SUARA BEBAS TUARAN

Hampir 60% Pesalah Kanak-Kanak Indonesia Di Jel Dalam Penjara Dewasa

Kira-kira 57 peratus daripada lebih 6,000 kanak- kanak yang dipenjarakan di Indonesia dimasukkan ke dalam bilik kurungan bersama pesalah dewasa, bukan di pusat tahanan juvenil, menurut laporan laman berita Jakarta Globe semalam.
Timbalan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak, Sutarti Sudewo, berkata masalah itu berpunca daripada kekurangan tempat.
  • Menurut Sutarti Sudewo, Indonesia mempunyai 16 pusat tahanan juvenil yang boleh menampung hanya 2,357 daripada 6,273 pesalah remaja berdaftar.
  • Sekitar 3,576 kanak-kanak dimasukkan ke dalam penjara pesalah dewasa, manakala yang lain ditempat di 15 pusat kanak-kanak kendalian Kementerian Ehwal Masyarakat atau rumah kebajikan kendalian badan-badan amal.
  • 'Lebih memburukkan keadaan, pemerintah ada cuma 34 pekerja sosial bertauliah bagi kanak-kanak,' kata Cik Sutarti semasa satu seminar mengenai kanak-kanak dan sistem kehakiman di Denpasar, kelmarin.
Bilangan tahanan remaja di Indonesia meningkat tahun ini berbanding 5,308 orang tahun lepas. Cik Sutarti berkata hal itu amat membimbangkan.
Sumber: Agencies
11 comments:

pekara ini berlaku disebabkan kekurangan pusat tahanan juvenil di Indonesia.


harap pekara ini dapat diatasi satu hari nanti.


nampaknya terlalu ramai pesalah kanak2 di Indonesia dan ia makin meningkat. ini benar2 membimbangkan kerana ia menjejaskan generasi akan datang.


terlalu ramai pesalah kanak2 sehingga mereka terpaksa ditempatkan bersama penjara dewasa. hal ini amat serius. generasi baru kita harus diajar nilai2 murni dan pendidikan agar mereka tidak terus terjebak dalam jenayah.


Jika boleh kerajaan Indonesia perlu menyediakan lebih ruang untuk menampung bilangan yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Jika tidak cari alternatif untuk mengelak lebih ramai yang masuk ke dalam Jel...


Indonesia sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk membina lebih banyak pusat tahanan Juvenil berdasarkan keluasan kawasan negara itu.


Just make sure that the juveniles are separated from the adults. But in my opinion, these kids should be given a second chance with the help of counselors.


ini akan membuatkan kanak-kanak ini terancam dengan keadaan bersama-sama dengan orang dewasa. Seharusnya mereka ini harus dibahagikan dengan keadaan umur.


Apa yang kanak-kanak ini melakukan sehingga perlu dipenjarakan? Adakah kesalahan mereka seteruk ini sehingga tidak diberikan peluang langsung?


Bagi pendapat saya, kanak-kanak ini harus dibenarkan balik ke sekolah supaya boleh menciptakan masa depan yang lebih cerah nanti.


Ini terpulanglah dengan kerajaan Indonesia.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails