akhirnya disebabkan kerja kilang yang berat memaksa mereka berhenti lagi dan menjadi penganggur sepenuh masa.. SAPP perlu melihat realiti sikap belia2 di Sabah sebelum menudung jari..
December 10, 2010 3:32 PM
Hak rakyat perlu diperjuangkan. Mana pihak yang berjuang untuk mereka??Mana calon yang telah dipilih untuk membantu rakyat Sabah??
December 10, 2010 3:35 PM
Jangan kerana nila setitik semua susu berubah warna.. Jangan hanya kerana seorang pemimpin semua pemimpin lain mendapat keburukannya sekali. Oleh itu, jalankanlah tugas anda sebagai seorang yang terpilih.
December 10, 2010 3:35 PM
Jangan kerana nila setitik semua susu berubah warna.. Jangan hanya kerana seorang pemimpin semua pemimpin lain mendapat keburukannya sekali. Oleh itu, jalankanlah tugas anda sebagai seorang yang terpilih.
December 10, 2010 4:00 PM
apa saja yang kerajaan buat, semua salah di mata pembangkang..dan demikian juga sebaliknya..
December 10, 2010 4:02 PM
sikap lupa diri dan angkuh harus dikikis...isu2 rakyat harus diselesaikan..tidak kira kawasan tersebut diwakili kerajaan atau pembangkang..
December 10, 2010 4:04 PM
sejauh mana kebenarannya tidak dipastikan namun yang pasti rakyat harus diutamakan..cukup dengan hujah2 berbaur politik..rakyat tidak perlukan semua itu..
December 10, 2010 9:14 PM
Benar atau tak, terpulangnlah pada si penilai..
December 10, 2010 9:14 PM
Ya azman. Daripada asyik cari kesalahan rasanya lebih baik bagi idea yang bernas kan :)
December 10, 2010 9:16 PM
Betul supra. perkara seperti ini harus ditanggani bersama dan bukannya asyik meletakkan t/jawab ke bahu pihak lain. Bukankah lebih mudah utk memikulnya bersama :)
December 10, 2010 9:17 PM
rebirth tu maknanya SAPP pandai tunding jari ja! hahaha
December 10, 2010 9:18 PM
Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik dan janganlah perbesarkan lagi nanti lain pula yang berlaku.
December 11, 2010 10:01 AM
Apa yang Mohd Noor Mansor pernah buat untuk Sabah ketika masih berkuasa dulu?
December 13, 2010 9:07 AM
With cooperation, i'm sure issues would easily be solve. Go figure!
December 13, 2010 11:08 AM
Tanyalah rakyat Sabah sendiri sama ada kita merasakan maruah rakyat Sabah tergadai.
December 13, 2010 11:09 AM
SAPP memang suka menjadikan seolah-olahnya rakyat Sabah kehilangan maruah.
December 15, 2010 11:11 AM
Diharapkan rakyat boleh membuat penilaian sendiri.
December 20, 2010 2:34 PM
Jika tergadai segeralah bangkit untuk menebus segalanya.
January 3, 2011 11:26 AM
Smakin hari masa berdetik, kemajuan diri adalah amat diperlukan...jangan biarkan diri dan bangsa kita ketingalan dengan dek pembangunan yang semakin mencabar. Bercakap tentang tanah yang telah banyak diambil alih oleh orang luar, kita tidak boleh menyalahkan orang luar, yang menjadi masalah disini adalah orang kita sendiri. Mengapa mreka membiarkan ini berlaku. Jika sudah terdesak adalah lagi bagus jika mereka melakukan tunjuk perasaan jika meja perbincangan tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Saya bukan ingin mencontohi perbuatan yang tidak munasabah tapi, untuk menyelamatkan diri dari merempat di tempat sendiri saya rasa ini adlah jalan yang boleh dimaafkan.
Post a Comment