SUARA BEBAS TUARAN

Krisis Konsep Ketuanan Melayu Berlanjutan?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz (foro) kelmarin membawa definisi lain mengenai konsep 'ketuanan Melayu' daripada apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Umno dan Perkasa.
Menurut Nazri konsep itu adalah hanya untuk menzahirkan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan.
“Ia bukannya tentang orang Melayu, ia mengenai Raja-raja Melayu. Selagi mereka terus masih wujud, kita akan menghormati mereka,” kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.
  • Definasi itu sekali gus menyanggah konsep Ketuanan Melayu tajaan Umno yang mengguna pakainya untuk menggubal Dasar Ekonomi Baru(DEB).
  • Dasar itu sendiri tidak dipertikaikan namun apa yang ditentang oleh ramai pihak ialah tindakan pemimpin Umno untuk menggunakan dasar berkenaan bagi memberi projek dan konsessi lumayan kepada kroni-kroni Umno.
  • Pada masa sama sebilangan besar orang Melayu terus merempat dalam kemiskinan dan kemunduran, khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan warga pribumi di Sabah dan Sarawak.
  • Nazri dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata ungkapan Ketuanan Melayu biasanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin sayap kiri Melayu untuk mendesak hak-hak orang Melayu, dicipta untuk melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu pada masa-masa lalu.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai berkata, konsep Ketuanan Melayu harus 'ditinggalkan' kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.
Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.
  • “Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.
  • “Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai.
  • “Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya.
Sumber: TVS
11 comments:

Saya berharap perkara ini akan mendapat penghunjung yang baik.


hal ini tk perlu dipanjangkan lagi.


krisis ini patut dihentikan dan tidak perlu diperbesarkan lagi.


harap isu ini tidak dipolitkkan oleh mana-mana pihak pun. lebih baik jika semua pihak menumpukan tanggungjawab kepada rakyat.


jika konsep ini terlalu kontroversi di Malaysia, lebih baik hapuskan saja dan kita lihat kesannya. pasti akan lebih ramai yang tidak berpuas hati jika tidak ada keistimewaan kepada kaum terbesar di Malaysia.


ya madd. Hentikalah dan jang lagi diperbesarkan. huhuhu


Jika hal ni tak ditanggani dengan sempurna, pasti hal ni akan jadi bahan utk dipolitikkan :( huhu
jadi saya harap hal ni dpt ditanggani dengan baik.


Siapa punya angkara??PKR juga. Apa pun semoga politik janganlah asyik bergaduh sahaja. Kita mesti berfikiran positif dalam mana-mana hal sekalipun.


Diharapkan isu ini boleh diselesaikan dengan sebaik mungkin.


selagi melayu mengangap diri mereka adalah tuan di tanah malaysia ini maka konsep ini tidak akan pupus dari perbualan masyarakat setempat.


Sudah berkali-kali perkara ini dibangkitkan untuk dibincang, tapi setiap kali pun berakhir dengan cara yang sama- tiada penghujung. Sampai bila barulah kita boleh menyelesaikan isu ini?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails