SUARA BEBAS TUARAN

Dr Jeffrey Kitingan Keluar Dari PKR Khamis Ini?


Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber Selasa.
Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Dr Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.
  • Mereka berkata Dr Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.
  • "Dr Jeffrey tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama.
  • Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Pemerhati politik melihat pengunduran Dr Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk Barisan Nasional (BN).
Sumber: BERNAMA
25 comments:

nampaknya makin ramai yang keluar dari PKR termasuk Jeffery.


mungkin betul dan mungkin juga tidak. tunggu dan lihat saja lah.


jika benar Dr Jeffrey Kitingan Keluar Dari PKR, ini memberikan kesan kepada PKR negeri Sabah. ini kerana Dr Jeffrey merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh dalam PKR.


Bagi saya, tidak ada apa-apa impak terhadap rakyat jika Jeffrey keluar.


Baik Jeffrey bersara sekarang dan mengundur diri daripada politik.


Selepas Jeffrey, siapa lagi bakal keluar dari PKR???


Kalau itu adalah kemahuan Jeffrey, biarlah dia keluar dari PKR.


lagi orang kuat PKR keluar parti.. jika benar beliau keluar parti, memang benar lah pandangan pemerhati politik bahawa pengunduran Jeffrey merupakan tamparan hebat kepada PKR di Sabah.


biarkan beliau terus berpolitik. Jeffrey mempunyai penyokong sendiri yang bukan berdasarkan bendera atau logo parti tetapi berdasarkan kepimpinan beliau.


keluarnya jeffery dari PKR akan melemahkan PKR Sabah.


Keputusan ini untuk kebaikkan PKR sendiri yang tidak serasi dengan beliau..


Kita tunggu saja pengumuman yang akan diberikan nanti. Tidak mustahil nanti Anwar memujuk beliau supaya tidak keluar parti. Tanpa orang seperti JK didalam PKR mungkin Sabah adalah untuk BN.


dari semasa ke semasa ramai ahli PKR keluar. Zaid baru-baru ini, akan datang pula JK. Seterusnya siapa yang akan melakukan perkara yang sama.


Kalau DJK keluar sekalipun, rasanya mmg dijangka juga sebab politik kan terkenal dengan keluar masuk dan lompat melompat:P


hhmm.. bah tunggu ja lah nanti, betul ka tak si DJK ni keluar dr PKR.


Kalau semua pun mahu keluar dari PKR, rasanya tak lama lagi PKR ni pun akan bubar la kan. hihi


Selepas ni saya mahu tahu siapa lagi akan mahu atau berura-ura mahu keluar dari PKR :)


Apapun, rasanya hal ni jelas membuktikan keadaan sebenar PKR. Jadi biarlah rakyat yang nilai sendiri.


Tapi kan, kalau DJK keluar sekalipun, rasanya mmg dijangka juga sebab politik kan terkenal dengan keluar masuk dan lompat melompat:P hehehe


Nampaknya Jeffrey berputus untuk tidak keluar dari PKR buat sementara.


Dr Jeffrey berkeputusan untuk terus berada dalam PKR.


No one knew what Jeffrey Kitingan is thinking about.


Adakah brita ini sahih? kita tunggu dan lihat kesahihannya pada khamis ini....


Apa-apa pun, ini keputusan Jeffrey.


Beliau sudah cukup matang untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails