
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berpegang kepada janji bahawa kenaikan harga barangan keperluan asas tidak akan membebankan rakyat. Harga gula melonjak 55 peratus sejak Januari lalu, mengakibatkan harga minuman dan barangan lain turut naik berikutan tindakan kerajaan Umno-Barisan(BN) memotong subsidi barangan keperluan rakyat.
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri memburukan keadaan dengan memberikan maklumat salah mengenai impak kenaikan harga barangan berikutan penarikan subsidi itu, tambah beliau yang juga ahli pakar ekonomi.- Tony berkata harga gula naik kepadaRM2.10 sekilogram berbanding RM1.45 pada Januari lalu, menyebabkan harga minuman ringan seperti teh dan kopi turut meningkat.
- "Harga kopi dan teh susu naik 20 sen kepada RM1.40 sen atau 16.7 peratus mulai 1 Januari 2011 manakala harga the herba naik kepada RM1.30 berbanding RM1.10 sekarang.
- Pemandu mendakwa harga teh herba hanya naik 1.2 peratus, namun ini jelas maklumat salah," kata Tony. Kenaikan itu tentunya akan memberi impak kepada kehidupan harian rakyat. Empat puluh peratus rakyat Malaysia dilaporkan hidup dengan pendapatan bulanan RM1,500 dan pemotongan subsidi untuk keperluan asas seperti gula dan petrol amat membebankan mereka.
Tony berkata rakyat harus bertanya kenapa pentadbiran Najib begitu bingkas memotong subsidi untuk rakyat tetapi mengekalkan subsidi sehingga RM10 billon kepada penjana elektrik persendirian (IPP) yang mengaut keuntungan begitu besar.“Meskipun member pelbagai jaminan kepada rakyat, kita masih belum melihat sebarang tindakan memotong subsidi kepada IPP ini yang membuat keuntungan berbilion ringgit. Ini menempelak slogan rakyat di dahulukan,” kata Tony.Sumber:TVS
Blog Archive
-
▼
2010
(595)
-
▼
December
(43)
- Dokter Jual Bayi Di Hukum Penjara
- 20,000 Orang Gro 'China Doll' Bersembunyi Di Sabah...
- Pengusaha Pengangkutan Awam Perlu Patuhi Syarat Ke...
- 70 Rumah Nelayan Terbakar
- 17 Kaki Judi Laga Ayam Di Tahan Polis
- Mungkin Undi Di Malaysia Timor Penentu Siapa keraj...
- Hampir 60% Pesalah Kanak-Kanak Indonesia Di Jel Da...
- Pusat Hiburan Yang Sama Diserbu Polis Buat Kali Ke...
- Pemilik Akaun Facebook Di Nasihat Agar Jangan Tuli...
- Harga Barangan Makin Naik, Impak Kepada Kehidupan ...
- Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang
- Juhar Mahiruddin Dilantik Yang Dipertua Negeri Sab...
- Wilfred Gesa Kerajaan Batalkan Kad Pengenalan, MyK...
- PAS Kelantan Akan Mencalonkan Muka Baru Pada PRU1...
- 34 Peratus Pekerja Di Bawah Garis Kemiskinan?
- Cadangan Mewujudkan Pusat Transit Pekerja Asing D...
- Aktiviti Perjudian Sosial Maseh Berleluasa Di Kam...
- PR Disyor Pulau Pandikar Amin Sebagai Speaker
- Isu Apco Yang Di Perjuangkan Pakatan Pembangkang S...
- Dewan Rakyat Tambah Kecoh, Anwar Dan 3 Yang Lain ...
- Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Pertikai Keputusan ...
- Hartawan Sarawak Taja Calon Bebas RM10 Juta Tandi...
- Dr Jeffrey Kitingan Keluar Dari PKR Khamis Ini?
- Lebih 91,000 Warga PELARIAN Berada Di Malaysia ?
- Walaupun Pengantin lelaki Patah kaki, Nikah Tetap ...
- Ideologi Pembangkang Hanya Menabur Janji Yang Rapu...
- Pelupusan Pentadbiran PPD Tamparuli, ADUN Dan MP...
- 3 Pelajar Ditahan Kerana Membantah Kenaikan Harga...
- Benar Kah Maruah Rakyat Sabah Tergadai?
- Meskipun Hak Orang Melayu Istemewa, Hak-Hak Kaum ...
- Akta Anti Pencatutan 2010 Berkuatkuasa April 2011
- The Economist Ramal BN Mungkin Hilang Banyak Keru...
- Gara-Gara Mabuk Cinta, Gadis Selangor Terjebak Jad...
- Badan Hak Asasi Kecam Hukuman Sebat Di M'sia
- Demi Visa, Pekerja Seks Asing Sewa Suami Rakyat Ma...
- Polis Lepaskan Gas Pemedih Mata Ke Arah Penunjuk P...
- Masaalah Kewaangan Jebak Pelajar IPT Sabah Melacu...
- Vendor Akhbar India Perlu 1000 Warga Asing Untuk...
- Untuk Mentransformasikan Ekonomi Malaysia, Harga...
- Bas khas Untuk Wanita Di Perkenalkan
- Wan Azizah Di selar Sebagai Penderhaka kepada B...
- Gegaran Sudutan Gempa 5.9 Richter Turut Di Rasai ...
- Krisis Konsep Ketuanan Melayu Berlanjutan?
December 24, 2010 10:03 AM
kenaikan harga barangan ini mmg membebankan rakyat, kerajaan kena pastikan agar tiada lagi kenaikan harga barangan selepas ini.
December 24, 2010 10:06 AM
Rakyat akan terbeban dengan kenaikkan harga barang-barang sekarang. Oleh itu kerajaan perlu mengawal harga barang keperluan.
December 24, 2010 10:08 AM
Semoga kerajaan akan memikirkan sesuatu jalan bagi mengurangkan beban yang akan ditanggung oleh rakyat dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang,
December 24, 2010 10:10 AM
Percaya dengan kerajaan akan mencari jalan penyelesaian. Kita harus belajar berjimat cermat dalam kehidupan kita dengan kenaikan yang berlaku sekarang.
December 24, 2010 10:22 AM
The only thing we can do is accept it and learn to save money. Buy only the necessary things.
December 24, 2010 10:23 AM
Hopefully the government will find ways to ease the people's burden.
December 24, 2010 10:25 AM
kita kena mula berjimat cermat dan bijak dalam pengurusan kewangan.
December 24, 2010 10:28 AM
kenaikan harga barang sememangnya memberikas kesan kepada rakyat, tapi apa boleh buat, mungkin pekara ini tidak dapat dielakkan.
December 24, 2010 10:30 AM
harap tiada lagi harga barang yang akan naik dalam masa terdekat ini. diharapkan juga kerajaan dapat mencari jalan bagi membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga ini.
December 24, 2010 11:50 AM
Harap2x tiada lagi harga barangan naik.
December 24, 2010 11:51 AM
Apapun, Merry Christmas!
December 25, 2010 2:57 PM
Kenaikan harga sememangnya membebankan pengguna jadi kerajaan kenalah cari jalan utk kurangkan bebanan pengguna.
December 25, 2010 3:00 PM
Kawalan dan pantauan harus dibuat bagi mengelakkan ada pihak yang menyalahgunakan kuasa.
December 25, 2010 3:02 PM
Kawalan dan pantauan harus dibuat bagi mengelakkan ada pihak yang menyalahgunakan kuasa.
December 25, 2010 3:03 PM
Ya setuju akmalina. Kerajaan harus lakukan sesuatu untuk membantu rakyat.
December 25, 2010 3:19 PM
Tapi saya yakin, kerajaan akan cari jalan untuk bantu rakyat:)
December 25, 2010 3:21 PM
Apapun, saya harap semuanya OK :)
December 26, 2010 10:40 PM
kenaikan harga barangan asas sememangnya membebankan rakyat...lebih2 lagi gaji minimum belum dilaksanakan..
December 26, 2010 10:40 PM
diharap beban yang terpaksa ditanggung rakyat ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan.
December 28, 2010 2:29 PM
Suara rakyat yang semestinya mendapat perhatian. Jika tidak rakyat akan bersikap aggresif dan melakukan sesuatu diluar jangkaan...
December 30, 2010 8:32 AM
perlu dijelaskan juga kenapa syarikat2 swasta itu diberikan subsidi.. ada kemungkinan tujuan subsidi itu juga sebenarnya adalah untuk kepentingan rakyat. jika ditarik balik dikhuatiri akan jauh lebih membebankan rakyat.
January 3, 2011 9:34 AM
The people should learn how to adapt to these price hike. There is no other way.
January 3, 2011 3:49 PM
Kenaiikan harga barang sememangnya mempengaruhi kehidupan harian rakyat. Kerajaan perlu melakukan sesuau sebelum keadaan bertambh buruk.
Post a Comment