SUARA BEBAS TUARAN

The Economist Ramal BN Mungkin Hilang Banyak Kerusi Pada PRU13?


Ada kah The Economist mempunyai ramalan sehebat sotong kurita paul? Hakikat nya hanya kita hanya kita ketahui selepas keputusan PRU di umumkan kelak.
Walau macam mana pun baru-baru ini The Economist telah meramalkan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan, antara lain disebabkan kemerosotan sokongan kalangan pengundi Melayu muda dan yang moderat.
  • Laporan Economist Intelligence Unit juga menggariskan kekecewaan di kalangan golongan muda yang semakin meningkat dengan sikap Umno dilihat terus diselubungi skandal politik dan begitu kuat mengembangkan nilai-nilai Islam lapor portal The Malaysian Insider.
  • "Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang ialah BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu, yang moderat, kecewa dengan skandal-skandal politik dan Umno yang (dilihat) kuat menggalakkan nilai-nilai Islam, enggan memberi sokongan mereka kepada parti yang memerintah," demekian kata majalah The Economist dalam laporan edisi terbaru Disember mengenai Malaysia.
  • Semalam, ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah juga menyifatkan peluang BN untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya "sukar" kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa.
  • Justeru Tengku Razaleigh mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar.
  • Tengku Razaleigh telah memainkan peranan besar bagi Umno-BN memperoleh kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil diadakan awal bulan lalu.
  • Semalam, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dihadapkan di mahkamah berhubung isu pemilihan tanah. Beliau juga ketua pembangkang Selangor.
Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan BN, yang parti terasnya Umno, akan merampas balik satu atau dua negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, tetapi kemungkinan tidak akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Parlimen.
  • Laporan itu juga menekankan bahawa golongan Melayu liberal dan kelas pertengahan sudah pun beralih daripada parti Melayu terbesar itu untuk menyokong Pakatan Rakyat - pembangkang peringkat persekutuan.
  • "Meskipun pengundi-pengundi muda di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia terus menyokong Umno, sejumlah (pengundi) dalam jumlah yang signifikan di kalangan golongan Melayu berpelajaran, kelas pertengahan beralih daripada parti Melayu yang memerintah untuk memihak pembangkang," kata laporan itu.
  • Bagaimanapun laporan itu juga menyebut Pakatan Rakyat kemungkinan akan gagal untuk menawan Putrajaya walaupun boleh menerokai kejayaan lebih baik berbanding 2008.
  • "Pakatan Rakyat akan memperoleh kejayaan, walaupun akan berhadapan dengan masalah dalaman selepas kemungkinan Anwar dikeluarkan daripada arena politik, tetapi perikatan pembangkang tidak mungkin akan memperoleh kerusi secukupunya untuk membentuk sebuah kerajaan (persekutuan)," kata laporan itu.
  • Malah laporan itu juga meramalkan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disabitkan kesalahan berhubung tuduhan liwat kedua yang sedang dihadapnya. Kes itu sedang didengar oleh Mahkamah Tinggi.
Meskipun banyak pihak membuat spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum pada Mac 2011, laporan Economist Intelligence Unit masih kekal dengan hujahnya bahawa beliau hanya akan menetapkan tarikh itu selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang mandatnya akan berakhir Julai 2011.
"Kami masih percaya bahawa Najib akan menetapkan tarikh pilihan raya selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Keputusan pilihan raya negeri Sarawak akan menyediakan petanda baik mengenai sokongan bagi kerajaan dan pelan pembaharuannya," kata laporan itu lagi.
Minggu lalu Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan - dipercayai sebahagian besar daripada usahanya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Sumber: The Economist
28 comments:

It's still to early to say anything, it is possible but I chose to wait for the results.


Ada kemungkinan juga. Oleh itu, BN haruslah tingkatkan usaha. Tunaikan segala janji2x yang ditaburkan kepada rakyat. Jangan kecewakan rakyat yang selama ini telah menaruh kepercayaan terhadap BN.


tidak mustahil ianya akan berlaku..


oleh itu, BN harus berubah..


peruntukan besar misalnya kurang berkesan kerana tiada jaminan peruntukan tersebut akan benar2 sampai kepada rakyat..


namun, keputusan terletak di tangan rakyat..apa yang boleh dilakukan adalah strategi/pendekatan baru yang boleh menyakinkan para pengundi terutamanya pengundi2 muda..


mungkin juga boleh berlaku. jadi, BN perlu bekrja lebih keras lagi jika mahu terus mendapatkan sokongan rakyat.


apa pun terpulang kepada rakyat untuk terus menyokong BN atau tidak. jika BN menunjukkan prestasi yang cemerlang, maka rakyat akan terus menyokong BN.


walaupun ia hanya ramalan, BN kena terus berusaha untuk mendapatkan lebih ramai sokongan.


Kita tidak pasti lagi dengan kenyataan ini. Mungkin benar dan mungkin juga tidak, ini hanya ramalan semata-mata. Tapi apa yang perlu kita ingat, Galas dan Batu Sapi contoh untuk semua kita. BN memang majoriti di dua kawasan berasingan ini.


Bermacam-macam perkara boleh berlaku, maka apa yang berlaku pada PRU13 nanti itu kita tidak akan dapat jangkakan. BN atau PR yang menang??jawapannya tunggu dan lihat PRU13 akan datang.


BN memang harus buat perubahan untuk menambat hati rakyat. rakyat yang membuat keputusan.


semasa PRK Galas dan Batu Sapi juga banyak ramalan yang tidak memihak kepada BN, tapi akhirnya kita menyaksikan kemenangan berpihak kepada BN.


bukan sahaja BN, parti pembangkang juga berhadapan dengan isu2 kritikal samada di peringkat negeri mahupun nasional yang akhirnya akan menjadi pertimbangan rakyat untuk membuat keputusan.


teruskan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat.


Ada kemungkinan ia boleh berlaku, tapi siapa boleh meramal keputusan sebenar? Baik tunggulah dan lihat.


Let's just wait and see then.


Ini hanya ramalan yang tidak tepat.


Ramalan saya, keyakinan rakyat terhadap PR semakin pudar.


Terlalu awal membuat ramalan. Tapi kalau dilihat BN semakin stabil berbanding parti-parti yang lain.


Masih awal lagi kita membuat ramalan. Baik tunggu dan lihat selepas ini.


BN juga haruslah membaiki kelemahan diri dan bersiap sedia menghadapi PRU-13. Selamat berjuang.


Kita sebagai rakyat juga bersedia mengundi tidak lama lagi.


Speculations like this are not necessary true. Anything is possible.


In politics, anything can happen.


Its wholly up to the voters.


It be better to just wait and see rather than to speculate.


Hanya ramalan, jadi BN kena gandakan usaha untuk membuktikan yang andaian itu salah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails