SUARA BEBAS TUARAN

Untuk Mentransformasikan Ekonomi Malaysia, Harga Minyak Dan Gula Di Naikkan?


Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.
Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo. Bagaimanapun harga minyak diesel akan kekal pada paras yang ada sekarang iaitu RM1.80 seliter. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.
  • Datuk Seri Idris Jala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.
  • Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.
  • Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.
  • Idris menambah, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang lebih dalam membangunkan rangkaian pengangkutan bandar dengan lebih baik, rancangan infrastruktur asas luar bandar serta jalan raya, pendidikan dan program membanteras jenayah.
  • Beliau menjelaskan, kenaikkan tersebut adalah paling minima.
  • “Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat.
Dalam kajian ringkas, kebanyakan rakyat yang ditanya mengenai kenaikan bahan minyak dan gula ini; meluahkan rasa kerunsingan terhadap impak sampingan yang lebih besar. Ia itu, proses yang akan melibatkan kenaikan berantai kepada harga barang-barang keperluan harian yang lain saperti kueh muih, minum-minuman ringan dan sebagainya.
Siapa pun tidak dapat menafikan, bahawa hal ini akan menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang mampu lagi miskin dan menganggur.
Dalam pandangan yang lain, isu ini pastinya akan serba sedikit , merubahkan persepsi rakyat Sabah terhadap kebijaksanaan Kerajaan Perseketuan dalam usaha untuk mengurangkan bebanan rakyat di negeri ini.
Dalam pada itu, ia nya dijangka akan menambahkan lagi derita rakyat di Negeri yang dikatakan sedang berhadapan dengan kemelut kemiskinan kini.

Sumber: mStar

14 comments:

Baik kita semua tukar menunggang basikal, sama seperti di China.


kenaikan harga minyak dan gula di negara ini masih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.


hasil dari penjimatan ini menyaksikan sejak Januari tahun ini, kerajaan telah membina 538 km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak2 dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus..


Masing-masing mempunyai pendapat berbeza, tapi apa yang pasti, ini membawa lebih banyak keburukan terhadap rakyat. KECUALI lah jika gaji dinaikkan, SELARAS dengan kenaikan harga kegunaan asas.


Kalau cuaca kita macam di China, boleh dipertimbangkan juga naik basikal.


Kita harap kerajaan tahu apa yang mereka akan lakukan. Jangan pentingkan diri sendiri.


Mungkin memang ramai yang protes dengan kenaikkan ini. tapi kita harus bersyukur kita dapat mengawalnya berbanding negara lain yang lebih tinggi harga berbanding kita.


kenaikan harga minyak ini kerana ekonomi yang tidak menentu.


mungkin kenaikan harga minyak dan gula ini sukar untuk dielakkan.


I hope this price hike will not involve other goods such as rice and cooking oil.


harap kerjaan akan dapat melakukan sesuatu bagi membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga ini.


Hari ini surat Khabar juga menyatakan bahawa Singapura turut menaikkan harga minyak mereka.


Diharapkan harga ini boleh dikekalkan dalam tahap ini. Jangan meningkatkan harga lagi.


Kita minta kerajaan untuk menaikkan juga gaji pekerja awam dan juga swasta...


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails