SUARA BEBAS TUARAN

Gara-Gara Mabuk Cinta, Gadis Selangor Terjebak Jadi Amah Di Sabah


Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis lelaki - Gambar hiasan
Seorang remaja yang hanya berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor sanggup meninggalkan keluarganya dan lari ke Kota Kinabalu, mengikut teman lelakinya yang berasal dari Sabah
Namun tanpa diduga gadis yang mabuk cinta itu mendapati dirinya dijadi kan'amah' kepada keluarga pemuda itu. Gadis tersebut hanya mula menyedari kesilapannya apabila pemuda tersebut menjual telefon bimbit dan cincin emasnya.
  • Selepas itu, pemuda tersebut menjadikan gadis itu pembantu rumah di rumah keluarga angkatnya di Kelombong dekat sini sejak 9 November lalu.
  • Gadis itu jatuh cinta kepada lelaki itu, yang dikenalinya hanya beberapa bulan yang lalu, selepas mereka bekerja di syarikat katering yang sama.
  • Gadis itu lari dari rumah teman lelakinya itu baru-baru ini, lalu membuat laporan polis di Balai Polis Menggatal dan meminta bantuan kembali semula ke pangkuan keluarganya di Selangor.
  • Gadis itu, yang termakan kata-kata manis pemuda itu, telah mengikutnya ke Sabah, dan meninggalkan rumah hanya sehelai sepinggang.
  • Dia ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat tambang murah AirAsia beberapa hari selepas lari dari rumah. Gadis itu dipercayai seorang pelajar tercicir.
  • Pasangan remaja itu memutuskan untuk lari selepas ibu gadis menentang hubungan mereka.
  • Polis Sabah menahan pemuda itu dan menghubungi polis Rawang, tempat ibu gadis itu membuat laporan anaknya hilang.
  • Sabtu lalu polis menghantar gadis yang ketakutan itu ke rumah tumpangan Bukit Harapan sementara menunggu usaha menghantarnya pulang dan menjalankan siasatan kemungkinan dia diculik.
Pengasuh Bukit Harapan, Cik Anne Keyworth, menyifatkan gadis itu sebagai bijak. 'Mujur dia ada akal untuk pergi ke balai polis untuk mendapatkan bantuan dan tidak merayau tak tentu arah dan bercampur gaul dengan budak jahat,' katanya.
Sumber: The Star, CyberNews
19 comments:

Luckily this girl knows how to find help. But I hope other people will think twice before making any impulse decisions like this so that the same thing will not happen to others.


This wouldn't have happen if she had think twice of the consequences of her following her bf back to his hometown. Not all love story ends with an happy ending. Moreover, if it involves running away from home just to be with him.


Pintar ni perempuan... Dia tahu mcm mana mahu balik ke pangkal jalan.


Memalukan betul ada org sabah buat hal mcm ni. huhuhu
Apapun saya harap hal ni tak berlaku lagi.


jika dari awal gadis ini tidak bertindak lari meninggalkan keluarga pasti semua ini tidak terjadi.


pengajaran daripada kes ini adalah, kita perlu sentiasa berhati-hati. jangan hilang pertimbangan kerana cinta.


nasib baik gadis ini sedar awal. jgnlah kita mudah terpengaruh dgn janji2 manis percintaan.


Janganlah berfikiran pendek kerana cinta. Fikir puas-puas dulu sebelum sesuatu berlaku.


Jangan mudah terpadaya dengan kata-kata cinta. Sendiri juga yang akan merana.


akhirnya tindakan kurang matang, terburu2, pentingkan diri sendiri serta mengikut nafsu remaja memakan dirinya sendiri. kes ini boleh dijadikan pengajaran untuk semua remaja supaya menggunakan akal fikiran yang waras sebelum membuat keputusan.


lelaki itu juga wajar dikenakan tindakan bukan sahaja atas kesalahan yang dilakukan terhadap remaja perempuan itu, malah memburukkan imej rakyat Sabah terutamanya yang berada di semenanjung.


Harap perkara ini dijadikan pengajaran kepada orang lain.


Lelaki itu patut dijatuhkan hukuman menculik kerana gadis itu masih dibawah umur.


If the girl listen to her mother, then this might not happened.


Macam-macam perkara boleh berlaku hanya kerana mabuk cinta. harap terutamanya kaum hawa janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji manis seorang lelaki. Bila sudah terkena baharulah rasa menyesal. Mungkin ada ramai lagi wanita yang menjadi mangsa dari pelbagai kes yang tidak diketahui, so jangan rosakkan diri, jangan hancurkan masa depan anda tetapi teruskan kehidupan. Kalau ada peluang cepat-cepat laporkan kepada pihak polis.


Bagi saya, ini bukanlah kes culik. Sebab mangsa dengan rela hati untuk mengikuti teman lelakinya untuk datang ke sabah tanpa pengatahuan ahli keluarga. Cuma undang-undang perlulah ditegakkan. Lelaki tersebut patut dikenakan tindakan yang setimpal kerana sengaja mempengaruhi mangsa sehingga berjaya mengajak mangsa datang ke sabah secara sengaja.


Lain kali fikirlah dahulu dengan otak yang sedar sebelum melakukan apa-apa yang mungkin dikesali kelak.


Betul cakap Saudara Larry, dengarlah nasihat orang tua, disebabkan kedegilan berlakulah perkara yang tidak diingini. Nasib baik gadis ini dapat dibantu. Kalau dibawa ke luar negara untuk dijualkan kepada perdagangan manusia, itulah lagi teruk.


Walauapapun yang berlaku, keutamaan kita adalah keluarga....jangan hanya kerana cinta kita abaikan keluarga kita.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails