SUARA BEBAS TUARAN

Dewan Rakyat Tambah Kecoh, Anwar Dan 3 Yang Lain Di Gantung


Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang daripada persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.
  • Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.
  • Perang mulut berlaku apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa usul yang dikemukakan itu tidak adil kerana Anwar serta tiga lagi yang menghadapi tindakan sama tidak diberi peluang membela diri.
  • Wakil pembangkang juga mempamerkan kad manila yang mengandungi pelbagai perkataan antaranya 'BN sokong Apco', 'Selamatkan dewan', 'Hidup Ketua Pembangkang' dan 'Kangaroo'.
  • Pakatan pembangkang juga menjadikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membicarakan kes Anwar-Apco 'mangsa serangan' kerana didakwa tidak memainkan peranan dengan adil.
  • Pandikar Amin yang tenang di kerusi Speaker, membiarkan kekocohan berterusan tetapi sesekali mencelah dengan mengatakan: "Keputusan saya muktamad."
  • Cubaan barisan pembangkang untuk mengetepikan usul berkenaan bagaimanapun gagal apabila kekecohan yang ditimbulkan itu menyebabkan Pandikar Amin memberi kata dua, iaitu sama ada untuk membahaskan usul penggantungan Anwar atau terus mengundi untuk meluluskannya.
  • Cadangan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil pembangkang yang melaungkan perkataan 'undur' dan 'zalim' ke arah Speaker itu, manakala Karpal mengugut untuk membawa kes itu ke mahkamah sebelum kesemua barisan pembangkang bertindak keluar dewan.
  • Usul untuk menggantung Karpal, Sivarasa dan Azmin kemudiannya dibahaskan beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan wakil Bebas tanpa sebarang gangguan.
Antara yang mengambil bahagian ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), selain pencelahan oleh Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) dan Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) Abdul Rahman ketika membahaskan usul itu menafikan Anwar tidak diberi peluang untuk membela diri, sebaliknya Ketua Pembangkang itu tidak menggunakan peluang yang diberi.
Mencelah perbahasan Abdul Rahman, Shamsul Anuar berkata, apa yang dilakukan ialah budaya jalanan yang dibawa oleh pembangkang ke dewan itu sebagai taktik untuk melengah-lengahkan keputusan mengenai kes Anwar itu.
Sumber: mStar, BERNAMA, Al Jazeera, klip video MalaysiaKini

23 comments:

Dewan rakyat memang berhak membuat demikian.


suka menimbulkan kekecohan, mmg patut digantung.


"Wakil pembangkang juga mempamerkan kad manila yang mengandungi pelbagai perkataan antaranya 'BN sokong Apco', 'Selamatkan dewan', 'Hidup Ketua Pembangkang' dan 'Kangaroo'."

apa faedahnya dia berbuat demikian?? adakah dengan memengang kertas yang bertulis "kangaroo" itu boleh menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi?? memang betullah mereka membawa budaya demo jalanan ke dalam dewan untuk menghuru harakan keadaan..


Apa pun, penghargaan harus diberi kepada Pandikar Amin yang tegas menjalankan tanggungjawabnya mengendalikan Dewan Rakyat. bukan speaker yang gagal mengawal perjalanan sidang dewan rakyat, tetapi pembangkanglah yang sebenarnya gagal mematuhi prinsip demokrasi Berparlimen yang mana setiap Ahli Parlimen mesti bercakap benar dan tidak menyelewengkan fakta.


kekecohan seperti ini patut dielakkan. sikap segelintir ahli parlimen ini hanya mencemarkan nama baik parlimen.


apa yang berlaku ini harus diambil ikhtibar dan harap pekara seumpama ini tidak akan berulang.


lain kali hormatilah peraturan dewan.


Patuhilah peraturan yang telah ditetapkan. Mungkin kerana sikap ketua pembangkang itu sendiri yang menyebabkan pengantungan berlaku.


Sepatutnya semua ahli-ahli yang berhormat kena lebih menghormati undang-undang Dewan Parlimen.


Pendikar Amin berhak membuat tindakan tegas sekiranya tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa, Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang... dikenakan ke atasnya sekarang.

Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.

“Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan Lee Kuan Yew pernah memberitahu ONA semasa bertukar-tukar pandangan iaitu, Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu (liwat), yang beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhannya.


Inilah akibatnya tidak menhornmati dewan. Sekarang mereka terpaksa terima sahaja hukuman tersebut.


Diharapkan tiada lagi perkara seperti ini berlaku.


Kekecohan seperti ini memang biasa berlaku di mana-mana sahaja.


kekecohan yang berlaku telah memalukan dewan dna negara sahaja..


ahli2 parlimen baik kerajaan atau pembangkang harus bersikap lebih profesional dan matang..


Sendiri cari pasal kan, so memang patut kena gantung pun. hehehe


Apapun, saya harap kekecohan dapat dielakkan bagi memastikan persidangan berjalan lancar.


I hope the correct measure is taken in regards of this issue. Any suspension must be based on the rules.


Mereka digantung disebabkan oleh tindakan dan sikap mereka yang tidak menghormati dewan.


Yang penting semua tindakan adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ada supaya adil.


Mereka tidak akan digantung sesuka hati. Jika ada yang menyalahi undang2, perlu untuk dikenakan hukuman yang setimpalnya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails