
Persidangan Dewan Rakyat kecoh kira-kira satu jam setengah semalam (rabu) apabila anggota Parlimen pembangkang mempertikaikan keputusan Pandikar Amin mengenai usul kerajaan yang mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen pembangkang digantung enam bulan kerana menghina dewan akan dibawa pada pertimbangan Majlis Dewan Rakyat esok, ekoran kekecohan yang ditimbulkan wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.
Selain dari itu, usul yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan supaya Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada menghadiri sidang dewan kerana menghina majlis berkenaan.- Disamping itu,, persidangan dewan juga akan membincangkan usul Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang mensyorkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) juga digantung enam bulan atas kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide dengan kempen One Israel.
Kekecohan mula tercetus apabila Azmin bangun mempersoalkan mengenai usul itu kerana didakwa tidak pernah diberitahu mengenai usul untuk merujuknya dan dua wakil pembangkang lagi ke jawatankuasa berkenaan.- Tanpa menghiraukan teguran Pandikar Amin, Azmin juga mempersoalkan kredibiliti Speaker yang disifatkan tidak membuat pertimbangan sewajarnya berhubung usul Sivarasa untuk membincangkan pendedahan Wikileaks.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula mempertikaikan usul itu kerana dakwanya notis sama yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat semalam tidak menyebut mana-mana nama wakil rakyat pembangkang itu.- Isu itu turut menyaksikan Anwar dan Pandikar Amin saling bertukar 'kenyataan sinis' apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cuba mempertahankan 'orang-orangnya' dengan meminta Pandikar Amin mempertimbang semula usul itu.
"Tan Sri tidak bolehkah mereka ini diberi peluang untuk memberi penjelasan...kalau saya tidak apa kerana saya sentiasa terima hukuman, itu 'hak' saya Ketua Pembangkang...tetapi janganlah semata-mata menteri bawa usul, semuanya boleh," kata Anwar.- Menjawab persoalan itu, Pandikar Amin berkata,:"Yang Berhormat Permatang Pauh, anda kenal saya...yang duduk di sini ini bukan boleh dipertakut, diugut atas dasar persahabatan. Anda Ketua Pembangkang, anda berhasrat menjadi perdana menteri, anda tahu bagaimana kerajaan bekerja, sekarang anda beritahu saya, tunjuk saya apa yang sepatutnya saya lakukan," katanya.
Kekecohan dan pertikaman lidah itu berterusan dengan pihak pembangkang enggan menerima sebarang penjelasan Pandikar Amin menyebabkan Speaker itu membiarkan anggota dewan saling bertelingkah sehingga dewan berhenti rehat tepat pukul 1 tengah kelmarin.Sumber: Bernama,
mStar..baca berita sepenuhnya
Blog Archive
-
▼
2010
(595)
-
▼
December
(43)
- Dokter Jual Bayi Di Hukum Penjara
- 20,000 Orang Gro 'China Doll' Bersembunyi Di Sabah...
- Pengusaha Pengangkutan Awam Perlu Patuhi Syarat Ke...
- 70 Rumah Nelayan Terbakar
- 17 Kaki Judi Laga Ayam Di Tahan Polis
- Mungkin Undi Di Malaysia Timor Penentu Siapa keraj...
- Hampir 60% Pesalah Kanak-Kanak Indonesia Di Jel Da...
- Pusat Hiburan Yang Sama Diserbu Polis Buat Kali Ke...
- Pemilik Akaun Facebook Di Nasihat Agar Jangan Tuli...
- Harga Barangan Makin Naik, Impak Kepada Kehidupan ...
- Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang
- Juhar Mahiruddin Dilantik Yang Dipertua Negeri Sab...
- Wilfred Gesa Kerajaan Batalkan Kad Pengenalan, MyK...
- PAS Kelantan Akan Mencalonkan Muka Baru Pada PRU1...
- 34 Peratus Pekerja Di Bawah Garis Kemiskinan?
- Cadangan Mewujudkan Pusat Transit Pekerja Asing D...
- Aktiviti Perjudian Sosial Maseh Berleluasa Di Kam...
- PR Disyor Pulau Pandikar Amin Sebagai Speaker
- Isu Apco Yang Di Perjuangkan Pakatan Pembangkang S...
- Dewan Rakyat Tambah Kecoh, Anwar Dan 3 Yang Lain ...
- Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Pertikai Keputusan ...
- Hartawan Sarawak Taja Calon Bebas RM10 Juta Tandi...
- Dr Jeffrey Kitingan Keluar Dari PKR Khamis Ini?
- Lebih 91,000 Warga PELARIAN Berada Di Malaysia ?
- Walaupun Pengantin lelaki Patah kaki, Nikah Tetap ...
- Ideologi Pembangkang Hanya Menabur Janji Yang Rapu...
- Pelupusan Pentadbiran PPD Tamparuli, ADUN Dan MP...
- 3 Pelajar Ditahan Kerana Membantah Kenaikan Harga...
- Benar Kah Maruah Rakyat Sabah Tergadai?
- Meskipun Hak Orang Melayu Istemewa, Hak-Hak Kaum ...
- Akta Anti Pencatutan 2010 Berkuatkuasa April 2011
- The Economist Ramal BN Mungkin Hilang Banyak Keru...
- Gara-Gara Mabuk Cinta, Gadis Selangor Terjebak Jad...
- Badan Hak Asasi Kecam Hukuman Sebat Di M'sia
- Demi Visa, Pekerja Seks Asing Sewa Suami Rakyat Ma...
- Polis Lepaskan Gas Pemedih Mata Ke Arah Penunjuk P...
- Masaalah Kewaangan Jebak Pelajar IPT Sabah Melacu...
- Vendor Akhbar India Perlu 1000 Warga Asing Untuk...
- Untuk Mentransformasikan Ekonomi Malaysia, Harga...
- Bas khas Untuk Wanita Di Perkenalkan
- Wan Azizah Di selar Sebagai Penderhaka kepada B...
- Gegaran Sudutan Gempa 5.9 Richter Turut Di Rasai ...
- Krisis Konsep Ketuanan Melayu Berlanjutan?
December 17, 2010 10:28 AM
Speaker ini perlulah memastikan bahawa persidangan di bawah kawalan.
December 17, 2010 10:47 AM
speaker membuat keputusan tersebut kerana sikap pembangkang yang tidak menghormati dewan.
December 17, 2010 1:50 PM
sikap segelintir ahli parlimen yang tidak menghiraukan arahan speaker adalah tidak wajar dilakukan.
December 17, 2010 1:51 PM
diharapkan kekecohan seperti ini tidak akan berlaku lagi.
December 17, 2010 1:56 PM
mereka tidak harus berselindung di belakang kenyataan politik yang memudaratkan fakta. tindakan penggantungan yang diputuskan oleh Tan Sri Pandikar itu bukanlah sesuatu yang bermatlamat buruk sangka. sebaliknya, ia susulan daripada prinsip Parlimen yang demokratik – siapa yang tidak bercakap benar, maka terimalah natijahnya.
December 17, 2010 2:01 PM
Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama. bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!!
December 17, 2010 2:32 PM
lain kali hormatilah peraturan dewan. jika tak menghormati dewan mmg wajar dihukum.
December 17, 2010 3:10 PM
Mereka memang patut digantungkan. Kalau boleh tingkatkan lagi hukuman gantung mereka. Perbuatan mereka sungguh menghinakan.
December 17, 2010 3:10 PM
Diharapkan tiada lagi perkara seperti ini berlaku.
December 17, 2010 3:41 PM
Sudah namanya pembangkang. Memang layak dengan semua yang benar tidak akan puas hati dengan semua itu.
December 17, 2010 11:58 PM
macam2 perkara berlaku dalam dewan rakyat.
December 18, 2010 9:25 AM
Kekecohan dalam Dewan rakyat bukan pertama kali berlaku. Perkara biasalah tu.
December 20, 2010 12:18 AM
Selalu pun berlaku kekecohan. huhuhu
December 20, 2010 12:19 AM
Semoga speaker dapat menanggani setiap kekecohan yang berlaku dgn baik.
December 20, 2010 9:22 AM
I hope the correct measure is taken in regard of this issue.
December 20, 2010 3:52 PM
Hal ini perlu di siasat dengan mendalam, tetapi selalunya keputusan yang dibuat tidak akan ditarik balik.
December 21, 2010 10:26 AM
Diharapkan tindakan yang betul akan diambil.
December 22, 2010 11:26 AM
Dewan Rakyat perlu membuat apa yang patut.
January 3, 2011 2:51 PM
Jika sudah salah terima sahaja apa hukuman akibat daripada perbuatan sendiri.
Post a Comment