SUARA BEBAS TUARAN

Hartawan Sarawak Taja Calon Bebas RM10 Juta Tanding Calon BN?

Labels:

Seorang hartawan bergelar ‘Datuk’ dikatakan ingin menaja calon Bebas dengan memperuntukkan RM10 juta bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kidurong Sarawak tewas pada pilihan raya negeri kelak, akibat salah faham.
Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu, Henry Ling(foto) yang akan bertanding di kerusi tersebut dan kini beliau mengumpul maklumat sahih berkaitan dakwaan itu.
  • “Apabila sudah memperolehi maklumat yang betul saya akan mengemukakan aduan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beri saya masa dalam bulan ini untuk mempastikan khabar angin ini benar atau tidak.
  • Menurut beliau, usaha menewaskannya pada pilihan raya akan datang oleh hartawan terbabit berpunca daripada salah faham.
  • Salah faham tercetus apabila Henry dikatakan menulis surat kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi pihak bekas Pengerusi SUPP Bintulu, Datuk Hii Tiong Kuok agar menghentikan projek pembinaan kondominium 18 tingkat di Taman Peace, Tanjung Batu.
  • Aduan mengenai kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaaan kondominium disuarakan oleh para penduduk sekitar kawasan itu yang bimbang struktur tanah terjejas.
Menurut Henry, BDA seterusnya meminta pihak kontraktor menggunakan jenis cerucuk lain. Justeru, beliau berkata surat yang mencetuskan kemarahan kepada hartawan terbabit bukan ditulis oleh beliau. Sebaliknya, surat berkenaan ditulis seorang peguam Leslie Linton.
Sumber: Utusan Borneo
14 comments:

Diharapkan Pilihan raya akan berjalan dengan cara yang bersih dan adil.


benarkah dia sanggup menaja begitu banyak? apapun, biarlah pilihanraya dijalankan dengan adil dan bersih.


jumlah itu amat banyak sekali.


kalaulah RM10 juta tersebut digunakan untuk membantu rakyat. pasti ramai rakyat yang mendapat manfaat.


calon bebas ini mungkin memberi saingan kuat kepada calon BN.


Saya rasa tidak berbaloilah menggunakan duit yang banyak untuk menaja calon. Baik gunakan duit tersebut untuk menolong rakyat.


biar la hanya pihak yang terlibat sahaja yang menyelesaikan salah faham ini. bagi saya sekiranya projek itu dibantah oleh penduduk sekitar, memang patut ianya dihentikan. tapi kenapa projek itu boleh diluluskan jika terdapat bantahan? atau mungkin kelulusannya tidak mengambil kira pandangan penduduk sekitar dan imlikasi2 lain....


Kita nantikan siapa yang akan menjadi pilihan rakyat tersebut.


Apa-apa pun, kita hanya boleh tunggu dan lihat. PRU-13 tidak lama lagi.


Ada orang yang sanggup mengeluarkan duit untuk menaja calon bebas pula.


That's good, the more competition there is, the more exciting this election will be.


Kalau betul pastikan tidak ada sebarang rasuah yang berlaku.


Baik kita tunggu dan lihat.


Jika beliau menaja dengan ikhlas apa salahnya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails