SUARA BEBAS TUARAN

Cadangan Mewujudkan Pusat Transit Pekerja Asing Di Malaysia?

Labels:

Pada masa ini, ada kira-kira dua juta pekerja asing di negara ini. Mereka ini biasanya datang dari negara-negara seperti Indonesia, China, Bangladesh, Nepal, India dan negara-negara jiran yang lain, dan kebanyakan mereka bekerja dalam industri pembinaan dan perkhidmatan.
Justru itu, mewujudkan pusat-pusat transit bagi menempatkan pekerja asing mungkin merupakan jawapan untuk meredakan kebimbangan rakyat Malaysia tentang jumlah mereka yang semakin ramai di negara ini, terutama berhubung isu keselamatan dan kesihatan, kata pegawai-pegawai dalam industri perumahan tempatan.
  • Meskipun pekerja asing memberikan sumbangan yang agak besar ke arah pembangunan negara, terutama dalam bidang pembinaan, namun masih ada beberapa isu tertentu melibatkan mereka yang perlu diatasi, kata Construction Labour Exchange Centre Bhd (CLAB).
  • Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlan Mohd Isa, berkata kebimbangan demikian akan menjadi lebih ketara terutamanya menjelang 2015 dengan penyepaduan ekonomi negara-negara anggota Asean yang ketika itu akan memudahkan pergerakan perdagangan dan buruh di kalangan negara-negara anggota.
  • “Orang ramai menyuarakan kebimbangan tentang semakin ramainya pekerja asing di Malaysia dan kemungkinan ini menjadi penyebab tercetusnya masalah sosial jika perkara ini tidak ditangani dengan sewajarnya,” katanya kepada Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.
  • “Penubuhan pusat-pusat transit bagi menempatkan mereka mungkin merupakan satu jawapan bagi meredakan kebimbangan tentang keselamatan dan kesihatan. Kami mahu mendirikan pusat-pusat transit yang strategik bagi pekerja-pekerja asing, yang boleh menyediakan penginapan, kemudahan asas dan kegiatan waktu senggang,” kata Azlan.
  • Melalui pusat-pusat ini, pergerakan pekerja-pekerja ini boleh dipantau dengan mudah di samping memberikan mereka lebih keselesaan dari segi kemudahan dan keselamatan yang lebih baik, katanya.
  • Pusat-pusat yang disenggarakan dengan sempurna boleh juga mencegah kemungkinan berlakunya penderaan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab atau pegawai-pegawai yang curang dari agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, kata Azlan.
  • Dari sudut kesihatan, pusat-pusat ini boleh juga mencegah penularan penyakit disebabkan oleh kemudahan yang lebih baik, berbanding rumah-rumah kongsi yang biasa didiami pekerja-pekerja asing, serta mencegah pewujudan perkampungan setinggan pekerja asing.
  • Faedah-faedah lain ialah pusat-pusat ini juga boleh menjadi pusat-pusat latihan kerana pekerja-pekerja asing ini dihimpunkan bersama, selain mewujukan kesan pengganda bagi peluang-peluang perniagaan baharu bagi usahawan-usahawan tempatan dalam perkhidmatan runcit.
CLAB adalah sebuah pertubuhan tidak mencari untung yang ditubuhkan pada 2003 oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berikutan keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing untuk membawa masuk dan mengagihkan pekerja-pekerja asing kepada syarikat dan organisasi di Malaysia.
Sumber: NST
21 comments:

Diharapkan langkah ini boleh menangani isu yang wujud disebabkan kenaikan jumlah pekerja asing.


pusat ini bagus bagi kemudahan pekerja asing, namun kemudahan pekerja tempatan jug perlu diutamakan.


rasanya cara terbaik bagi mengawal kebanjiran pekerja asing adalah dengan menyekat jumlah kemasukan yang terlalu ramai.


harap isu yang melibatkan pekerja asing dapat ditangani dengan baik.


apa sahaja cadangan atau usaha yang memudahkan pihak berkuasa mengawal kemasukan mereka serta mengawal aktiviti mereka wajar dilaksanakan.


jika pusat transit ini diwujudkan tapi masalah PATI masih berleluasa, kerajaan tetap akan berhadapan dengan masalah setinggan, sosial dan sebagainya.. oleh itu, selesaikan dahulu masalah PATI sebelum menyelesaikan masalah pekerja asing.


pusat transit ini perlu bagi meudahkan kita memantau kegiatan pekerja2 asing.


Saya sokong saja asalkan hasilnya mendatangkan perkara positif :)


Ya jangan ambil mudah kebimbangan rakyat.. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. hehe


Tapi cadangan ini harus dikaji sebaik mungkin sebelum dilaksanakan, takut nanti menimbulkan masalah lain pula.


Tapi nampak mcm pusat ni OK ja:)
Bgs jugalah kalau dapat diwujudkan.


Apapun, saya harap semuanya lancar mengikut perancangan yang dibuat.


mungkin ianya antara langkah yang boleh dilakukan demi kepentingan semua.


namun, harus dikaji cadangan ini kerana tentu akan memakan kos yang tinggi..


lakukan yang terbaik untuk rakyat..


Memang pekerja asing ini banyak memberikan sumbangan kedalam pembangunan negara. tapi kita mahukan mereka ini masuk secara sah dan bukan secara haram.


Semoga berjaya untuk menangani masalah terlalu ramai pekerja asing dinegara kita ini..


cari jalan penyelesaian bagi isu ini.Keselesaan rakyat harus diutamakan.


Cadangan ini dialu-alukan untuk memastikan isu pekerja asing ini dibawah kawalan.


Mungkin kita boleh kurangkan pengambilan pekerja asing dan menggalakkan local people untuk berkhidmat.


Mungkin ada positifnya untuk memiliki pusat transit ini. Tapi apapun kita hanya mampu berharap agar usaha ini akan berjaya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails