SUARA BEBAS TUARAN

Isu Apco Yang Di Perjuangkan Pakatan Pembangkang Satu Pembohongan?

Labels:

Ahli Parlimen (AP) Bebas bagi Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata isu Apco yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang di Dewan Rakyat selama ini adalah satu pembohongan, demikian menurut laporan akhbar Utusan Malaysia semalam.
Sehubungan itu, sejak berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) lagi beliau tidak mahu terlibat dengan pakatan pembangkang berhubung isu tersebut kerana jelas ia diputarbelitkan dengan memberi gambaran seolah-olah Malaysia dipengaruhi Israel melalui Apco, kata Zulkifli.
  • Beliau berkata, begitu juga dengan dakwaan pakatan pembangkang kononnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diresapi oleh Israel melalui Apco di Bukit Aman.
  • 'Sebenarnya Apco yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai 'American Protocol Communication Outfit' atau singkatannya APCO.
  • 'Ia merupakan satu sistem komunikasi terutamanya perhubungan walkie-talkie dan langsung tiada kena-mengena dengan Apco Worldwide yang kononnya dikuasai oleh Israel,' katanya dalam blognya.
  • Mengenai Apco Worldwide, Utusan Malaysia memetik Zulkifli dalam blognya sebagai berkata bahawa jelas syarikat itu langsung tidak ada kena-mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi.
Menurutnya, Apco Worldwide adalah syarikat perunding yang dimiliki oleh firma guaman Arnold & Porter Company, iaitu syarikat guaman terkenal di Washington.
Sumber: CyNews
15 comments:

Jadi siapa sebenarnya yang berbohong?


pakatan rakayt mmg suka melakukan pembohongan. tak perlu nak percaya pada mereka.


mungkin juga isu ini sengaja dimainkan oleh PR bagi tujuan untuk mendapatkan sokongan.


setiap individu perlulah bijak dalam menilai sesuatu isu yang dimainkan. jangan mudah percaya dengan pekara yang tiada bukti atau asas yang kukuh.


saya harap pendedahan Zulkifli Noordin ini dapat memberikan gambaran jelas berkenaan dengan kedudukan sebenar isu APCO yang cuba dimain2kan oleh pembangkang.


jika hanya disebabkan persamaan nama maka pembangkang terdesak menyerang kerajaan dengan pelbagai tuduhan, bagaimana pula dengan persamaan slogan PAS dengan slogan Israel serta lambang PKR dengan lambang Yahudi??


PR cuba untuk mencemarkan dan memburukkan imej BN di mata rakyat untuk mendapat sokongan atau sekurang-kurangnya boleh mencipta keraguan di kalangan rakyat mengenai BN..


apa pun sanggup dan boleh dilakukan dalam politik..sekarang isu Apco..esok lusa entah isu apa lagi...isu-isu rakyat?


Ada2 saja bah politik ni..


Semoga rakyat bijak menilai dan tidak terpedaya dengan perkara2 yang belum tentu kesahihannya.


I still don't get what's the fuss about APCO?


Pembangkan ingatkan orang ramai tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Jangan ingat rakyat akan berdiam dan tidak mencari sebarang maklumat tentang sesuatu.


Penjelasan yang lanjut diperlukan.


Harap penjelasan yang teliti akan diberikan supaya kita boleh lebih memahami isu ini.


Tidak ada kaitannya dengan Israel... semuanya tentang Malaysia...Harap Maklum.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails