SUARA BEBAS TUARAN

Gegaran Sudutan Gempa 5.9 Richter Turut Di Rasai Di Malaysia

Labels:

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara Indonesia pada pukul 8.50 pagi kelmarin turut terasa impaknya di negeri Selangor.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di latitud 2.8 Utara dan longitud 99.0 Timur iaitu 28 km dari Barat Daya Permatang Siantar, Indonesia dan 241 km dari Barat Daya Pulau Pangkor, Perak lapor Bernama.
  • Menurut kenyataan itu gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.
  • Dilapurkan, bahawa sebelum ini gegaran sekuat 5.9 pada skala richter ini belum pernah berlaku di kawasan yang terlibat, di Selangor.
Dalam pada itu, selain dari beberapa gegaran kecil yang pernah dirasai di Tawau dan zone dipersekitaranya, Sabah hingga setakat ini maseh lagi terkecuali dari gejala gempa bumi yang kuat. Terutama sekali dikawasan pantai barat. Zone yang di labelkan sebagai selamat.
  • Walau macam mana pun, dalam situasi dunia sedang mengharungi cabaran dari fenomena pemanasan global ini, apa-apa boleh terjadi. Sekurang-kurang nya ancaman dari tsunami sampingan yang berpunca dari kawasan dipersekitaran saperti Selatan Filipina dan Indonesia Timor.
Negeri Kedah dan Kelantan yang di lapurkan selama ini, belum pernah mengalamai banjir yang besar , telah dikejutkan sehinggakan melibatkan kehilangan nyawa.
Justru itu, rakyat Negeri Sabah seharusnya bersiap sedia untuk berhadapan dengan serangan dari malapetaka bencana alam yang bukan begitu mudah untuk dikawal.
Untuk tujuan berjaga-jaga, beberapa perkara harus diambil kira. Ini termasuk untuk menghalang pembinaan pembangunan baru di kawasan yang berhampiran dengan sungai-sungai yang besar.
Disamping itu, dari aspek 'Engineering Design', 'indek faktor keselamatan' bangunan dan infrastruktur yang lain saperti ampangan, hendak lah di tinggikan nilainya selaras dengan keadaan yang mengambil kira kemungkinan belaku nya gempa bumi di kawasan tersebut, pada bila-bila masa.
Sumber: TVS, Bernama
11 comments:

Harap-harap tiada masalah besar yang akan melanda negara kita.


kita kena bersedia bagi menghadapi ancaman bencana yang akan tiba.


gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Malaysia namun ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia. harap semuanya dalam keadaan baik dan selamat.


sebaiknya pemantauan dan langkah berjaga-jaga sentiasa dibuat.


sekarang Sabah mengalami musim hujan.. oleh itu, buatlah persediaan awal sekurang2nya dapat mengurangkan kesan dari perubahan cuaca ini.


Duii bikin takut... harap2 takda lah masalah teruk yang timbul nanti.


Apapun, buatlah langkah berjaga-jaga utk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.


Semoga tuhan memberkati Malaysia daripada ancaman besar gempar ini.


Nasib baik tidak kuat gegaran sehingga mampu melenyapkan harta benda.


Yang penting tiada kehilangan nyawa.


I hope this is not too serious.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails